Melihat perkara lebih serius dalam perbelanjaan dan pengurusan kewangan keluarga sepanjang tahun ini, tentunya anda sendiri yang dapat membuat rumusannya. Sama ada bagus atau sebaliknya perlu diperbaiki di tahun akan datang agar kehidupan keluarga dapat dijalani dengan lebih kukuh kewangannya.
Pun begitu, sebelum itu elok juga fahami apakah tanda-tanda dikatakan kewangan anda berada ditahap tenat melalui perkongsian ini.
10 Tanda Pengurusan Kewangan Tenat
Pengurusan kewangan yang tidak berkesan boleh menyebabkan masalah kewangan.
Masalah kewangan akan menyebabkan kau akan terjerumus dalam lembah muflis. Lebih teruk lagi kalau kereta, rumah kau semua kena tarik. Kesian anak-anak dan keluarga nanti.
Jadi, amat penting kau sedar terlebih awal daripada kau berpura-pura mempunyai status kewangan yang okay, tetapi sebenarnya tak.
Tanda-tanda kau dalam masalah kewangan. Antaranya:
Ads
1. Kau selalu meminjam wang daripada rakan-rakan dan ahli keluarga. Pandai pinjam tetapi tak reti nak bayar balik.
2. Sering gaduh pasal wang dengan pasangan. Isteri minta duit untuk beli barang dapur mesti kena tengking punya.
3. Tiada wang simpanan atau tabung kecemasan 6 bulan gaji. Jika kau bergaji RM1500, sepatutnya kau ada simpanan kecemasan RM9000.
4. Selalu keluarkan duit simpanan dalam ASB atau Tabung Haji. Dah keluar tak boleh nak simpan balik. Rantai dan gelang isteri kau pun pernah pajak gadai.
Ads
5. Kerap dihubungi pihak pemungut hutang. Dapat surat amaran bank sebab lewat bayar hutang tu menjadi perkara biasa.
6. Tidak sabar menunggu gaji. Jika gaji lambat masuk mula gelabah. Tengah bulan mula makan megi. Atau rembat biskut kawan.
7. Tidak mampu membayar kos penyelenggaraan kereta dan cukai jalan kereta secara teratur.
8. Hutang kad kredit semakin bertambah. Kau sangat bergantung pada kad kredit la senang cerita.
Ads
9. Bayaran balik hutang kad kredit paling minimum. Ada duit lebih bayar, kalau tak, tak bayar.
10. Terlalu banyak buat hutang peribadi dengan pelbagai bank. Semua bank kat Malaysia ni kau buat.
Adakah korang mempunyai mempunyai tanda-tanda seperti di atas? Cepat semak. Kau harus tahu tahap kewangan kau sendiri.
Jika bermasalah, baiki secepatnya. Cuba selesaikan hutang yang kecil dan berhenti buat hutang yang baru. Bukan sebab gaji tidak cukup, tetapi hutang yang dibuat sendiri.
Selalu ingatkan diri supaya, jangan boros. Cuba hidup di bawah kemampuan. Bersedialah dengan simpanan kecemasan dan buat simpanan yang mencukupi.
Urus perbelanjaan sebaik-baiknya. Kau mesti bijak berbelanja dan menguruskan wang gaji. Kalau bukan kau yang mengubahnya, siapa lagi. Kah!
Indahnya sesebuah perkahwinan bila mana saling melengkapi. Bantu membantu dan hanya tahu menyerahkan bulat-bulat segala kerja rumah pada isteri.
Lebih-lebih jika isteri suri rumah. Usah jadikan itu satu alasan kerana kerja di rumah lebih berat dan penat berbanding di pejabat.
Sesekali apa salahnya biarkan bahu anda dijadikan tempat isteri bersandar, atau telinga untuk mendengar mungkin bebelan remeh namun mungkin itu boleh memberi ketenangan. Jangan ralit dengan kesibukan sendiri hingga terlepas pandang emosi si isteri.
Gambar sekadar hiasan
Dan paling penting, jangan hanya tahu mengherdik atau mengeluarkan kata-kata kesat terutama sekali ketika bersama isteri di luar sana. Jagalah air muka dan perasaan si isteri yang telah banyak berkorban segalanya untuk anda.
Gambar sekadar hiasan
Perkongsian oleh seorang guru bernama Ws Adli W Muhammad cukup sebak bila membacanya. Seorang isteri yang hanya mahu bergurau namun herdikan yang diperoleh, hati mana yang tak pilu kan.
