Buat Fucuk Sendiri, Halal & Bersih. Resipi Guna Air Soya Je, Rahsianya Kena Guna Teknik ‘Double Boil’ , Baru Hasilnya Cantik!

Share

Sayur fucuk sering menjadi ramuan utama dalam penyediaan sup sayur. Selain dimasak lemak, ditumis air atau dijadikan pelbagai resipi lain, menu ini cukup simple tetapi sedap. Biasanya fucuk ini boleh didapati di kedai. Teringin tak nak belajar buat sendiri?

Ini cara buat Fucuk  yang dikongsikan oleh Puan Siti Zara’s. Resipi yang mudah tapi confirm jadi. Yang penting daripada air tangan kita sendiri kan. Tak perlu lagi nak beli malah boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan ni kalau berjaya buat jual.

Antara hikmah pandemik ni, kita dpt belajar benda baru…

Alhamdulillah dh terror buat fucuk..Lebih yakin, halal dan bersih…

Cara membuat:

1. Kacang soya rendam semalaman dan buang kulit (tak dapat buang semua pun ok, yang penting 50% dapat buang kulit). Kemudian kisar soya, nisbah air 1:2. Tapis airnya.

2. Air soya yang telah direbus masak. Boleh guna apa-apa bekas periuk. Pastikan api sentiasa terpasang. Api sederhana. Saya guna bekas makanan buffet, double boil hasilnya lagi cantik.

3. Permukaan air soya tu akan jadi mengeras dan boleh angkat dengan lidi sate yang panjang tu.

4. Kemudian jemur. Biar sampai kering betul. Kemudian ulang proses tadi sampai dapat banyak.

 

 

 

 

 

IKLAN