Pernah tak terfikir macam mana nak hasilkan sendiri serbuk kunyit? Memandangkan serbuk kunyit bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah banyak petua kecantikan mahu pun kesihatan yang diamalkan oleh orang dulu-dulu turut menggunakan serbuk kunyit sebagai bahan utamanya.
Memanglah tidak dinafikan, telah tersedia ada serbuk kunyit di pasaran. Namun bagi anda yang lebih mengutamakan penggunaan bahan semula jadi, pasti bila mengetahui ada cara membuat serbuk kunyit, boleh tersenyum riang.
Nak tahu lebih lanjut jom semak apa yang telah dikongsikan oleh Mastura Rashid melalui fbnya.
Langakh-Langkah Perlu Buat :
1. Ambil kunyit dalam kuantiti yang dikehendaki.
Ads
2. Kunyit di buang kulit dan dicuci bersih.
3. Kunyit dihiris nipis-nipis.
Ads
4. Sangai kunyit dengan menggunakan api yang kecil.
Ads
5. Kemudian letakkan kepingan kunyit di atas kertas tisu.
6. Setelah itu, kisar kesemuanya dan sangai sekali lagi agar getah dan lembap kunyit dapat dihilangkan.
Ekstra tip : Pastikan proses ‘menyangai’ dilakukan berulang kali agar dapat memastikan kunyit benar-beanar kering. Jadi bolehlah disimpan dan bertahan lama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau sudah namanya orang melayu, 7 menu yang satu ini tak lengkap kalau tak ada. Dulu mungkin dimakan bersama ulam sahaja, tetapi sebenarnya sambal belacan ini banyak betul kegunaannya . Bermula sebagai sambal cicah untuk ulam-ulaman, pelengkap rasa kepada nasi goreng, ikan bakar dan sebagainya lagi.
Nampak macam mudah nak buatnya, tapi sebenarnya tak semua rasa sambal belacan menepati cita rasa. Ada terlebih masin, pedas dan sebagainya.
Tip untuk dapatkan sambal belacan yang enak katanya bawang serta belacan perlu dibakar terlebih dahulu.
Jom kita tengok resipi yang dikongsikan oleh puan Rosni Musa
Ini namanya sambal belacan. Lain orang lain cara penyediaannya. Tapi sambal belacan Hakak Ros sampai ada yang termimpi² bila dah lama tak merasa. Dalam rumah ni kalau Abang Long ada, stok sambal belacan kena sentiasa ada. Hantu sambal belacan anak bujang tu. Abang Long cakap sambal belacan ibu yang paling sedap di dunia. Dah namanya anak ibu, air tangan ibunya jugak yang sedap. Meh lar kita tengok resipinya.
Bahan-bahan:
Belacan Melaka 1/2 ketul
Bawang besar 1 biji sedang
Cili api 40 – 50 biji
Cili besar 5 – 8 biji
Limau kasturi 10 – 15 biji
Gula 2 sudu besar (agak² jer)
Cara membuat:
Mula² kita gorengkan sebentar belacan & bawang besar. Bawang tu jangan layu sangat. Agak² dah layu sikit terus angkat.
Masukkan belacan & bawang yang telah digoreng bersama cili api, cili besar (cili² tu tak perlu goreng. Tapi kalau nak goreng sekejap pon boleh) & gula. Gula pon jangan banyak sangat. Agak² jer tau untuk seimbangkan rasa. Hakak Ros tak letak garam sebab belacan Melaka tu dah masin. Tapi kalau belacan rasa tak masin boleh lar isi sedikit garam.
Kemudian perahkan limau kasturi anggaran dalam 10 – 15 biji. Sambal belacan Hakak Ros tak menggunakan air. Hanya air limau kasturi jer.
Blend kasar. Kalau buat dalam kuantiti sedikit guna lar lesung batu untuk menumbuk.
