Buat Sendiri Serbuk Kunyit. Mudah Je Rupanya!

Share

Pernah tak terfikir macam mana nak hasilkan sendiri serbuk kunyit? Memandangkan serbuk kunyit bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah banyak petua kecantikan mahu pun kesihatan yang diamalkan oleh orang dulu-dulu turut menggunakan serbuk kunyit sebagai bahan utamanya.

Memanglah tidak dinafikan,  telah tersedia ada serbuk kunyit di pasaran. Namun bagi anda yang lebih mengutamakan penggunaan bahan semula jadi, pasti bila mengetahui ada cara membuat serbuk kunyit, boleh tersenyum riang.

Nak tahu lebih lanjut jom semak apa yang telah dikongsikan oleh Mastura Rashid melalui fbnya.


Langakh-Langkah Perlu Buat :

1.    Ambil kunyit dalam kuantiti yang dikehendaki.

 

2.    Kunyit di buang kulit dan dicuci bersih.

 

3.    Kunyit dihiris nipis-nipis.

 

4.    Sangai kunyit dengan menggunakan api yang kecil.

 

5.    Kemudian letakkan kepingan kunyit di atas kertas tisu.

 

6.    Setelah itu, kisar kesemuanya dan sangai sekali lagi agar getah dan lembap kunyit dapat dihilangkan.


Ekstra tip : Pastikan proses ‘menyangai’  dilakukan berulang kali agar dapat memastikan kunyit benar-beanar kering. Jadi bolehlah disimpan dan bertahan lama.

 

IKLAN