Buat Sendiri Sos Pencicah Homemade Ala Thai. Cukup Mudah, Cepat & Sedap. Sekali Buat Boleh Makan Banyak Kali!

Share

Sos pencicah ala thai memang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang masam manis dan tidak telalu pedas. Cukup enak dan sesuai sekali dimakan dengan untuk kerang, udang, sotong, ikan, ayam, yang telah d rebus atau bakar dan banyak lagi.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan 

Siti Zubaidah Ibrahim

Ini saya kongsikn untuk semua, yg ni sy buat untuk kuantiti yg banyak, senang masuk botol simpan dalam peti ais, nk makan ambik je.

PENCICAH THAI

1) Bwg putih: 7-8 ulas

2) Cili:bergantung pada kepedasan Masing2

3) Akar pakchi @ketumbar

(smua diatas Tumbuk) saya guna Chopper, sbb bnyak malas lak nk Tumbuk 😅

4) limau nipis 6-7 biji

5)sos ikan 2 1/2 sb

Pastu perah limau nipis , sos ikan, letak gula, garam sikit je sebab sos ikan dah masin n perasa, (daun ketumbar Ptg2 gaulkn je, tak nak potong lau nak lagi senang korang Cooper kn skali daun ketumbar tu😅) siapppp…

Nota:kalau pencicah tu pekat sangat, blh tmbah sedikit air suam

Boleh la untk jdikan pencicah untk kerang, udang, sotong, ikan, ayam, yg telah d rebus atau Bakar, tu yg saya buat sotong sumbat Bakar, 🤭(menu berbuka first Ramadhan)

SELAMAT MENCUBA ☺️saya halalkan kepada semua termasuk yg nk buat untuk berniaga ☺️

 

IKLAN