Sejak akhir-akhir ni, banyak posting di media sosial memperkatakan, sayuran hijau Bayam Brazil. Bukan sahaja sedap dijadikan menu hidangan seisi keluarga, malah rupanya banyak khasiat!
Paling menarik, nak tanam pun mudah! Tanam di pasu pun senang hidup. Tak perlu penjagaan rapi, asalkan di siram setiap hari.
Antara menu viral yang membuatkan ramai yang kecur air liur adalah
1. Sup Bayam Brazil/ Bayam brazil dengan suhun/sup sayur campur bayam brazil.
2.Gulai lemak Bayam Brazil/ gulai lemak bayam brazil dengan udang/ gulai lemak bayam Brazil dan labu.
3.Tumis Bayam Brazil.
4.Bayam Brazil Goreng Tepung.
Selain itu, resipi bayam celup tepung juga turut menjadi viral sehingga mencecah 2.1K Share! Resipi yang dikongsi oleh Eybu AyuHairies . Ikuti resipinya yang mudah dan sedap ini!
Bayam Brazil Celup Tepung
Tepung gandum Telur 1biji Sebuk kunyit Serbuk pati sedap
KHASIAT SAYURAN BAYAM BRAZIL
Ads
Nak tahu khasiat sayuran comel ini. Berikut maklumat oleh mustaffayas.in mengenai khasiat bayam brazil. Boleh dijadikan panduan bersama.
Bayam Brazil atau juga dikenali sebagai Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Samba Lettuce agak popular sejak kebelakangan ini. Banyak ‘group’ di Facebook yang saya ikuti bercerita mengenai sayuran hijau ini yang dikenali juga dengan nama saintifiknya Althernanthera Sissoo.
Ads
Bentuk daunnya menghijau dan tidak berlendir serta rangup sering dijadikan sebagai salad, masak tumis serta beberapa resipi lain yang mudah disediakan terutama dalam masakan barat. Memakan sayur ini secara mentah/ulam juga menjadi pilihan kebanyakkan orang pada masa kini.
Khasiat Bayam Brazil
Selain sedap dimakan, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya iaitu,
Ads
Melawan kanser
Mengekalkan kesihatan mata
Sumber vitamin K
Menguatkan tulang
Membantu menurunkan berat badan
Meningkatkan sistem imuniti badan
Membantu sistem penghadaman
Mengelakkan daripada sembelit
Membantu melancarkan darah
Mencegah anemia
Mengatasi masalah gusi
Mutrisi yang baik untuk pembesaran
Mengekalkan stamina
Mengekalkan kesihatan mulut
Mengikat kalsium
Mencegah penuaan pramatang
Mengekalkan kesihatan ibu mengandung
CARA TANAM 1
Kepada yang baru nak berjinak-jinak tanam bayam brazil ni boleh cuba tip
Bayam brazil ni rugi kalau tak tanam kat rumah sebabnya mudah dan cepat je nak tanam. Tak susah dan tak memerlukan langkah yang banyak pun untuk tanam bayam brazil ini.
Cara tanamannya pun cuma gunakan keratan batang je. Paling penting adalah untuk memilih keratan batang yang baik supaya nanti akan dapat hasil sayur bayam brazil yang baik jugalah.
Permulaannya, pilih keratan batang dan potong dalam beberapa ukuran cm sahaja.
Kemudian, dibuatkan lubang dalam sejengkal untuk cucukkan keratan batang bayam brazil tersebut. Pemilihan keratan batang juga perlu diambil berat. Jangan dipilih keratan batang yang terlalu tua atau muda.
Bila dah dibuatkan lubang pada media tanaman tersebut, tanamkan keratan tersebut ke dalam lubang tanaman tu tapi jangan terlalu dalam.
Kemudian, bila dah ditanamkan keratan batang tersebut, bolehlah disiram kan air secukupnya untuk pastikan pertumbuhan bayam brazil tersebut berjalan dengan lancar. Proses pertumbuhan bayam brazil ini cuma mengambil masa dalam 2-3 minggu sahaja.
Senang hidup pokok ni kawan2… Cucuk ja pucuk dia kt tanah kemudian siram…. Gambar kt bawah ni dah lama bayam ni ditanam dah bnyk kali cantas bg cerah mcm dlm gmbr nt dia tumbuh merimbun semula… Xperlu semai semula.. Saya cuma cantas smpai habis mcm gambat kt bawah je…
Alhamdulillah berkat mak saya rajin sedekah kt org pucuk ni… Subur kemain… Baru2 ni dia cantas smpai habis sedekah kt rumah kenduri depa buat kerabu semua cakap sedap…. Xsmpai sebulan ha dia tumbuh bagai johan…. Kejap ja rimbun… Selalu cantas bg org bukan buang.
