Umum sedia maklum minggu lepas pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memberitahu tentang kepulangan abang sulungnya ke negara abadi di laman Instagram miliknya.
Disebabkan ramai yang tertanya-tanya tentang punca pemergian abang kesayangannya itu, Uyaina memilih untuk bercerita hal tersebut di live Instagramnya iaitu Major Dr. Mohd Attaful Uzair Arshad, 35, meninggal dunia akibat jantung tersumbat, collapse ketika melakukan aktiviti berbasikal.
Masih bersedih di atas kehilangan abang sulungnya pada malam Khamis lalu, Uyaina Arshad menasihatkan pengikutnya di laman Instagram agar sentiasa menjalani permeriksaan kesihatan berkala.
Menurut Uyaina, penyakit serangan jantung kini bukan lagi hanya menyerang golongan berusia sebaliknya, yang muda turut tidak terkecuali.
“Memang ajal tidak mengenal usia, kita mungkin rasa kita jaga makan, menjalani kehidupan sihat. Tapi saya nak pesan, jangan kita rasa diri kita sihat. kena rajin-rajin buat check up untuk periksa tahap kolestrol, jantung kita.
“Serangan jantung bukan lagi penyakit untuk orang berusia,” kata Uyaina.
Ads
Uyaina turut membaca beberapa fakta tentang serangan jantung dalam satu artikel dan salah satu puncanya adalah disebabkan daripada keturunan sejarah keluarga seperti yang dialami oleh keluarganya.
Ads
Dalam pada itu, Uyaina turut berharap agar kerajaan Malaysia dapat melakukan sesuatu memandangkan jadual kerja doktor yang sentiasa sibuk dan padat sehingga menyebabkan mereka kurang mendapat rehat yang secukupnya.
“Abang saya tidak merokok, umur 35 tahun, fit dan sihat. Betul, ajal dah tertulis di tangan Allah.
“Doktor punya kerja memang sangat memenatkan, harap sistem (kerja) doktor diperbaiki. Saya harap akan ada lebih banyak consideration daripada kerajaan. Tiada guna cuba lahirkan ramai doktor tapi at the end of the day, mereka kerja teruk-teruk… tiada siapa yang jaga mereka,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Dalam meniti usia 55 tahun, Puan Seri Tiara Jacquelina Eu Effendi, masih jelita dan sihat bertenaga. penampilannya sentiasa nampak lincah dan aktif.
Isteri kesayangan Tan Seri Mohd Effendi Norwawi ini juga seperti wanita lain yang tak pernah lupa menjaga kecantikan. Melihat kesibukannya umpama wanita bionik, rupa-rupanya, pelakon dan penerbit filem Puteri Gunung Ledang ini jenis yang sangat menitikberatkan soal kesihatan dan gemarkan gaya hidup yang aktif.
“Saya ini wanita yang ringkas sebenarnya. Cukup kenakan baju dengan seluar jeans dan kasut sukan jika tak ada aktiviti glamor. Rawatan kecantikan pula, cukup dapat tidur yang cukup. Dapat tidur nyenyak tujuh jam pun sudah memadai. Apabila ada tenaga, esok kita boleh kembali aktif. Makanan juga saya pentingkan dengan memilih gaya pemakanan seimbang.
“Cuma saya ini jenis yang sentiasa aktif. Tak boleh duduk di rumah tak buat apa-apa. Kehidupan saya sentiasa perlu bergerak. Kalau meeting pun, saya akan berdiri atau berjalan keliling bilik. Saya berusaha untuk tidak duduk sahaja kerana tidak sihat.
“Memang ada yang tanya macam mana dapat tenaga, tetapi sebenarnya ia bergantung pada diri dan sebahagian daripada gaya hidup. Sejak dahulu lagi memang itu yang saya amalkan. Sepanjang dua tahun ini alhamdulillah saya belum kena covid dan memang harap dijauhkan. Malah sepanjang pandemik ini, saya memang tak ada sakit kepala, demam atau selesema. Ada yang gelakkan saya pada tangan penuh dengan macam-macam suplemen. Selain itu, saya juga amalkan jus buah.