Semoga kisah ini menjadi iktibar dan membawa mnafaat untuk semua!
Isteri yang sedang sarat, tangan kiri memegang lengan suaminya, sambil tangan kanan pula memimpin anaknya berjalan perlahan di bahagian barangan elektrik, mengeluarkan suara “Abang, abang tengok tu. Tv tu besar. Siap abang boleh masuk sekali dalam tu, ni ha bawa sekali kakak ni. Abang dengan kakak kan suka tengok tv”. “Hahaha (gelak yang saja dibuat-buat, 2 kali). Gelaklah juga walaupun tak kelakar. Awak ingat kelakar ke tu?” serius suaminya berkata. Wajah isteri berubah. Nampak merah-merah mukanya. Muka dia malu sangat. Pandang ke kiri, ke kanan, bimbang-bimbang ada orang memerhati agaknya. Bila terpandang ke arah kami, lekas-lekas dia berjalan ke hadapan lebih 2-3 langkah dari suaminya, cepat dilepaskan pegangan tangannya di lengan suaminya. “Ha itulah. Buat lawak tak reti, kemudian merajuk. Dulu bolehlah masa kita berdua, ni anak nak masuk dua ingat nak layan sangat rajuk awak tu? Suka sangat buat lawak bodoh” kasar bebel suaminya, tanpa menghiraukan kami yang berada berhampiran.Isteri saya menggeleng-gelengkan kepala apabila melihat secara langsung seorang suami memalukan isterinya. Kami beredar. Beralih ke lorong yang ada jual barang-barang aksesori kereta. Ralit kami melihat barang-barang di situ. Selesai , kami berpindah lagi ke lorong barangan lain. Sampai di satu lorong, kami lihat ada seorang perempuan sedang mengesat-ngesat matanya menggunakan tisu. Itulah perempuan tadi. Yang dikata suaminya suka sangat membuat lawak bodoh. Kasihan betul melihat suasananya. Anaknya yang dipanggil si kakak itu, sekadar memeluk kaki ibunya. Apalah yang dia tahu tentang perasaan sedih seorang isteri dalam umurnya sementah itu. Kami tidak pergi merapati dia. Tapi jarak tidaklah jauh sangat. Buat-buat pegang barang yang ada di depan mata. Nampaknya, macam kami nak membawang. Isteri saya mencuit pinggang saya, minta saya pasang telinga dengar apa perempuan tu berkata pada anaknya. Dia macam tak perasan kami ada di belakangnya. Saya dengar, sayu “Tak apalah dik, mama selalulah dah macam ni, adik jangan takut. Ayah tak pukul. Ayah cakap sahaja. Tak payahlah pegang kuat sangat kaki mama ni. Susah mama nak berjalan. Mari kita jalan tempat mainan sana, jom”. Dipimpin tangan anaknya, menghala ke bahagian mainan. Sambil-sambil masih juga dia mengelap matanya. Suaminya sudah tidak kelihatan. Ya Allah ya Tuhan. Tenangkanlah hati dia. Kurniakanlah dia kegembiraan. Sebenarnya, peristiwa seperti di atas sudah beberapa kali kami saksikan. Tetapi, rasanya inilah yang paling teruk. Ada lagi ayat-ayat bebel yang suami dia bagi pada isteri, saya tak masukkan. Apalah dosa si isteri berkata sekadar begitu, untuk melawak je pun. Suka-suka. Bukan menghina. Isteri anugerah emas dalam keluarga. Dia datang bukan sekadar menemani hidup seorang lelaki. Dia datang bukan sekadar tempat lelaki memuaskan nafsu. Dia datang, tinggalkan jauh keluarganya, sanggup berkorban apa sahaja yang dia ada untuk suaminya. Segala-galanya. Tenaganya, masanya, jiwanya, malah sakitnya. Kalian (termasuk saya), Selalu kita dengar orang lelaki tak tahan dengan orang perempuan yang kuat membebel. Tapi pernahkah kita terfikir, mampukah kita tahan sakit melahirkan anak sepertimana isteri telah lakukan dan rasai? Dia berhadapan dengan hidup dan mati. Dia sanggup keluarkan darahnya untuk zuriat kita. Tak henti-henti darah mengalir. Setelah lahir si anak, berbulan pula perlu bersabar menunggu jahitan, menanti luka kembali sembuh. Itupun masih terasa ngilu entah beberapa tahun lagi. Dia jaga anak dan suaminya sehabis baik. Sibuk