Buat Sendiri Cheesy Potato Wedges Ala KFC Di Rumah. Lebih Jimat, Sedap & Baru Puas Makan!

Share

Kentang bersalut keju atau Cheesy Wedges antara yang digemari ramai terutama kanak-kanak.

Biasanya kita akan membeli ke kedai makanan segera apa kata kali ini ibu-ibu cuba membuat sendiri di rumah. Caranya cukup mudah, lagi sedap dan menjimatkan.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Salimah Olie. Selamat mencuba!

Petang-petang tak tau nak makan ape.kentang pulak banyak jom la kita buat cheezy wedges..sedap dan jimat..

 

CHEEZY WEDGES HOMEMADE BY SALIMAH OLIE

4 biji kentang – tak nak kupas kulit pun takpe.tapi, pastikan basuh bersih tau.
Mixed herbs
Lada sulah
GaramTepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna bestari)

–untuk sos–
3 sudu besar serbuk cheese – bancuh dengan air panas.kacau-kacau hingga jadi sos.
Serbuk cheese boleh beli disini –> Cheese Powder Dan Tepung Magik

Kentang dipotong wedges.kukus agak-agak lembut.dalam 5-7minit.


Letak dalam mangkuk.tabur mixed herbs, lada sulah dan garam.goncang biar sebati.
Taburkan pulak tepung jagung.gaul sebati.

Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing.


Hidangkan bersama cheezy sauce
Tambah mayonis pun sedap.

IKLAN