Bosan menyediakan pencuci mulut yang sama setiap minggu buat anak-anak? Apa kata anda cuba pula sediakan bingka atau orang utara panggil sebagai bengkang buat anak-anak hujung minggu ni.
Bengkang bagi orang utara adalah menu yang cukup enak. Paling penting cara nak buatnya amatlah mudah. Hanya campurkan semua sekali bahan dan terus dibakar. Senang kan?
Enam resipi bengkang ni cukup istimewa. Disediakan oleh seorang home economist, Puan Fauziah Md Jusoh yang cukup handal dalam menyediakan kuih muih tradisional Melayu. Cakap sahaja apa kuih yang anda suka, dalam masa sekejap sahaja dia boleh senaraikan menu yang diciptanya sendiri. Kreatif kan?
Jadi, jom kita cuba buat sendiri di rumah. Menu baru untuk anak-anak, pasti buat anak-anak teruja.
BENGKANG KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 tin kacang merah |dibasuh bersih
240ml air
Bahan A:
200gm tepung gandum
60gm tepung beras
500ml santan pekat
180gm gula psir
2 biji telur
Sedikit pewarna merah jambu
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan kacang merah bersama air hingga sebati. Ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan A dan kisar dalam pengisar hingga sebati.
3. Tuangkan ke dalam periuk dan satukan bersama kacang merah yang dikisar.
4. Masak dengan api kecil selama 6 minit.
5. Sapukan minyak di dalam loyang dan panaskan seketika di atas api.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 55 minit dengan suhu 200 C.
CARA MEMASAK:
1. Lenyekkan pisang hingga halus.
2. Kemudian masukkan kesemua bahan lain dan gaulkan hingga sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
BENGKANG KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
200gm kacang hijau |direbus hingga kembang
225gm tepung gandum
560ml santan
190gm gula pasir
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Rebus kacang hijau dengan air secukupnya hingga empuk.
2. Kemudian campurkan dengan kesemua bahan lain dan gaulkan sebati.
3. Apabila sebati, tuangkan ke dalam loyang bulat dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 25 minit.
4. Sedia dinikmati.
Ads
BINGKA ROTI
BAHAN-BAHAN:
10 keping roti putih |dicarik
2 sudu makan marjerin
100gm gula pasir
2 biji telur gred A
1 tin susu cair
CARA MEMASAK:
1. Carik-carikkan roti dan susun ke dalam loyang.
2. Satukan kesemua bahan lain dan tuangkan ke dalam loyang berisi roti.
3. Biarkan seketika selama 10 minit.
4. Kukus selama 30 minit.
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dan gaulkan sebati.
2. Tapiskan adunan kemudian masukkan ke dalam acuan bengkang yang sudah disapukan dengan marjerin.
3. Bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit.
4. Perlahankan apinya dan bakar lagi selama 10 minit.
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan di dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
2. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 200 C selama 1 jam 20 minit.
3. Sedia dinikmati.
BENGKANG KELADI
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi keladi |direbus hingga empuk
200gm tepung gandum
20gm tepung kastad
1 kotak kecil santan
160gm gula pasir
60gm susu pekat manis
3 biji telur gred A
Sedikit garam
Sedikit pewarna ungu
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dan gaulkan hingga benar-benar sebati.
2. Tapiskan adunan kemudian tuangkan ke dalam loyang bulat.
3. Bakar pada suhu 200 C selama 1 jam 20 minit.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sudah tentunya ramai yang suka makan cucur udang. Rasanya yang memang sedap dimakan ketika panas-panas. Cecah pula dengan sos atau sambal kicap memang terangkat keenakannya.
Tapi nampak senang nak buat, hakikatnya untuk menyediakan hidangan cucur udang kena tahu rahsianya. Kebiasannya bila buat cucur udang ini akan hadapi masalah terlalu lembik dan serap minyak. Untuk mendapat cucur udang yang sempurna ikuti resipi ini.
Selanjutnya ini perkongsiannya.
BAHAN-BAHAN:
Tepung gandum – 1/2kg
Tepung beras – 2 tbsp
Bawang besar – 1 labu (potong dadu)
Telur – 2 biji
Taugeh – 1 cawan
Kucai
Udang kertas (kopek kulit)
Udang biasa (untuk hiasan atas)
Air – 3 Cawan
Garam – Secukup rasa
CARA-CARA:
Campurkan je semua bahan lepastu perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh je tapi nanti tak berapa sedap, dia jadi keras. *Ni la rahsia dia kembung tapi tak serap minyak, perap kan je sebab kita tak guna baking powder tau.
*Kalau suka sayur banyak, boleh tambah lagi masa nak goreng nanti.
CARA NAK GORENG:
Panaskan 2 kuali. 1 untuk menggoreng, 1 lagi untuk panaskan senduk. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tak panas nanti melekat.
Bila senduk dah panas, tuangkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas, terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
*Jangan ceduk adunan dengan senduk yang panas tu, guna senduk lain untuk letak atas dia.
Goreng sampai garing warna coklat keemasan. Ok siap! Makan dengan partner sos dia ni, memang layan betul.
