Botol Kosong Tak Guna Buatkan Begini. Modal Tak Sampai RM10, Memang Berbaloi!

Share

Mencipta sesuatu yang istimewa untuk kegunaan di ruang dapur sebenarnya boleh dihasilkan daripada barang-barang terpakai.

Contohnya sepertimana perkongsian daripada saudara Fridie Yusop ini, siapa sangka botol-botol kaca yang tidak digunakan ini boleh dijadikan bekas rempah yang cukup unik dan nampak begitu istimewa.

Jika anda ingin mencuba untuk hasilkannya, bolehlah lihat secara detail perkongsian ini.


Dari buang ke tong sampah botol botol kaca ..ada juga manfaat yang penting ada efforts..tak banyak modal pon boleh la bubuh rempah ratus omputeh abg . Cuma cat spray ,skru dan kayu dan L metal .sikit lagi touch up N label…modal tak sampai RM10.

Bahan-bahan

 

Botol kaca

Kayu laci terpakai

L metal

Screw

Spray

Sticker

Cara membuatnya
Step 1 : Lekatkan sticker pada bahagian tengah botol, kemudian botol di spray dengan cat dan biarkan kering.

Step 2 : Pasangkan L Metal pada bahagian kayu seperti di dalam gambar.

 

Step 3 : Skrew kan penutup botol seperti di dalam gambar dengan anggaran jarak yang bersesuaian.

 

Step 4 : Siap dan bolehlah drill  di dinding.

 

Sumber : Fridie Yusop

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN