Buat Sendiri Kerepek Peria. Ini Resipi Buat Jadi Rangup & Tak Pahit!

Share

Peria memang rasa pahit. Namun tinggi nilai khasiatnya.
Dulu, mak kita sering buat masak sayur dicampur dengan udang atau ikan bilis. Rasa pahit memang terasa walaupun sudah direndam dengan garam. Akibatnya ramai yang tak suka peria.

Tetapi kini peria jadi kegemaran ramai bila dijadikan kudapan rangup. Ia digoreng garing dengan salutan tepung. Rasanya tidak lagi pahit. Makan tanpa nasi pun sedap.

Malah ia dikenali sebagai kerepek peria.

Nak tahu lanjut cara nak buat kerepek peria ni, Boleh ikuti resipi mudah ni perkongsian oleh Sheena Supramaniam. Memang mudah buat Kerepek Peria yang sedap, rangup!

Resipi dan cara penyediaan rujuk gambar. Selamat menciba!

Peria katak potong nipis2. Cuci n Rendam dlm air garam selama 20min. Then bilas sekali lg.
Masukkan garam n kacau sebati
1½ sk s.kunyit
1½ sb s.cili
2sk s.lada putih
1½sb jintan manis tumbuk kasar
Kacau sebati
Biarkan selama 30min
2sb t.jagung
2sb t.beras
Kacau sebati
Dah ready nk goreng…
Minyak kena byk ye. Set api kecil n Tunggu minyak betul2 panas. Apabila minyak dah betul2 panas. Naikkan ke api sederhana atau sederhana besar n blh mula goreng. Ikut tips baru blh dpt peria betul2 crispy n tahan lama
Mcm ni…
Siap… tunggu sejuk baru masukkan dlm bekas kedap udara ye. Rangup sampai ke mlm… Suam2 pun x blh… nnti lemau.

Wow memang sedap dan rangup. Tak rasa pahit pun!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Kredit: Sheena Supramaniam

IKLAN