Apa lagi, jom tanam bayam brazil. Lepas ni petik terus boleh buat masak untuk hidangan seisi keluarga.
Kesihatan tubuh badan amat penting untuk kita dapat menjalani rutin hidup dengan sempurna termasuk bekerja dan menguruskan rumahtangga.
Sehubungan itu, ramai yang menjaga pemakanan bersenam untuk kekal sihat. Namun kadang kala kita berasa badan letih dan tidak bertenaga.
Menurut perkongsian Doktor Zubaidi Hj Ahmad, katanya menjaga kesihatan usus adalah penting agar segala nutrien makanan mudah diserap. Jika sebaliknya ia akan menjejaskan kesihatan kita.
Nak tahu cara bagaimana menjaga usus kekal sihat. Ikuti panduan kesihatan beliau.
Ikuti perkongsian ini.
KEKALKAN USUS SIHAT
Tahukah anda usus kita terutama usus besar penuh dengan bakteria dan organisma lain? Beberapa bakteria berkenaan sebenarnya sangat penting untuk kesejahteraan kita.
Kajian terkini menunjukkan mengekalkan usus yang sihat membantu memastikan nutrien penting diserap daripada makanan yang kita makan. Usus sihat juga menjamin sistem imun yang sihat dan mencegah beberapa penyakit serius seperti kanser kolon.
Kebanyakan orang sekali-sekala mengalami masalah penghadaman kecil seperti sembelit, cirit-birit dan kembung atau keadaan yang lebih serius seperti gastritis dan kesakitan abdomen yang berkaitan dengan ulser peptik. Namun begitu, penting untuk memberi perhatian kepada sebarang tanda atau simptom berkaitan masalah usus seperti pendarahan, kesakitan dan sebarang kesukaran atau perubahan corak pembuangan air besar serta penurunan berat badan.
Dapatkan rawatan awal walaupun sesetengah tanda atau simptom boleh dirawat tanpa penggunaan ubat-ubatan atau rawatan. Jangan abaikan masalah ini dan membiarkannya melarat.
Gaya hidup dan tabiat makan boleh menjejaskan kesihatan sistem penghadaman anda. Ada enam langkah mudah yang anda boleh lakukan setiap hari untuk menjaga kesihatan usus:
1. Makan lebih serat
Anda perlu mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan serat. Kehadiran serat membantu melembutkan najis dan mencegah sembelit serta mengurangkan simptom beberapa gangguan penghadaman contohnya, buasir dan sindrom iritasi usus.
Untuk mengekalkan usus yang sihat, anda memerlukan serat daripada pelbagai jenis sumber makanan seperti roti mil penuh, beras perang, buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang dan oat.
Panduan Diet Malaysia menyarankan kita mengambil sekurang-kurangnya 25 gram serat setiap hari. Separuh daripada bijian yang diambil haruslah terdiri daripada bijirin penuh. Anda digalak meningkatkan pengambilan serat secara beransur-ansur untuk mencegah masalah kembung dan ketidakselesaan perut terutama jika anda tidak biasa dengan pengambilan makanan tinggi serat.
2. Banyak minum air
Air membantu melembutkan najis dan menggalakkan peredaran melalui sistem penghadaman anda. Serat bertindak seperti span dan menyerap air. Tanpa cecair, serat tidak boleh melakukan tugasnya dan akan menyebabkan sembelit. Air juga memberi faedah kesihatan lain – tiada kalori! Secara purata, anda harus mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari (kira-kira dua liter) dan pada bila-bila masa apabila anda rasa dahaga!
3. Hadkan pengambilan kafein
Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, kola dan minuman ringan boleh meningkatkan asid di dalam perut, seterusnya menyebabkan pedih ulu hati bagi sesetengah orang. Jika anda tidak boleh berhenti minum kopi atau teh, hadkan pengambilan kepada satu atau dua cawan sehari.
4. Dapatkan pro dan prebiotik secukupnya
Terdapat ribuan bakteria yang hidup di dalam usus anda. Sesetengahnya bakteria baik yang memberi faedah kepada kesihatan dan pada masa sama usus kita juga ada bakteria yang memudaratkan. Mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan bakteria tidak baik adalah penting.
Bagaimanakah anda boleh mencapai keseimbangan ini? Salah satu cara mudah dengan mengambil makanan yang kaya dengan probiotik (yang mengandungi bakteria baik) dan juga mengambil prebiotik (‘makanan’ untuk bakteria baik) secukupnya.