Yang penting seimbangkan rasanya. Ni masa blend tak guna sebarang air tau. Hanya air limau kasturi jer untuk menggerakkan blender.
Sambal belacan ni kena ada rasa pedas, masam, manis & masin. Sedang²kan kat tekak lar kiranya.
Bila memasak, kita mak-mak ni memang mementingkan aspek pemilihan bahan-bahan masakan yang segar agar hidangan dimasak bukan sahaja sedap malah dapat membekalkan nutrisi buat ahli keluarga.
Terutamanya bila memasak hidangan berasaskan sayur-sayuran. Tidak puas hati kiranya jika masak sayur yang sudah layu, dan tidak segar lagi.
Tidak mahu berdepan dengan masalah itu, pelbagai cara penyimpanan sayur dipraktikkan untuk pastikan stok sayur yang dibeli boleh disimpan lama dalam keadaan segar.
Salah satu cara adalah seperti yang dikongsikan ini.
Tips Simpan Sayur Tahan Lebih Seminggu
Saya dah cuba macam-macam cara untuk simpan sayur supaya tahan lama.
Keluarkan dari plastik la. Potong masuk dalam bekas la. Tapi kalau sayur hijau selalunya tak tahan sangat. 2-3 hari dah busuk.
So far, cara ni paling berkesan untuk saya. Cuma perlu aluminium foil dan ada juga yang letak tisu. Tapi saya tak guna tisu pun. Hehe.
Caranya:
1. Sayur baru beli, jangan basuh
2. Potong aluminium foil ikut saiz dan jumlah sayur
3. Lipat elok2 dan labelkan
4. Bila nak guna baru basuh, lebihan simpan semula dalam tu
Insyaallah tahan lebih seminggu dan segar. Cuba lah. Semoga bermanfaat!
Sumber : Eyfa Emir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat penggemar masakan kari mungkin ada yang terdetik di hati kecil untuk menanam pokok kari di halaman rumah untuk pastikan daun kari dapat dipetik bila dirasakan perlu. Namun bagi yang tiada ruang untuk bercucuk tanam, bagaimana pula caranya bagi memastikan stok daun kari sentiasa ada?
Mungkin kah terpaksa setiap hari membeli daun kari? Cara ini tentunya membazir, tambahan pula biasanya dalam sehari dua apabila disimpan di dalam peti sejuk, daun kari tersebut akan layu dan kering.
Daun kari ini bukan saja memberi haruman dan keenakan masakan semata-mata malah turut diakui punya nilai perubatan yang tinggi. Dikatakan boleh menghentikan cirit-birit, daun kari kaya dengan sumber antioksidan, mengawal penyakit kencing manis, mengurangkan kolesterol dan pelbagai kebaikan lainnya.
Menyedari keistimewaan daun kari, ada baiknya dipastikan daun kari sentiasa ada di rumah. Oleh itu, tahukah anda sebenarnya jika ikut petua ini, daun kari boleh disimpan hingga 3 bulan lamanya dan dijamin kekal segar. Ingin tahu lanjut, jom baca lebih detail step by stepnya.
Step by Step
Uraikan daun dari tangkai.
2. Basuh bersih dengan air paip mengalir.
3. Keringkan dijemur matahari, kalau nak cepat masukkan dalam oven di lapik di atas kotak, guna suhu 75C tetapi perlu awas, JANGAN SAMPAI DAUN JADI GARING. Cuba ramas daun ini agak-agak lembut dan kering sudah cukup.
4. Masukkan dalam sebuah bekas dan titiskan beberapa titisan minyak masak dan ramas-ramas daun-daun ini supaya minyak bersalut serata.
5. Masukkan dalam bekas atau botol yang kedap udara. Bila nak guna ambil yang perlu dan tutup kembali penutup. Daun Kari anda ini boleh tahan 2-3 bulan. Selamat mencuba ya!
Che Ta bukan mak mentua cerewet - "Nanti menantu takut nak balik rumah kita." Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.