dengan memasak, sediakan keperluan. Tak pernah mengeluh. Tak pernah menulis apa kerja dia buat hari ini. Tak pernah tampal kertas nota jadi tatapan suaminya apa yang dia dah lakukan sepanjang hari. Cukup dia sahaja simpan semuanya dalam hati, kekal beri senyuman kepada semua yang ada dalam rumah. Biar orang bahagia. Bahagian badan dia penat, seksa, sakit-sakit badan, malam nanti dia sapulah sendiri ubatnya tanpa menyusahkan suami untuk membantu. Apa kita tahu? Ada yang sorok segala sakit melanda diri, bimbang orang lain terlalu fikirkan diri dia. Cukup dia sahaja yang menanggung. Betapa besar pengorbanan seorang isteri. Alih-alih, bila dia bergurau, kita layan dia sambil lewa. Kita perli-perli, kita hina dinakan dia. Kata itu lawak bodoh, itu lawak tak bertempat, itu lawak hambar dan tiada apa untuk digembirakan, untuk diketawakan. Bila dia memasak, terlebih sedikit garam, termasuk lebih bawang, terlepas sedikit lada, kita riuh sebandar mengadu sana sini. Siap bagitahu pada kawan, makanan di rumah tadi tidak menyelerakan, isteri masak tak sedap, lauk tak kena rasa di lidah. Tak habis di rumah, kita aibkan dia di luar pula. Tidak seperti isteri. Kurus melidi macamana pun kita, dia bagitahu kepada kawan-kawan dia, betapa beruntungnya dia dikurnia suami yang gagah perkasa. Boleh angkat itu, boleh angkat ini, boleh dukungnya di dalam rumah. Tunjukkan betapa bahagianya dia hidup bersama kita. Gemuk besar (macam saya) bentuk badan suaminya, dia akan bercerita, suaminya itulah dulu-dulu menjadi kegilaan makcik-makcik bawang untuk dibuat menantu, jadi kegilaan gadis-gadis kampung untuk bersuamikan suaminya. Untungnya kata dia, lelaki yang jadi buah mulut orang itu adalah milik dia, peneman hidup dia. Orang lain melepas sahajalah. Untung sangat-sangat. Senyum sepanjang jalan. Itulah si isteri. Tak pernah dia malukan kita, tak pernah dia tenyeh-tenyeh peribadi kita di telinga orang lain. Dia buat lawak, tak kelakar, kita gelaklah macam biasa. Macam kelakar sungguh. Jangan kecilkan hati dia dengan gelak yang dibuat-buat kita. Layanlah cerita dia. Buat-buat tanya, bercakap baik melayan kata-kata seronok dia. Yang kita kena pegang, dia bukan juara raja lawak mana-mana siri dalam televisyen. Masuk bertanding pun tidak. Seharian dia penat menguruskan segala, seminggu dia ralit dengan tugasnya di rumah, sebulan dia bersusah payah tanpa mengira letih dirinya dalam menguruskan segala makan pakai, segala keperluan seorang suami dan anak-anak. Apalah sangat nak berkira-berkira dengannya apabila dia mahu menceriakan dirinya dengan caranya. Sampailah tahap bila dia membebel, selagi dia tak sakitkan jantung kita, tak ganggu gula-gula dalam badan dan tak tinggi-tinggikan darah kita sampai memancut keluar, biarlah dia berkata-kata melepas segala, itulah caranya dia nak melapangkan segala yang mengganggu kusut dirinya. Bukan lama pun. Sekejap sahaja begitu. Ada sikit-sikit perselisihan, selesailah cara baik. Semua dah tua. Tak perlu nak panjang-panjang. Nak buat sesuatu benda yang menyakitkan pasangan masing-masing, fikirlah dulu baik buruknya, fikirlah mana syurga mana neraka. Yang penting, sama-sama senyum, sama-sama bahagia. Sehingga syurga. WS Adli W Muhammad, Suami penyejuk jiwa. Hihi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkahwinan campur antara pasangan yang berbeza bangsa dan agama bukanlah sesuatu yang asing di negara kita. Perkahwinan bangsa Melayu dengan Cina umpamanya boleh dijadikan sebagai contoh penyatuan yang istimewa yang biasa kita lihat di negara kita. Begitu juga orang India berkahwin dengan orang Cina dan sebagainya.
