Biskut Raya Mudah Nak Buat & Rasanya Sedap Sangat, Makan Sekali Nak Berkali-kali!

Share

Biskut Raya Mudah Nak Buat & Rasanya Sedap Sangat, Makan Sekali Nak Berkali-kali!

Resipi biskut Raya kalau hendak dibilang dengan jari memang tak terkira, begitu banyak. Semua sedap-sedap belaka dan salah satunya adalah Biskut Coklat Marmar ini. Menariknya biskut ini bukan sahaja rasanya yang enak malah begitu mudah disediakan dengan menggunakan biskut merie yang dikisar halus dan disedapkan lagi dengan dua jenis coklat.

Pastinya anak-anak sangat menggemarinya dan bolehlah dijadikan menu istimewa untuk menjamu tetamu.

 

 

Biskut Coklat Marmar

1 peket biskit marie-kisar halus

1cawan buttet-cairkan dulu

Gaul bersama biskut kisar

Tuang dalam loyang yang dilapik baking paper

Tekan-tekanpadatkan

Panaskan oven 170 dan bakar 10 minit

Sejukkan dulu

3 cawan coklat masakan beryls..double boiler

Tuang atas biskut..ratakan

60g coklat beryls putih

Double boiler

Sudukan atas coklat cair

Lakarkan bagi nampak cantik sikit

Sejukkan dulu dalam peti ais

Bila dah keras keluarkan dari loyang

Jangan potong lagi

Tunggu setengah jam baru potong ye

Pastu boleh dihidang

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Kredit : Ieda jahaya

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

IKLAN