Untuk ringankan beban isteri tercinta, tak salah pun jika sekali sekala encik suami masuk dapur untuk sediakan makanan untuk keluarga, betul tak?

Bahkan ada juga isteri mengakui ada kalanya masakan suami lebih sedap dan digemari oleh anak-anak. Maklumlah, hidangan istimewa dari air tangan en suami lah katakan. Pasti dihargai oleh seisi keluarga.

 

 

Pun begitu jangan ingat lelaki hanya boleh sediakan menu ringkas sahaja, bahkan menu istimewa juga boleh disediakan sepertimana yang sering dilakukan oleh Encik Nazri Mat Zain yang juga merupakan seorang pesara tentera.

Siapa sangka menu yang dikongsikan olehnya  di media sosial bukan biasa-biasa malah sering mendapat perhatian dan pujian warganet. Salah satunya adalah apabila berkongsi resipi Laksa Nyonya.

Lihat gambar kuahnya sahaja sudah dapat dibayangkan betapa enaknya hidangan yang disediakan oleh Encik Nazri ini.  Jadi apa kata kali ini kita cuba pula sediakan menu ini untuk sama-sama dinikmati oleh seisi keluarga.

Buat Laksa Nyonya Jangan Kedekut Santan. Suami Ni Kongsikan Resipi, Kuahnya Memang Power!

 

Resepi Laksa Nyonya

Bawang Besar 3 biji

Bawang Putih 4 ulas

Cili kering 10 tangkai

Cili besar merah 6 biji

Belacan besar ibu jari

Lengkuas 1/2 inci

Halia 1/2 inci

IKLAN

Kunyit hidup 4 biji

Buah keras 4 @ 5 biji

Buat Laksa Nyonya Jangan Kedekut Santan. Suami Ni Kongsikan Resipi, Kuahnya Memang Power!

Campurkan semua sekali dan blend.

Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan yang blend tadi.. (Minyak jangan terlampau banyak yer) Semasa tumis tu masukkan

2 batang serai yang telah diketuk dan masukkan 2 kuntum bunga kantan yang telah dibelah 4 serta daun kesum dalam 50sen.

Setelah pecah minyak masukkan 1kg santan dan air

Kepekatan kuah ikut citarasa sendiri dan masukkan fish ball, tauhu fook ( tauhu yang selalu orang buat bergedil tu) dan sekeping asam gelugur

 

 

IKLAN

# Tauhu fook dan fish ball tu agak-agak lah yer. Ni sebab Papa buat dalam kuantiti yang banyak…

Masukkan garam, aji dan gula secukup rasa

Dah didih tutup api siap dihidangkan

# Kuah ni boleh makan dalam 8 – 10 orang…

# Terpulang samada nak guna mee kuning atau bihun – dicelur

Buat Laksa Nyonya Jangan Kedekut Santan. Suami Ni Kongsikan Resipi, Kuahnya Memang Power!

# Bahan tabur macam laksa biasa

Buat Laksa Nyonya Jangan Kedekut Santan. Suami Ni Kongsikan Resipi, Kuahnya Memang Power!

Daun salad

Bwg besar

Timun

IKLAN

Cili api potong

Telur Rebus

Buat Laksa Nyonya Jangan Kedekut Santan. Suami Ni Kongsikan Resipi, Kuahnya Memang Power!

Selamat Mencuba.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

ARTIKEL MENARIK

Sumber : Nazri Mat Zain

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Buat Laksa Nyonya Jangan Kedekut Santan. Suami Ni Kongsikan Resipi, Kuahnya Memang Power!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI