Biasanya di rumah kita pasti ada bermacam-macam jenis bahan pembersih untuk digunakan untuk tujuan yang khusus.
Tapi menariknya perkongsian ini, wanita ini sediakan sendiri bancuhan bahan pencuci dirumahnya untuk digunakan dengan pelbagai tujuan.
Ternyata cara ini pastinya lebih menjimatkan dan tiada lagi masalah penstoran berkaitan bahan-bahan pencuci yang pelbagai jenis dan kegunaannya itu.
Ini perkongsiannya.
Sebelum ni saya pernah share pasal homemade spray serbaguna untuk halau semut..
Baru-baru ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni..
Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja-kerja kat dapur.. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk..
◾ Hilangkan bau hanyir
Ads
Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa.
◾ Mudah tanggalkan kesan minyak
Bila basuh bekas-bekas makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
◾ Masa baking
– nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun.
Ads
◾ Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
◾ Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak..
◾ Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
Ads
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi.
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..
1½ cawan cuka
7½ cawan air
4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
*spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’ .
*kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.
Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam selamat bersalin pagi tadi pada jam 8.30 pagi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri olehnya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
“Alhamdulillah di pagi Jumaat yang penuh Barakah hari ini pada tarikh #12052023
pada pukul 8.30 pagi tadi saya telah melahirkan anak lelaki saya dalam keadaan pembedahan.
“Syukur kepada Allah SWT semuanya berjalan dengan baik 🙏🏻🥹 Bayi lelaki saya dilahirKan 38 minggu lebih dengan seberat 2.71kg dan tingginya 34cm.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Rebecca yang lebih mesra disapa sebagai Mummy Becca sempat mengucap syukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang banyak menitipkan doa buatnya dan bayi.
“Syukur Ya Rabbi 🥹🙏🏻Mummy Becca ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang banyak menitipkan DOA untuk mummy dan baby ,terima kasih Allah sahaja yang dapat membalasnya.
“Terima kasih kepada suami tercinta dari awal pregnant sampai la hari ini bersalin sentiasa setia bersama menemani MUMMYBECCA🙏🏻🤍🥹😘 thank you papa.
“Thank you juga buat ibuku ,doamu tiada Hijab, tembus ke langit, thank you datang Ma, dan Sentiasa mendoakan anak-anak Mu🤍🫠” tambahnya.
Terdahulu, Rebecca berkahwin dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff Al- Raffael, 7, Nor Ahmed Al- Reaggan, 4, dan Nor Aurora Riana, 4.
Selain itu, dia juga memiliki seorang anak angkat Nor Adam Daniel, 15, serta dua anak tiri yang masing-masing berusia 27 dan 20 tahun.
Pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga dan sudah dikurniakan cahaya mata seringkali sibuk dengan urusan seharian. Kesibukan itu ada kalanya tanpa disedari mengabaikan pasangan dan membuatkan hubungan renggang.
Bukan bermakna rasa kasih sayang semakin pudar tetapi tuntutan kerja dan urusan anak-anak membuatkan anda terleka hingga mengabaikan pasangan. Banyak pasangan yang menganggap situasi ini adalah perkara biasa lantas membiarkannya hingga membuatkan hubungan suami isteri semakin sepi.
Tapi awas inilah yang akan menyebabkan rumah tangga mula memasuki fasa konflik. Pakar motivasi menyarankan cara untuk mengatasinya. Mungkin ada perasaan malu untuk bermanja dengan pasangan seperti waktu bercinta dahulu. Tetapi anda harus mencubanya dan selalu mempraktikkannya demi memperbaiki hubungan yang mula pudar.
Jadikan tip di bawah ini sebagai panduan:
1. Ubah susun atur perabot di bilik tidur untuk membangkitkan suasana baru dan segar. Letakkan pewangi untuk menghidupkan suasana yang menarik di kamar. Boleh juga hidupkan lilin aromaterapi.
2. Bangkitkan suasana romantis di rumah atau bilik tidur dengan memainkan muzik lembut dan romantik. Alunan muziknya sekadar cukup untuk telinga anda berdua sahaja. Lebih menarik muzik atau lagi kegemaran anda berdua.
3. Rancang dan sediakan hidangan yang istimewa dan digemari oleh pasangan. Hendak menawan hati suami kenalah gembirakan perutnya.
4. Cari peluang untuk bercuti bersama, bukan bersama anak-anak tetapi hanya anda berdua. Jangan bercuti di tempat yang terlalu ramai orang sebaliknya cari tempat yang damai di mana anda boleh berdua-duaan menikmati saat yang menenangkan.
5. Ajak pasangan beli makanan dan duduk bersantai tepi tasik, taman rekreasi atau tempat yang mudah buat anda. Makanlah sambil berbual. Bila sudah punya anak aktiviti mudah sebegini pun jarang kita buat kan.
6. Lakukan kembali acara mandi bersama yang mungkin sudah lama anda dan suami tinggalkan. Boleh jadi kali terakhir ketika berbulan madu.
7. Berikan hadiah dan ingat tarikh-tarikh penting buat anda berdua. Tidak perlu beri hadiah yang mahal cukup sebagai tanda ingatan. Tetapi, jika anda mampu tiada salahnya.
8. Jangan kedekut hendak memberi pujian terhadap pasangan. Luahkan sahaja apabila pasangan kelihatan cantik dan bergaya.
9. Bilakah kali terakhir anda mengucup dahi atau pipi setelah dia penat bekerja. Tahukah anda bahawa ciuman mesra anda dapat menghilangkan segala kepenatan pasangan. Tekanan sepanjang hari juga turut hilang. Itulah kuasa ciuman anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di