Probiotik yang juga dipanggil ‘bakteria baik’ terdapat secara semula jadi di dalam usus dan dalam beberapa jenis makanan seperti yogurt, minuman susu berkultur, keju dan tempe.
Prebiotik ialah bahan yang menggalak pertumbuhan atau aktiviti mikro organisma seperti probiotik yang menyumbang kepada kesihatan usus. Prebiotik terdapat dalam makanan yang tinggi serat seperti pisang, bijirin penuh dan beberapa jenis sayuran (lik dan bawang).
Sesetengah produk komersial mengandungi serat khas yang dipanggil inulin dan oligofruktosa (frukto-oligosakarida) yang juga prebiotik.
5. Makan diet berkhasiat yang rendah lemak
Makanan berlemak tinggi seperti makanan bergoreng, burger, sosej dan hidangan berminyak melambatkan penghadaman dan boleh menyebabkan sakit perut serta pedih ulu hati. Beberapa kajian juga menunjukkan pengambilan lemak yang tinggi juga boleh mempengaruhi komposisi bakteria usus.
6. Banyak bersenam
Hadkan aktiviti sedentari seperti bermain permainan komputer atau menonton televisyen. Sebaliknya lakukan lebih banyak aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari atau menari. Sebarang senaman yang meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung juga memberi faedah kepada penghadaman anda. Ini merangsang otot usus, sekali gus menyebabkan makanan diedarkan dengan lebih cekap melalui usus anda.
Pastikan anda memupuk tabiat membuang air besar yang baik seperti pergi ke tandas sekali sehari dan elakkan daripada menahan keinginan untuk membuang air besar. Satu lagi tabiat yang perlu dipupuk adalah mendapatkan saringan kesihatan tetap untuk mengesan sebarang masalah seawal mungkin. Mengabaikan kesihatan usus anda boleh mengakibatkan masalah yang serius.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap antara pasangan suami isteri bila bercakap mengenai zuriat, tentu dari awal perkahwinan lagi sudah menanamkan impian untuk mempunyai anak lelaki dan anak perempuan. Barulah rasa sempurna dan lengkap anak-anak sebagai penyeri rumah tangga.
Sama seperti Tomok dan isterinya, setelah mempunyai dua anak lelaki mereka menanti enam tahun untuk mendapat anak perempuan. Walau jarak masa yang lama, syukur impian termakbul dan kini anak ketiga mereka yang diberi nama Siti Khadijah berusia 1 tahun 2 bulan.
“Alhamdulillah, 1 tahun 2 bulan. Macam-macam akal. Lasak memangg lain macian.
“Penantian selepas 6 tahun. Dibu memang teringin anak perempuan sebab tu habis semua rambut Arrian dan Andra ku sengaja panjangkan..Andra memang tak suka but no choice u have to follow me 🤪.
“InsyaAllah nanti kalau dapat pergi surau adalah teman kat tempat muslimah. Raya dapatla main masak-masak sekali,” kongsinya di Instagram.
Rezeki Anak Perempuan Di Usia 40an
Selain itu, Ayu turut berkongsi antara rutin dan amalan yang dilakukan untuk mendapatkan rezeki cahayamata. Baginya dia sangat-sangat menekankan tentang pengambilan asid folic sejak lepas kahwin lagi di samping berdoa setiap kali selepas solat.
“Yang tanya Dibu tips, sebenarnya Dibu pun takda tips apa-apa. Semuanya rezeki diusia 40an ..hihi…selain daripada doa setiap lepas solat…tapi Dibu lepas kawin memang makan je acid folic sampaila dapat Khadijah. Dibu stop sebab dah tutup kilang😅😅…tu jela yang dibu amalkan…
“Dibu doakan semua ibu yang belum dapat zuriat atau yang menanti zuriat akan dimakbulkan. Tapi time macam ni jangan lupa amik vaksin, vaksin bukan bererti ubat atau penghalang untuk tak dapat virus TETAPI ianya membina antibodi dan mencegah komplikasi yang lebih teruk sekiranya terkena jangkitan. Ini comply untuk semua vaksin yang diambil dari baby sampaila kebesar…jangan takut ikut je saranan doktor….stay safe guys…,” kongsinya lagi.
Sebagai makluman, Tomok atau nama sebenarnya Shah Shah Indrawan Ismail dan Rahayu Abbas telah mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan dikurniakan dengan 3 orang cahayamata iaitu Arrian,9, Andra, 6 dan yang bongsu Siti Khadijah berumur 1 tahun 2 bulan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.