Biskut raya yang dibiarkan dalam balang kuih raya biasanya akan terbiar selama seminggu atau lebih. Ada kalanya sepanjang tempoh itu, biskut akan menjadi lemau.
Sebenarnya ada cara untuk mengelakkan biskut ini daripada lemau dan dibuang begitu sahaja. Kena lakukan 7 cara ini untuk elakkannya daripada lemau. Wajib buat ya.
1) Biarkan Sejuk Dahulu
Sebaik biskut raya yang baru siap dikeluarkan dari oven, janganlah terus disimpan di dalam balang kuih sebaliknya biarkan sejuk dahulu pada suhu biasa. Apabila suhu makin sejuk barulah disimpan biskut ini ke dalam bekasnya.
2) Jemur Tepung Dan Gula
Itu kisahnya apabila biskut sudah siap disediakan. Jika masih belum wajib contohi cara orang lama. Kalau nak jadikan kuih raya jadi ringan dan tahan lebih lama, pastikan jemur tepung dan gula dulu. Malah rasa biskut pun lain, lebih enak dan rangup. Masalah lemau pasti tak akan berlaku.
Ads
3) Keringkan Bekas
Sebelum meletakkan biskut ke dalam bekas, pastikan bekas betul-betul kering. Lap dengan tuala bersih dan biarkan ia kering dengan sendirinya. Anginkan beberapa saat dan kemudian barulah diletakkan biskut ke dalam balang.
4) Bekas Simpan Kedap Udara
Bekas simpanan juga mainkan peranan utama. Pastikan pilih bekas yang kedap udara dan balang berpenutup untuk biskut kekal lama dan rangup
Ads
5) Letak Bungkusan Garam
Bungkus satu hingga dua sudu teh garam dan masukkan ke dalam balang. Garam boleh bantu kurangkan kelembapan udara dalam balang. Wajib buat ni.
6) Alas Kertas Kalis Minyak
Ads
Jangan fikir cara ini hanya untuk susunan kuih jadi lebih cantik sahaja. Sebenarnya cara ini akan kekalkan biskut jadi rangup kerana kertas tersebut sudah menyerap lebihan minyak pada biskut.
7) Tabur Gula Pasir
Akhir sekali pastikan gula ditaburkan sedikit ke dalam balang kuih raya. Sangat berkesan. Tips ini untuk elak biskut jadi lemau dan tahan lama malah elak dari berbau.
Wajib cuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Viral pemandu lori yang disangka mabuk yang melanggar beberapa buah kenderaan, rupanya menghadapi serangan jantung.
Sakit jantung, pembunuh nombor satu negara. Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja. Biarpun serangan jantung selalunya mendahului punca kematian dalam sesebuah negara, namun ramai yang tidak mengetahui tindakan yang harus dilakukan.
Cakna mengenai hal ini, seorang doktor, Ahmad Zakimi Abdullah atau dikenali sebagai Dr Zek yang merupakan Pakar Perubatan kecemasan berkongsi tindakan yang harus dilakukan apabila melihat seseorang menghadapi serangan jantung.
Aku ada terlihat satu video viral seorang mangsa memandu lori terbabas dan merempuh beberapa kenderaan lain yang dirakam oleh seorang wanita.
Wanita itu bertanya, “awak mabuk ke? Asal tak nampak apa awak buat?”
Mangsa dalam keadaan separa sedar hanya menoleh wanita yang merakam itu. Kelihatan seperti mangsa menahan kesakitan.
Difahamkan mangsa sebenarnya mengalami serangan jantung (myocardial infarction) yang mengakibatkan lori yang dipandu hilang kawalan lalu merempuh beberapa buah kenderaan lain.
Mangsa dikenali sebagai pakcik Yusri menghembus nafas terakhir di sebuah hospital di Lembah klang.
Innalillah.
Zaman sekarang ni zaman nak viralkan apa saja. Ada saja peristiwa, rakam dan viral dulu. Nak husnuzon tu, kemudian. Buruk perangai sesetengah masyarakat kita.
Yang lebih teruk lagi, perangai buruk sangka. Sangka baik jarang sangat. Sebab hati tu busuk. Semua kita sangka orang lain selain kita tu jahat. Jangan ya.
