Bagi anda yang suka makan kuih Puteri Ayu mesti teringin untuk mencuba membuatnya sendiri. Namun bila ada yang pertama kali mencuba, berasa kecewa pula bila kuih yang dimasak tak berapa cantik hasilnya. Apatah lagi saat keluarkan kuih daripada bekas, terkadang berterabur bahagian kelapa.

Tidak mahu itu yang terjadi, wanita ini kongsikan resipi dan tip yang boleh dipraktikkan untuk menyediakan kuih Puteri Ayu ini lebih mudah dan cantik.

Nak tahu detail, ini perkongsiannya.

“Saya buat 6 adunan 320++pcs. Saya buat stok untuk di frozen. Kalau adunan elok naik gebu memang dapat banyak. Start buat pukul  2.30 petang sebelum magrib tadi siap.”

Buat Kuih Puteri Ayu Nak Cantik Bahagian Kelapa Tak Terburai, Wanita Ni Kongsi Rahsia Ramuannya!

RESIPI KUIH PUTERI AYU FROZEN 

(Ni utk 3 adunan)
Telur gred A 9 biji
Gula pasir 3 cawan metrik
Ovalet 3 sudu makan
Pewarna dark green 1 1/2 sudu makan
Esen vanila 2 sudu makan
Perasa pandan 2 sudu makan

Cara Membuatnya :

Buat Kuih Puteri Ayu Nak Cantik Bahagian Kelapa Tak Terburai, Wanita Ni Kongsi Rahsia Ramuannya!

1.Mix sampai gebu memang nampak warna hijau pekat nanti bila dah gebu dia akan jadi warna hijau cair.

IKLAN

2. Bila sudah sebati dan gebu dia akan jadi macam ni pastikan adunan tersebut bila kita angkat dia jatuh lambat. Itu tandanya dia dah gebu.

Buat Kuih Puteri Ayu Nak Cantik Bahagian Kelapa Tak Terburai, Wanita Ni Kongsi Rahsia Ramuannya!

3. Masuk sikit demi sedikit tepung dan 3 cawan susu cair.  Tapi sebelum mix bahan-bahan yang dekat atas tadi tu..ayak kan 6 cawan metrik tepung gandum bersama 3 sudu kecil baking powder

4. Bila sudah masukkan tepung dan susu cair mix sebati. Bila adunan dh macam dalam video ni cnfirm kejadiannya kuih akan gebu.

IKLAN

5. Sebelum itu, acuan mesti sapu dengan minyak masak. 1 1/2kg kelapa parut bahagian putih sahaja tambah garam secukup rasa dan tepung pulut, tepung pulut 2 fungsinya sebagai gam supaya kelapanya tak terburai bila dah masak dan kita keluarkan dari acuan.

Buat Kuih Puteri Ayu Nak Cantik Bahagian Kelapa Tak Terburai, Wanita Ni Kongsi Rahsia Ramuannya!
6. Masukkan adunan ke dalam paping bag senang nak letak dalam acuan. Saya beli paping bag saiz XL senang besar boleh letak banyak adunan.

Buat Kuih Puteri Ayu Nak Cantik Bahagian Kelapa Tak Terburai, Wanita Ni Kongsi Rahsia Ramuannya!
Ekstra Tip : Pastikan air kukusan sudah menggelegak baru masukkan kuih. Masa mengukus api kena sedang tak  boleh besar, kalau besar nanti kuih merekah. Ni saya kukus dalam 7 ke 10min.

Buat Kuih Puteri Ayu Nak Cantik Bahagian Kelapa Tak Terburai, Wanita Ni Kongsi Rahsia Ramuannya!Tip Keluarkan Kuih Dari Acuan
Picit-picit keliling acuan biar dia merenggang supaya senang nak keluarkan.

IKLAN

Bila ditekan dia kembali ke bentuk asal tandanya dia gebu macam span.

Sumber : E-za Izatul Azikin 

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Buat Kuih Puteri Ayu Nak Cantik Bahagian Kelapa Tak Terburai, Wanita Ni Kongsi Rahsia Ramuannya!

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR OBLINE BUAT ROTI JALA VIRAL dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/  atau whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Buat Kuih Puteri Ayu Nak Cantik Bahagian Kelapa Tak Terburai, Wanita Ni Kongsi Rahsia Ramuannya! Buat Kuih Puteri Ayu Nak Cantik Bahagian Kelapa Tak Terburai, Wanita Ni Kongsi Rahsia Ramuannya!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI