Sos pencicah ala thai memang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang masam manis dan tidak telalu pedas. Cukup enak dan sesuai sekali dimakan dengan untuk kerang, udang, sotong, ikan, ayam, yang telah d rebus atau bakar dan banyak lagi.
Ini saya kongsikn untuk semua, yg ni sy buat untuk kuantiti yg banyak, senang masuk botol simpan dalam peti ais, nk makan ambik je.
PENCICAH THAI
1) Bwg putih: 7-8 ulas
Ads
2) Cili:bergantung pada kepedasan Masing2
3) Akar pakchi @ketumbar
(smua diatas Tumbuk) saya guna Chopper, sbb bnyak malas lak nk Tumbuk 😅
4) limau nipis 6-7 biji
Ads
5)sos ikan 2 1/2 sb
Pastu perah limau nipis , sos ikan, letak gula, garam sikit je sebab sos ikan dah masin n perasa, (daun ketumbar Ptg2 gaulkn je, tak nak potong lau nak lagi senang korang Cooper kn skali daun ketumbar tu😅) siapppp…
Ads
Nota:kalau pencicah tu pekat sangat, blh tmbah sedikit air suam
Boleh la untk jdikan pencicah untk kerang, udang, sotong, ikan, ayam, yg telah d rebus atau Bakar, tu yg saya buat sotong sumbat Bakar, 🤭(menu berbuka first Ramadhan)
SELAMAT MENCUBA ☺️saya halalkan kepada semua termasuk yg nk buat untuk berniaga ☺️
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cabaran pembelajaran anak-anak untuk sesi persekolahan tahun ini memang luar biasa cabarannya.
Bahkan kita sebagai ibu ayah juga perlu memberi lebih tumpuan dan kerjasama dalam menjayakan sesi PdPR ( Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) kepada guru-guru yang mendidik anak-anak kita.
Melancarkan lagi perlaksanaan pembelajaran atas talian, guru-guru sudah mewujudkan group telegram untuk memudahkan info, borang dan sebagainya disampaikan kepada murid-murid dan ibu ayah.
Lantaran itu, bagi mengurus group telegram yang ibu ayah telah join, seorang ibu ini berkongsi ilmu untuk mewujudkan folder di telegram dan sekali gus cukup bermanfaat untuk dipraktikkan.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Dua hari lagi Kelas online (PdPR) akan bermula. Mak ayah dah sedia?
Cikgu-cikgu pun dah mula buat group TELEGRAM untuk memudahkan sesi pembelajaran.
Kami anak tiga ni memang banyak group sekolah kena join. Mujur telegram ada fungsi FOLDER. Senang nak buat group untuk setiap anak.
Kepada yang belum tahu, Nora tunjukkan caranya. Penerangan ada pada setiap gambar.
Selamat menjadi ‘guru’ buat mak ayah. Harap mak tak jadi hijau.
Step 1
Pastikan telegram kalian sudah di update dalam versi terkini untuk settong FOLDER. Cara hendak up date perlu masuk google apps, update Telegram
Step 2
Klik pada FOLDER untuk ceate folder. FOLDER ibarat kotak besar untuk menyimpan buku. Kalian juga boleh create CHANNEL untuk menyimpan kerja sekolah anak. Channe ibarat buku nota. Boleh simpan gambar, video, file dan lain-lain dari dalam group yang kita sertai.
Step 3
Klik Creat New Folder. Maksimum 10 folder dibenarkan. Setiap folder letak nama atau apa-apa yang mak ayah mahu.
Step 4
Klik ADD CHATS untuk group sekolah yang mak ayah dah join mengikut
ketegori folder yang dicipta tadi.
NOTA PASTIKAN NAMA FOLDER TIDAK TERLALU PANJANG MELEBIHI 12 HURUF (karang tak boleh nak SAVE)
Step 5
Group atau chats yang sudah dimasukkan didalam folder akan kelihatan seperti ini.
Senang mak ayak nak carik group anak
yang mana satu. Tak perlu nak scroll
semua chats. Kurang sikit pening kepala tu
Nota kecil :
Harap semua guru yang masih menggunakan wasup menukarkan kepada group Telegram. Ia lebih mudah diurus dan lebih efficient.
Sumber : Nora’s Noraziyan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah jangkitan cacing pada kanak-kanak boleh berlaku jika tidak mengambil cakna tentang kebersihan anak-anak baik melalui pemakanan atau persekitaran yang kotor.
