Setiap hari pasti ada sahaja berita mengenai akaun bank atau Facebook digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan kerugian wang dalam jumlah yang besar.
Bagi mengelakkan perkara ini terus terjadi, anda dinasihatkan untuk tutup setting aktiviti di luar Facebook melalui aplikasi Facebook supaya lebih selamat dan mengurangkan risiko digodam. Berikut merupakan langkah-langkahnya.
CARA TUTUP SETTING AKTIVITI LUAR FACEBOOK, LEBIH SELAMAT & SUSAH KENA HACK!
Banyak dah ni orang hack account bank kita. Facebook pun boleh tengok apa aktiviti kita di luar Facebook seperti Maybank, Cimb dan apaa-apa aplikasi yang kita guna. Jadi, lebih baik tutup aktiviti luar Facebook sebelum apa-apa terjadi. Dekat sini saya sertakan sekali cara-caranya.
1. Klik 3 garis di atas.
2. Tekan setting.
Ads
3. Tekan off-facebook activity.
4. Akan keluar semua aktiviti yang anda buat luar dari Facebook.
Ads
5. Tekan disconnect future activity untuk off.
6. Klik pada button biru ini untuk off.
Ads
7. Tekan turn off dan akan ambil masa selama 48 jam untuk disconnect semua aktiviti.
Mudah kan? Semoga manfaat dan selamat mencuba.
Sumber: Facebook Muhammad Shah
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyakit-penyakit seperti kanser dan pelbagai penyakit yang melibatkan peranakan wanita antara penyakit yang amat digeruni semua wanita. Sehingga kini kesemua jenis penyakit ini masih samar akan puncanya dan mengamalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan yang tepat adalah terbaik buat semua wanita.
Mengimbangi hormon estrogen dan prestogen antara yang disarankan oleh pakar sakit puan tersohor, Dr. Hamid Arshat. Ini sebahagian yang dikongsikan oleh beliau bagi memastikan semua wanita lebih bijak dalam menjalani kehidupan lebih sihat, bebas daripada pelbagai penyakit yang melibatkan organ peranakan.
“Punca sebenar bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidaklah diketahui .
Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca-punca persekitaran seperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut.
Dalam keadaan biasa, hormone estrogen adalah sangat penting bagi fungsi-fungsi edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat-sifat kewanitaan, kecantikkan, fungsi-fungsi seks, bentuk badan dan lain-lain.
Tindakan-tindakan estrogen terhadap tisu-tisu biasanya diseimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkam wanita tidak mengalami penetasan telur / ovulation. Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya.
Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesity. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan estrogen serta pengurangan Progesteron.
Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang. Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron.
Oleh itu, saya cadangkan beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.
Langkah-Langkah Mengawal Estrogen
1. Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.
2. Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron.
3. Mengawal stress. Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.
Pengambilan Makanan Yang Berkhasiat
Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:
1. Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung. Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.
2.Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.
3. Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen) di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan.
4. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.
5. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia. Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.
6. Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita. Begitu juga flexseed. Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.
7. Oat
Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.
8. Buah-buahan Citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan, ia juga mengandungi unsur anti-estrogen. Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz ke dalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.
9. Bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan, ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung. Ia juga mengandungi bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.
10. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita. Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron.
11. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.
12. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.
13.Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen.
14. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.
15. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.
16. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan tubuh badan wanita. Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen.
Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormone serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wukuf di Padang ‘Arafah pada tanggal 9 Dzulhijjah merupakan puncak kepada ibadah haji di Tanah Suci dan merupakan satu daripada enam rukun haji.
Salah seorang jemaahnya, iaitu Ustazah Noor Laila berkongsi rakaman suasana mereka sementara menunggu saat mereka memulakan wukuf di Arafah. Menjadi perhatian di perkongsian tersebut, alunan munajat yang merdu oleh jemaah haji di sana yang menaikkan rasa sebak bagi siapa yang mendengarnya kerana seolah-olah diri dibawa ke sana untuk sama-sama mengerjakan rukun Islam kelima itu.
Bukan hanya alunan munajat, malah meskipun dalam mengerjakan ibadah haji, ustazah sempat memperingati orang ramai untuk banyakkan berdoa dalam tempoh wukuf supaya doa kita semua dimakbulkan olehNya..
Wukuf di Arafah bermula 15 minit lagi. Ustazah sempat kongsi sedikit sahaja. Doalah sebanyak2. Mudah2an mata yg melihat dan telinga yg mendengar alunan munajat di tanah Arafah ini juga dpt berkat. Ustazah tak lupa doakan semua followers ustazah. Setiap seorang yg kirimkan doa sedang Ustazah tak mampu baca semuanya, tapi ustazah doakan semua. Allah Maha Mengetahui segala hajat, Allah Maha Baik… Yakinlah.. Pasti Allah makbulkan.. Berdoalah bersama2…
Meneliti di ruangan komen, rata-rata mendoakan urusan ustazah di sana dipermudahkan. Malah, tidak kurang juga komen dibanjiri dengan individu yang meminta ustazah untuk mendoakan kesejahteraan mereka dan mendoakan supaya mereka juga berpeluang menjejakkan kaki ke sana untuk menjalani ibadah haji.
Siapa kata orang tinggal di apartment tak boleh bercucuk tanam? Bila ada minat, walaupun ruang yang terhad dapat juga digayakan dengan pelbagai tumbuhan.
Ini dibuktikan sendiri oleh saudara Asyraf dan ikuti perkongsiannya.
Rumah bujang je. Lelaki semua satu rumah. Tapi hobi kami sama. Satu kepala. Seronok. Suka tanam pokok, berkebun, bela kucing, burung, ikan hiasan.
Bila sekali sekala mak datang dari kampung duduk di rumah kitaorang. Mak pulak yang minta benih pokok bawa balik.
Siapa cakap rumah apartment tak boleh tanam macam macam. Jangan bagi kotor sudah la. Siap management puji rumah kami bersih macam rumah anak dara. Sekadar hobi je, balik kerja penat, stress pun hilang tengok semua ni. Tuhan Maha Kaya.
Arwah abah cakap jadi lelaki tak semestinya kena pergi merempit melepak baru anak jantan, banyak cara lain untuk jadi anak jantan. Islam jangan hanya pada nama, mesti jaga kebersihan dan belajar jaga hubungan dengan alam.
Dalam perancangan nak tambah lagi koleksi pokok. Strawberry, bunga ros dan orkid.
Dan ini antara tanaman yang sedia ada dikediaman apartmennya. Melihat semua ini, tentu dapat memberi inspirasi bagi kita semua untuk menghias kediaman dengan diserikan tanaman sepertinya ini.
sumber :Asyraf Khalib via KGTTS
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perjalanan TTC Taufik Batisah dan Sheena Akbal menyentuh hati ramai apabila pasangan ini berkongsi usaha IVF, pengalaman keguguran dan sokongan penuh seorang suami sepanjang ikhtiar mendapatkan zuriat.