“Pada saya soal kecantikan dan kesihatan bermula dari dalam diri kita. Apa yang kita amalkan seperti pemakanan dan gaya hidup itu yang menentukan kita cantik bertenaga atau tidak.
Ditanya mengenai cantik pada pandangan matanya, akui Puan Seri Tiara lagi semuanya bergantung dari dalaman barulah memancar pada luaran.
“Cantik itu bergantung pada mata masing-masing. Ada yang tak lawa tetapi ada ‘something’ pada diri dia yang kita tak boleh nak lepaskan pandangan daripada dia. Itu yang dikatakan kecantikan dari dalaman. Pada saya lebih penting kecantikan dari dalam dan mata kita lebih memancar. Ada yang cantik luaran tetapi nampak ‘malap’ .
Akuinya lagi, sedari usia 40 ahun sudah menitikberatkan soal pengambilan makanan bagi memastikan kesihatan sentiasa pada tahap yang baik.
“Dari umur 40 tahun saya memang menjaga makan . memang tak boleh makan apa saja seperti sebelum ini. Sekarang saya tukar nasi dengan cauliflower rice. Walaupun tak makan nasi saya akan pastikan ambil sayur. Pernah Tun Mahathir kata, jangan sampai kita rasa kenyang bila makan. Makan apabila rasa perut tak kosong dah memadai.
“Memandangkan sekarang bulan ramadan, saya memang tak boleh miss sahur. Saya akan buat milk shake yang dicampur dengan pisang dan kurma serta diletakkan psyllium khas. Inilah yang akan menjadi amalan saya sepanjang bersahur kerana cepat siap dan mudah bangun pagi waktu sahur terus minum,” ujar Puan Seri Tiara lagi ketika ditemui dalam satu majlis kempen Activate Your Immunity, Stay Protected bagi jenama susu berkhasiat PROVITAL Immuna Plus baru-baru ini.
Walaupun bukan seorang perawat perubatan, tetapi memiliki ilmu perubatan secara asas itu perlu lebih-lebih lagi bila berdepan dengan situasi kecemasan.
Baru-baru ini Public Health Malaysia telah memuat naik status di laman Facebooknya berkenaan betapa pentingnya ilmu bantuan pernafasan yang dikenali sebagai Cardiopulmonary Resuscitation (CPR).
Disamping itu, laman tersebut berkongsi kisah yang pernah dihadapi oleh oleh Doktor Malar Santhi Santherasegapan yang bertugas di Jabatan Kecemasan sebuah hospital di negara ini berkenaan kes CPR salah seorang pesakitnya. Jom ikuti perkongsian ini dan ambil pengajaran yang sewajarnya.
“Saya CPR dari rumah…dia tak sedar, dia tak sedar. Tolong toloong suami saya!” Itu lah laungan dari kereta. Berlari-lari kami tolak trolley ke arah kereta BMW X7.
Suaminya memang pesakit jantung, setiap hari kena makan ubat, setiap bulan kena follow up. Darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, semua pun ada.
Dari kereta SATU DUA TIGA, atas trolley! No pulse, no spontaneous breathing…sebab saya paling kecil, maka saya lah naik atas trolley dan start CPR!!
Sampai ke Redzone, staffnurse take over, sambung CPR, tekan 1,2,3,4…..30. Pernafasan diberi melalui bag valve mask 1, 2!! Sambung CPR, 1,2,3……30. Dua kali pernafasan, lepas tu sambung 30 kali tekan dada. Lengkapkan 5 pusingan sebelum check nadi di tengkuk (carotid pulse).
Pasang wayar di dada, nampak garisan atas monitor menunjukkan flat line, “Asystole, sambung CPR, re-check pulse at 5th cycle. Sister tolong alert after 2 minutes. Line dah masuk ke? IV Adrenaline 1mg every 3minutes, push dengan 10mls normal saline.”
Lepastu saya sambung lagi. Prepare intubation, ETT Size 7.5, standby size 8.0.
Sementara tu saya check biji mata, takda response terhadap lampu, size dah 5mm (terbeliak).
“Takpa, kita cuba all out, patient nampak muda ni, lagipun family CPR dari rumah, high chances ni, lets try our best guys”, saya seru team saya.