Ini tindakan kena tahu
Apa sepatutnya kita lakukan jika kita berdepan dengan mangsa seperti pakcik dalam situasi ini adalah;
1. Pastikan keadaan mangsa, anda dan persekitaran selamat dari BAHAYA. Jauhi dari api (jika ada kebakaran), tumpahan darah, objek tajam, wayar elektrik, dan sebagainya. 2. Tepuk bahu mangsa untuk mengetahui tindakbalas mangsa dengan berkata, “Hello! Hello! awak ok? 3. Jika mangsa masih sedarkan diri (seperti dalam situasi tersebut) maka hanya menyuruh mangsa bertenang dan jangan bergerak sementara menunggu bantuan tiba. 4. Kemudian jerit minta bantuan orang sekeliling atau kita sendiri buat panggil 999.
Jika keadaan kemalangan dan mangsa tidak sedarkan diri.
1. Pastikan keadaan mangsa, anda dan persekitaran selamat dari BAHAYA. Jauhi dari api (jika ada kebakaran), tumpahan darah, objek tajam, wayar elektrik, dan sebagainya.
2. Tepuk bahu mangsa untuk mengetahui tindakbalas mangsa dengan berkata, “Hello! Hello! awak ok?
3. Jika mangsa tiada tindakbalas atau tidak sedarkan diri, kalian hanya minta bantuan orang sekeliling atau kalian sendiri buat panggil 999.
4. Jika kalian bukan berlatarbelakang perubatan maka jangan buat apa-apa kerana setiap pergerakan mangsa kemalangan yang cedera akan mengakibatkan kecederaan menjadi semakin teruk dan parah.
5. Jika kalian adalah ahli perubatan yang mempunyai pengetahuan TLS (trauma Life Support)dan PHCAS (prehospital care and ambulance service), kalian boleh bantu. Ada tatacara khas untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan.
Jika situasi lain dimana mangsa yang memandu kenderaan tidak sedarkan diri, tidak bernafas dan tiada kecederaan. Kalian boleh lakukan CPR seperti langkah-langkah berikut;
1. BAHAYA: Pastikan keadaan mangsa, anda dan persekitaran selamat Jauhi tumpahan darah, objek tajam, wayar elektrik, dan sebagainya.
2. TINDAK BALAS: Tepuk bahu mangsa. Tanya dengan jelas “Hello! Hello! Anda OK?”
4. PERNAFASAN: Lihat sama ada mangsa bernafas atau tidak (dalam tempoh tidak melebihi 10 saat). Jika tidak, mulakan tekanan dada.
5. Melakukan CPR berkualiti tinggi dengan ciri-ciri berikut: i. Kadar tekanan 100-120 kali seminit ii. Kedalaman tekanan 5 cm hingga 6 cm. iii. Mengurangkan gangguan ketika melakukan tekan dada (<10saat) iv. Memastikan dada kembali ke asal (full recoil) selepas setiap tekanan dada.
6. DEFIBRILASI: Pasang pad AED pada dada mangsa. Ikut arahan AED.
Tahukah kalian, tindakan awal oleh orang awam dengan memulakan CPR segera di tempat kejadian meningkatkan kebarangkalian mangsa untuk selamat.
80-90% penyebab kematian mengejut adalah disebabkan oleh rentak jantung yang tidak normal. Kebarangkalian untuk hidup berkurang sebanyak 7-10% bagi setiap minit tanpa CPR dan defibrilasi segera.
Jika CPR dan defibrilasi segera dilakukan, kebarangkalian untuk mangsa hidup meningkat sehingga 30-70%.
AED (Automated External Defibrillator) adalah alatan mudah alih berbateri yang dapat menganalisa rentak jantung dan aku menyarankan penggunaan defibrilasi jenis automatik iaitu AED. Mudah digunakan oleh orang awam yang tidak mempunyai latar belakang perubatan.
“… Dan Barang siapa yang memelihara kehidupan (menyelamatkan nyawa) seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan (menyelamatkan nyawa) seluruh manusia.” (Al-Maidah: 32).
Biar kita jadi masyarakat yang memberi manfaat kepada orang lain, bukan masyarakat pemviral fitnah yang membawa keburukan di alam ini.