BAHAN SOS:
Cili masak
Bawang putih
Gula
Garam
Cuka
Sos cili
Tepung jagung – bancuh dengan air
Rebus cili & bawang putih lepastu blend sampai hancur. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam & cuka. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik. Last sekali baru masukkan air tepung jagung.
Umum mengetahui oat bagus untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan. Namun, mungkin ada yang tidak tahu bahawa pesakit diabetes perlu elakkan makan oat jenis istant dan quick oat.
Rata-rata daripada kita, hanya membeli sahaja tetapi tidak tahu rupanya oat ini ada pelbagai jenis, dan sebaiknya perlu memilih jenis oat yang betul.
Photo by Markus Spiske on Unsplash
i) Instant oat
Oat yang paling banyak menjalani pemprosesan. Ia dimasak terlebih dahulu, kemudian dikeringkan, digelek, dilenyek dan dipotong kepada kepingan halus bagi tujuan memudahkan untuk dimasak.
Ia direndam bersama air panas dan terus boleh dimakan dan boleh dimakan segera.
ii) Quick oat
Quick oat ini adalah oat yang dipotong kurang halus berbanding instant oat.
Tempoh masaknya juga lebih lama, lebih kurang 2 hingga 3 minit.
iii) Rolled oat
Ia adalah oat yang sudah dilenyek tetapi belum dimasak semasa pemprosesannya.
Ia lebih tebal daripada quick oat.
Ia perlu dimasak lebih lama, lebih kurang 5 hingga 7 minit.
iv) Steel cut oat
Ia adalah oat yang paling kurang diproses kerana dipotong kasar dan tidak dilenyek.
Apabila dikunyah, rasanya kenyal.
Cara masaknya agak lama, sekitar 20 hingga 30 minit sebelum boleh dimakan.
Tampil berkongsi info, Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad di Facebooknya memaklumkan cara pemprosesan oat hanya melibatkan fizikal sahaja.
“Kandungan karbohidrat (nilai kalori) keempat-empat oat ini hampir sama.
“Namun, yang berbeza adalah nilai indeks glisemik (GI) iaitu kadar penyerapan ke dalam tubuh. Ini kerana semasa diproses kandungan serat akan dibuang,” terangnya.
Penting untuk diketahui, semakin halus oatmeal, semakin tinggi nilai GI dan cepat diserap ke dalam badan lalu ditukar kepada gula.
“Jadi, bagi pesakit kronik terutama diabetes mellitus, elakkan pengambilan instants oat dan quick oats.
“Ini kerana nilai GI bagi instant oat dan quick oats adalah 83 iaitu hampir sama seperti nasi putih,” tambah beliau.
Oleh itu, saran Dr Zubaidi, mereka digalakkan untuk mengambil rolled oat dan steel cut kerana nilai GI adalah sederhana iaitu 58 sama kategori dengan beras perang.
Ambil satu atau dua sudu besar oats untuk setiap hidangan (waktu pagi dan malam) untuk rasa lebih kenyang.
Kadang-kadang terfikir juga mana hendak dapatkan duit untuk pastikan duit simpanan banyak jumlahnya agar boleh digunakan untuk masa-masa tertentu. Hendak diharapkan menabung dua tiga ratus sebulan, berapa sangatlah yang mampu disimpan.
Mungkin ada juga yang terfikir, lebih baik buat pinjaman peribadi dan disimpan kesemuanya di dalam ASB. Untung-untung akhir tahun boleh dapat dividen, berganda duit yang disimpan.
Pun begitu, adakah tindakan itu benar-benar menguntungkan dan oleh itu, jom kita baca perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad untuk info bersama.
PINJAMAN PERIBADI MASUKKAN ASB
Salam dik,abang nak cakap sikit. Ini asas saja dik, wajib kena tahu.
1. Pembiayaan peribadi ada flat rate yang jadikan kadar semasa sekali ganda.
2. Jika rate 5% kadarnya menjadi sekitar 9.4% (darab 1.88) biasanya. Belum tambah inflasi lagi setiap tahun yang makin tinggi.
3. Jika kadar ASB yang kita terima masih pada kadar sederhana bawah 4.5% setahun, baik lupakan sahaja.
4. Ini bukan pelaburan, ini beri keuntungan pada bank sebenarnya.
5. Jika nak buat pembiayaan ASB, ambil sahaja yang bank sediakan. Ia datang dengan perlindungan, jika kita meninggal ia boleh diwariskan wang yang ada.
6. Jangan buat benda yang nampak ‘cantik’ tapi tak menguntungkan dik, abang dah pesan. Jangan buat buat lupa pulak ya.
7. Pembiayaan ASB paling baik sebagai instument paksa diri untuk menyimpan dengan perlindungan.
8. Jangan ambil PL untuk buat simpanan kecemasan, itu kerja orang gila yang tak faham pelaburan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Tahniah diucapkan buat bekas pemain pertahanan bola sepak negeri Pahang, Mohd. Saifulnizam Miswan dan isterinya yang menimang cahaya mata sulung mereka selepas 12 tahun menanti.