Nasib baik nampak vocal cord dengan senang, ETT size 7.5 dimasukkan, sambung dengan bag valve mask, saya pass kepada staff untuk plaster dan sambung bagging.
“Takpe team, kita teruskan, beb continue high quality CPR, CPR kau sahaja yang boleh bantu patient ni.” Saya jerit sikit kat male nurse saya yang tengah buat tekanan dada.
MENERANGKAN KEADAAN PESAKIT KEPADA WARIS
Saya melangkah ke waris pesakit yang duduk di luar langsir. Saya dah pesan kat staff front desk siap-siap, jangan bagi waris pergi mana-mana. Kena tunggu depan Redzone.
Itu memang style saya. Bukan apa, bila waris pesakit kritikal macam ni pergi parking lah, pergi toilet lah…iaitu menghilang sekejap sementara kita tengah bagi rawatan kecemasan. Nanti bila dia kembali, dia orang akan bagi reaksi “Ehh ehh, tadi okay je, elok je, sihat je, dia siap bercakap dengan saya.”
Ni yang saya tak gemar dalam situasi kecemasan macam ni iaitu wujudnya kesangsian dalam rawatan yang diberi. Sebab tu, saya akan suruh waris terdekat dan seorang peneman kena berdiri betul-betul di depan Redzone dan saksikan semua dari luar langsir.
Sambil prepare ayat saya melangkah ke waris, “Kamu siapa kepada pesakit ya?”
“Saya isteri dia doktor.”
“Ok, saya nak bagitahu dengar baik-baik dan sabar ya. Sekarang jantung suami puan tidak berdegup. Dia tak bernafas, tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia masih hidup.
“Bacaan jantung ketika mula-mula sampai menunjukkan asytole, iaitu garisan flat. Kami tengah memberi bantuan nyawa, iaitu Full Cardiopulmonary Resuscitation, itu rawatan terbaik untuk keadaan suami puan sekarang.
Saya minta Puan doa banyak-banyak untuk jantung dia kembali berdegup. Saya dah masukkan tiub pernafasan dalam tekak (trachea) supaya dia dapat oxygen maximum. Sekarang doa puan sahaja boleh bantu dia.”
ISTERI PESAKIT MERAUNG DAN…
Si isteri meraung dengan kuat “Doktor, tolong selamatkan dia. Saya tak sempat mintak maaf lagi doktor. Tolong lah doktor…tolonglah!!”
Saya jenguk masuk Redzone balik. Sebagai doktor iaitu team leader dalam resuscitation, saya tak boleh tinggal patient lama sangat.
PERTANYAAN DITERUSKAN UNTUK DAPATKAN BUTIRAN LANJUT DARIPADA WARIS
Saya sambung tanya dari isteri.
Saya: “Apa yang berlaku sebenarnya puan?”
Isteri: “Dari pagi dia kata angin sangkut kat dada. Makan tak cerna sangat katanya. Dah pergi jumpa doktor klinik ambil ubat gastrik, tengah hari tu dah ok sikit. Lepastu, lepas makan malam dia kata angin sangkut balik.
“Saya sapu minyak angin dan urutkan. Dia kata lega sikit. Sampai pukul 1 pagi kami berborak. Saya terlelap sekejap je doc. Saya terjaga lebih kurang 1.30 pagi, nampak mulut dia berbuih, mata terbeliak ke atas, saya terus bagi CPR.
“Saya tiup berterusan dalam mulut dia.”
Saya (rasa pelik sikit): “Puan tekan dada dia lah untuk CPR?”
Isteri: “Tak doktor, saya tiup bagi pernafasan dalam mulut. Sebab saya takut dia tak boleh bernafas, jadi saya tiup. Lepastu baru saya terfikir dia makan tak habis waktu dinner. Jadi saya lari pergi ambil air gula, masuk dalam mulut. Saya takut dia hypo.”
Hadooiiiiiii!!! Saya tak dapat nak explain perasaan saya waktu tu. Ini ke yang dia maksudkan CPR?!
Kenapa bagi air kalau patient tak sedar? Hadooooiiii!! Tapi saya tak boleh bagitahu si isteri sekarang, not the best time, jadi saya teruskan.