Berkongsi lanjut tentang itu, Adam Kelvin seorang guru tuisyen online selain aktif berkongsi berkaitan subjek Matematik dan Matematik Tambahan, malah dia juga sering berkongsi kisah kehidupannya setelah berkahwin dengan wanita Melayu pilihan hatinya yang bernama Nurul Shifa’ Binti Kamardin.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Baru-baru ini bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal diraikan, Adam Kelvin turut berkongsi berkenaan kenapa orang Cina suka sangat minum air berkarbonat di musim perayaan dan turut berkongsi kenangan lucunya bila pertama kali dirinya dan isterinya meraikan perayaan Hari Raya dan Tahun Baru Cina ketika di awal perkahwinan mereka.
Kenapa minuman ni femes sangat masa CNY?
Orang Cina ni jarang sangat nak bancuh air buat tetamu. Macam buang masa pastu leceh nak mengemas membasuh bekas air bagai.
So minuman dalam tin ni memang sangat memudahkan tuan rumah. Dah ready-made, just bukak dan minum saja.
Jangan lupa masa CNY, memang banyak promo tau air bertin ni. Itu yang orang Cina berebut beli berkarton-karton.
Satu lagi, sebab air ni untuk sejukkan badan. Masa raya kan banyak berjalan. Badan kita akan berpeluh dan berpotensi kehilangan air. Jadi, air tin ni lah yang dapat topup air yang kurang dalam badan.
Jangan expect masa raya di rumah kawan-kawan Cina, mereka hidangkan makanan berat. NOPE.
Yang ada hanyalah makanan ringan seperti biskut dan kerepek-kerepek tu saja. Makanan berat hanya disediakan untuk dinner sekeluarga. Bukan untuk tetamu ya.
Berbeza dengan Hari Raya yang saya lalui berbanding Raya Cina.
Wife saya pun terkejut kena makan kat kedai mamak dulu sebelum beraya di rumah saudara-mara saya.
Saya pun terkejut bila Hari Raya, walaooo.. banyaknyaa makanan! Laksa dan bihun sup selalu ada! Orang Kedah memang pandai masak sedap-sedap! Ingatkan ada biskut-biskut saja. Tak sangka tuan rumah akan sediakan main meal!
Jadi kami berdua sama-sama terkejut dengan budaya berbeza ni. Haha!
Sejak kelonggaran yang diberikan ini, Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sudah tentu ramai yang plan untuk bawa keluarga pergi bercuti.
Mana taknya, ramai yang kemaruk nak bercuti setelah hampir tiga bulan berada di rumah setelah pandemik covid-19 semasa PKP.
Bukan itu sahaja, impaknya banyak sektir industri terjejas sumber pendapatan termasuk industri perhotelan.
Ekoran itu, banyak hotel mengadakan promosi cuti-cuti pada harga yang murah untuk menjana kembali industri pelancongan ini.
Terbaru, viral apabila terdapat segelintir pengunjung telah membawa peralatan masak dan tilam ke hotel.
Tujuan keselamatan dan prosedur hotel terpaksa menahan barang-barang berkenaan daripada memasuki hotel.
Ikuti perkongsian wanita ini. Semoga ia jadi iktibar kepada kepada semua agar jangan sampai kemaruk bercuti tapi lupa adab.
Lexis Hibiscus PD is a 5 star hotel. Memang laa tengah murah. Tp jangan laa buat mcm Lexis Hibiscus PD ni mcm Homestay. Macam nak buat kenduri dah sy tengok.
Dengan itu, Lexis Hibiscus PD dah buat a very very very strict rules. Masa nak check in nanti, diorg akan spot check. Sorg2 dia check.
Max 1 bilik boleh 7 org dewasa shj (kanak2 umur 12 tahun ke bawah x ada limit). Dewasa ke-8 x boleh masuk dah. Maknanya kene ambil bilik lain atau pegi beli tiket bas, pulanglah anda ke kampung halaman nan indah. Lepas tu, dalam 7 org dewasa tu pulak, max 4 dewasa shj free. Dewasa ke 5-7, ada extra cas.
Tengok shelf tu, dah mcm shelf kat senheng dah. Siap bawa batang pancing. Hampa nak masak2 dekat hotel yg x ada dapur. Hotel ada rules. Kenapa hotel x bagi masak dalam bilik? Sebab nanti langsir, tilam, bantal, dinding semua bau. Ingat senang ke nak hilangkan bau tu. Hotel kene keluarkan extra cost utk buangkan bau tu tau. Kalau bilik berbau, next guest akan complain. So, hotel terpaksa bagi bilik lain. Udah rugi 1 bilik.
Mindset tu tolong tukar sikit. Fikir org lain sama. Jangan selfish sgt.
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.