Jangkitan melalui pemakanan boleh berlaku apabila sayur atau buah-buahan yang tidak dibasuh dengan betul menyebabkan telur cacing tidak tertanggal, selain amalan tidak membasuh tangan sebelum makan bagi kanak-kanak manakala bagi bayi pula sering memasukkan barangan ke dalam mulut.
Begitu juga kulit kanak-kanak terdedah kepada telur cacing secara terus, misalnya tidak memakai selipar atau bermain pasir tanpa pengawasan.
Untuk ibu bapa yang ingin mengatasi masalah cacing pada anak-anak, mungkin boleh mencuba petua yang dikongsikan Wan Norma menerusi Facebooknya.
Malam ni nak share sikit tips turun temurun macam mana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak- anak. Mana lah tahu dengan izin Allah SWT menjadi.
Mudah je caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut:
Bahan
Asam keping
Garam
Air
Cara:
* Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk.
* Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut.
* Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.
* Amalkan selama dua atau tiga hari.
Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.
Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular di media sosial beberapa keping gambar seakan ular sawa yang besar. Ia membuatkan ramai netizen terkejut!
Sekali pandang memang nampak real! Namun hakikatnya ia adalah ular sawa buatan yang hanya mengunakan tayar terpakai.
Begitulah perkongsian oleh saudara Saudara Ahmad menerusi grup Tukang Apa Hari Ini yang mengunakan ular sawa buatan itu menghalau monyet daripada menyerang kebunnya. Ekoran tular mengenai hasil kerja tangannya, ramai yang berminat untuk membuat tempahan.
Namun ekoran tidak mempunyai luang masa untuk membuatnya, dia telah berkongsi cara membuat ular sawa buatan itu. Jom lihat caranya!
Salam. Saya mohon maaf bagi sesiapa yg ade pm saya nak order ular, bkan saya tak mahu terima tpi saya tidak cukup tangan hendak membuatnya kerana nak kena bgi masa siram pokok, tabur baja (pokok durian sedang dlm proses pembungaan skrg ni). Jadi saya kongsikan lah sedikit cara2 dan brg yg saya gunakan buat ular tedung ni bgi sesiapa yg ingin cuba membuatnya.
Bahan-bahan
-2 biji tayar motor -Alatan memotong yg saya gunakan hanyalah grinder mata fiber biasa. Tpi penggunaan grinder perlu hati2 dan kelengkapan safety mesti pakai seperti glove, boots, safety spec, dan mask. Kebiasaannya, semasa memotong serpihan tayar akan panas dan mencair serta mengeluarkan asap. Jadi keutamaan safety pada glove, spec, dan mask. -Cordless untuk kerja2 menyekru dan menebuk lubang. -Batang rod -Cat (warna pilihan sendiri). Saya hanya pakai lebihan cat varnish pintu je. Cuma cat warna je beli sendiri.. Kalo modal besar, nak pakai spray pon boleh.
Langkah penyediaan:
1) hanya 1 tayar saja di potong bgi memutuskan gelungan bentuk tayar.
2) tayar yg diputuskan gelungan bentuk tayar, keluarkan bahagian dalam tayar keluar dan akan menjadi lipatan dan bentuk seperti ular dah.
3) tayar yg satu lagi hanya perlu dibuat lubang pada bahagian tayar yg menyentuh permukaan lantai atau tanah (ikut suka nk berapa banyak lubang) untuk nk elakkan air bertakung dalam tayar ketika hujan.
4) selitkan tayar yg membentuk ular kedalam bahagian tayar yg satu lagi.
5) gunakan rod sebagai penongkat untuk menampakkn seperti ular berdiri.
6) penambahan sendiri untuk bhagian mata, lidah, mulut dan taring.. (ikot citarasa masing2). Nak pakai penutup botol pon boleh, nak pakai serpihan kayu pon boleh.
7) saya basuh dan sental dengan berus sabut untuk hilangkan kotoran yg melekat pada tayar.
8.Saya sapukan layer lebihan cat varnish pintu saya pada ular( nmpk agak berkilat)
9) selepas kering, saya tacap cat warna dan jemur.. Haa, kn dah siap tu.. Ular sawa saya dah tempatkan kt kawasan yg selalu monyet bertenggek, tinggal nk beli patung monyet je nk selit2kn kt ular sawa tu..
Insyaallah kalo ade masa saya kongsikan cara buat itik pulak yee..Semoga bermanfaat dan Selamat mencuba bgi sesiapa yg ingin cuba membuatnya sendiri.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.