Buat Sendiri Ayam Goreng Ala KyoChon. Sekali Hadap Pun Boleh Habis Sepinggan!

Share

Bila tak boleh rentas daerah, terasa nak keluar sana sini. Tapi bila dah boleh rentas, rasa selesa pula duduk kat rumah.

Bila mai angin craving nak makan macam-macam, nak singgah mall malas pula rasanya! Especially ayam goreng KyoChon yang pastinya jadi pilihan kalau keluar!

So… Yang mana teringin nak makan tu, meh cuba resipi dari Oh Carol ni. Mudah je caranya nak buat, bahan pun tak banyak guna tau!

Anak dara teringin nak makan ayam goreng ala-ala KyoChon. Nak bawak pergi MyTown, ibu tak confident dengan pandemic yang masih berleluasa. Ajar jer dia buat sendiri. Buat kudap-kudapan petang katanya. Siapa teringin, sila buat ye.

Ayam Goreng Ala Kyochon

Bahan-bahannya :-

9 ketul kepak ayam
1/2 sudu kecil garam
Lada sulah secukup rasa
Tepung beras
Minyak untuk menggoreng

Bahan untuk sos :-
4 sudu makan madu
2 sudu cili flakes
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan tepung jagung
1 cawan air
Sedikit bijan -disangai

Cara-caranya :-

Bersihkan bahagian kepak ayam. Saya potong 3 bahagian ikut ruasnya. Beli 9 ketui je.

Taburkan setengah sudu garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati guna tangan jer.

Taburkan tepung beras. Gaul sampai bersalut. Tak perlu letak air. Tepuk-tepuk manja bagi bersalut gitew. Janji semua bahagian kena.

Goreng. Make sure minyak panas. Sebaiknya, deep fry. Sebab tu saya guna periuk.

Dah siap goreng. Makan macam ni pun dah sedap. Nak ayam rangup, goreng 2 kali. Orang Korea selalu buat macam ni.

Cara buat bahan sos

Ni untuk salutan sos. 1 cup air. Bila air dah merenih, masukkan anggaran 4 sudu makan madu.

Masukkan 2 sudu cili flakes dan 2 sudu makan kicap manis. Saya guna kicap ABC. Masukkan garam separuh sudu kfc. Gaul sekata, sesuaikan rasa.

Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Fungsi nak bagi sos pekat jer. Kalau berair nanti ayam hilang kerangupan.

Masukkan ayam goreng dalam kuali. Gaulkan sos hingga bersalut ke seluruh permukaan ayam goreng.

Tabur bijan yang dah di sangai. Saya guna kaedah cepat. Panaskan dalam microwave je 2 minit.

Dah siap! Rasa manis-manis pedas gitu. Boleh la, sekali gigit, tak mampu berhenti.

IKLAN