Doktor: “Ok Puan, itu jam 1.30. Puan sampai hospital dah 2.30 pagi ni. Apa berlaku dalam sejam tu?”
Isteri: “Saya call kakak saya suruh datang rumah, sebab saya rasa nervous sangat nak bawak kereta ke hospital. Sementara tu saya gosok kaki dia, saya gosok belakang tengkuk, sekali-sekala saya tiup dalam mulut bagi pernafasan. Dia masih bernafas waktu tu doktor.”
Doktor: “Kamu check nadi tak?Kamu ada tekan dada tak?”
Isteri: “Saya rasa ada 2-3 kali waktu dalam kereta saya tekan tekan dada dia, panggil nama, tapi dia langsung tak sahut. Sambil tu saya gosok-gosok muka dia jugak.”
RUPANYA CPR YANG BETUL TAK DIMULAKAN DI RUMAH…
Kekecewaan yang saya rasa waktu tu memang tak terkira. Rakyat Malaysia ni kan, kalau video viral kat Tiktok laju je tengok. Insta live artis wajib tengok, tapi pengetahuan basic macam CPR ni tak pernah ambil endah nak tahu.
Jantung berhenti dah hampir sejam, tangan dan kaki dah sejuk, tiada degupan jantung, tidak bernafas, mata dah terbeliak. CPR langsung tidak dimulakan di rumah ataupun dalam perjalanan.
Depan pintu kecemasan, baru lah kami tergesa-gesa start CPR. Walau apa pun, resuscitation diteruskan mengikut protocol iaitu selama 30minit, disambung lagi 15 minit atas permintaan si isteri, disambung lagi 15 minit atas permintaan si anak lelaki, disambung lagi 15 minit atas permintaan si anak perempuan.
DAN SUAMI TAK DAPAT DISELAMATKAN LAGI…
Lepas tu dah tak boleh sambung. Saya terpaksa stop. Sorry puan, setelah 1 jam full resuscitation, kami tak dapat selamatkan suami puan, dia sudah meninggal dunia.
Makin kuat suara si isteri meraunng “Tolooong lah doktor, saya tak sempat minta maaf dengan dia. Bangun lah bang, maafkan dosa saya.” Bersambung-sambung tangisan memenuhi ruang kecemasan.
Doktor Malar yang sememangnya hati tisu ni, berlinang jugak lah air mata saya. “Allow grieving, then baru start last office,” saya cakap dekat staff nurse sambil berlalu pergi nak mula tulis clinical notes dengan perasaan sangat kecewa. Saya masih tak faham, tak boleh terima sampai ke hari ni.
AMBIKLAH INISIATIF MELIHAT VIDEO CPR UNTUK KEBAIKAN DIRI SENDIRI
Dah sah-sah si suami pesakit jantung, risiko tinggi sebab ada penyakit 3 serangkai, kenapa tak pernah ambil inisiatif untuk tengok video CPR, tahu prinsip asas pun cukup.
Kalau tengok pesakit tak sedar, cari nadi di bawah tengkuk. Kalau takda nadi, mulakan tekanan dada. Kalau tak pasti, takpa mulakan juga tekanan dada.
Kalau sebenarnya dia sedar, pesakit akan bangun dan bagi sebijik penampar kat kamu. Sebab kalau masih sedar tekanan dada ni sakit sebenarnya. Terima je penampar tu, takpa. Kalau dia memang tak sedar dan tiada nadi, kamu tengah bantu jantung dia mengepam darah ke seluruh badan.
Adakah CPR menyelamatkan nyawa? Yes, CPR is life saving.
Adakah CPR memanjangkan usia? Tidak, ajal maut di tangan Tuhan, kita hanya berusaha. Tapi kena usaha betul-betul dengan ikhlas, sehabis baik lepas tu baru boleh berserah.
**Nota kaki : Jangan beri apa-apa makanan atau minuman kalau seseorang tu tak sedar atau tidak bernafas, dia boleh tersedak. Yakni makanan masuk dalam paru-paru.
**Sesiapa sahaja boleh tidak sedarkan diri di sekeliling kamu sekarang, dah ready nak CPR ke?