Buat Ayam Tandoori Di Rumah, Tak Guna Pewarna Pun, Merah Cantik. Lelaki Ini Kongsi Resipi Ringkas Dan Sihat. Rasa Pun Macam Kedai Mamak!

Share

Biasanya jika nak makan ayam tandoori kita akan pergi makan di kedai mamak. Makan sekali dengan roti naan terus ‘kick’ rasanya.

Nak lagi power padu dengan hirisan bawang serta sedikit perahan limau nipis dimakan panas-panas perghhh,,, tak padang dah orang sebelah!

Tapi bagi yang nak rasa kehebatan ayam tandoori ni, jika tak nak ke kedai mamak, boleh jer buat di rumah.

Ayuh ikuti perkongsian resepi oleh Dr Kamarul Ariffin Mohd Sadan yang telah mendapat lebih 3K shares! Resipi pun sihat dan ringkas. Mudah ajer nak buat!

BAHAN-BAHANNYA

Ayam ni saya buang kulit dan lemaknya, kemudian kelar-kelar agar perapan masuk ke dalam serta lebih cepat masak.
Ni bahan segar. Bawang putih 5 ulas dan halia, kita tumbuk atau kisar halus. Kemudian, daun pudina dan daun ketumbar dan tumbuk halus
Ini bahan-bahan serbuk. Garam masala tu, kalau tak ada pun tak apa. Kalau nak cari garam masala, pergi sahaja ke pasar raya, cari di bahagian rempah. Biasanya ada dalam botol kaca kecil-kecil. Saya tak suka pedas sangat, kalau kurangkan serbuk cili nanti warna pula tak cantuk jadi saya ganti serbuk cili kepada serbuk paprika. Paprika = Capsicum = tak pedas.
Yogurt! Nak sedap, guna Greek Yogurt. Kalau tak jumpa, plain yogurt biasa pun boleh. Jangan risau, menjadi juga nanti. Gerik tu di Perak. Yogurt ni bukan berasal dari sana.
Letak ayam dalam mangkuk, perah separuh limau nipis. Orang kata, limau ni akan melembutkan ayam. Tengok tangan saya tu, lembut dan gebu, kan? Sebab kena jus limau nipis masa potong limau tu tadi.
Letak 3-4 sudu yogurt. Yogurt yang saya beli tu, 200ml. Saya gunakan separuh. Separuh lagi simpan dahulu. Nanti nak guna.
Masukkan bawang putih dan halia yang kita dah tumbuk halus tadi.
Kemudian, masukkan semua rempah serbuk kita tadi, berserta dengan garam secukup rasa.
Gaul gaul gaul! Pastikan perapan masuk dicelah kelaran ayam tadi. Perap untuk beberapa jam. Nak perap semalam pun OK!
Dah siap perap. Panaskan pan grill atau kuali tidak lekat! Buka api sederhana. Minyakkan dia. Tipis-tipis je minyak tu. Jika nak pakai oven, panaskan oven 180°C. Bila dah panas, panggang untuk 45-60minit (bergantung pada saiz ayam).
Saya pakai pan grill je. Letak ayam atas pan grill!
Berendut ayam ni atas pan grill, dan keadaan semakin panas antara mereka. Bukan kehangatan asmara, tetapi hangat api dan serbuk cili. Biarkan selama 5 minit setiap belah. Api sederhana.
Bolak balikkan ayam ni setiap 5-10 minit supaya tak hangus. Siapa yang guna oven tu, jangan lupa terbalikkan ayam juga setelah 20-30 minit memanggang

TRICK NAK AYAM NAMPAK MERAH GUNA SERBUK CILI. TAK GUNA PEWARNA PUN!

Trick untuk ayam nampak merah tanpa guna pewarna adalah sapukan minyak yang digaul dengan serbuk cili setelah ayam separa masak. Kalau nampak kering, sapu minyak bercili ni.

INI CARA BUAT RAITA PUDINA KETUMBAR CICAH DENGAN AYAM TANDOORI

Semasa tunggu ayam perap tadi, saya sediakan raita. Raita ni sedap gila makan dengan Ayam Tandoori. Campurkan bawang putih, halia, daun pudina, daun ketumbar yang kita dah tunbuk halus tadi. Letakkan secubit garam. Siapa suka pedas, boleh tambah cili.
Kemudian baham tumbuk tu campurkan dengan baki yogurt yang masih ada tadi, dalam mangkuk.
Dah siap raita pudina ketumbar kita. Nak segar lagi, perah sikit limau nipis.
OK! Ayam dah masak! Kita hidang dengan raita macam ni! Hiaslah sedikit dengan daun ketumbar, bawang besar, potongan limau nipis! Ayam berempah, diperah limau nipis, cicah dengan raita pudina. Memang menyelerakan!

Apa lagi dah tahu resipi mudah dan sihat ini. Buatlah untuk hidangan seisi keluarga.

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

IKLAN