Anak anugerah yang terindah bagi pasangan yang sudah berkahwin. Dalam mendidik anak-anak ada caranya, tidak boleh terlalu tegas dan tidak juga terlalu lembut.
Bukan mudah sebenarnya mahu melayan karenah anak-anak yang bermacam-macam. Namun sebagai orang tua, kita kena bijak memainkan peranan. Ada masanya anak buat kesilapan tetapi kita kenalah menegur dengan berhemah.
Berikut beberapa sifat yang patut dielakkan oleh ibu bapa jika tidak mahu anak-anak menderita dalam diam. Bimbang ia boleh memberi kesan negatif pada diri mereka.
Jom semak apakah sifat tersebut:
1. Garang Melampau
– Garang boleh tapi jangan sampai tahap bengis ( fierce ). Anak yang ada ibubapa yang bengis ni akan mati sifat inovatif dan kreatifnya kerana setiap kali si anak ni nak buat idea baru yang terlintas di fikiran, mereka akan diselubungi ketakutan. Yela, asyik kena tengking je bila nak buat benda yang ‘pelik’ di mata mak ayahnya.
2. Terlalu Ego
– Kadang-kadang akan ada waktunya si anak kita tu buat benda betul tapi disebabkan ego kita yang selangit tinggi ni buat kita rasa nak hukum juga si anak tu! Contohnya anak tegur kita tak solat lagi, kita pulak pergi pukul si anak tu kononnya biadap dengan orang tua. Akhirnya sistem judgment anak kita jadi tak seimbang, dah tak reti nak bezakan baik dan buruk.
3. Pendengar Yang Teruk
– Tanpa kita sedar bila dah lama jadi mak ayah ni kita ingat ilmu parenting paling terbaik adalah kena perbetulkan dan tegur si anak. Jadi kita cuba sedaya la tegur perangai buruk anak tanpa kita tahu pun bahawa kebanyakan anak ni bertindak liar sebab kita tak pandai mendengar luahan hati mereka. Jadi mereka bertindak liar sebab nak tarik perhatian kita dan supaya kita dengar rintihan hati mereka.
4. Terlalu Sibuk
– Antara 5 Language Of Love yang diketengahkan oleh Dr Gary Chapman adalah Quality Time. Kadang-kadang kita tak sedar walaupun dah 10 jam kita bersama anak tapi kita sebenarnya dikira SIBUK juga bila perhatian kita pada anak cuma 10 minit je. Yela, 10 minit je eye contact kita pada mata si anak, selebihnya screen-contact dengan handphone dan TV. Anak kat tepi akhirnya jadi tunggul dan ditinggal sepi tak diperhati.
5. Lupa Nak Jadi Role Model
– Di awal perkembangan anak, mereka akan cari seseorang untuk ditiru. Mula-mula si anak akan tiru cara senyum kita, mimik muka kita, gaya berjalan kita hingga akhirnya dia akan cuba juga meniru akidah dan perbuatan kita. Itulah kekuatan Mirror Neuron.
Tanpa kita sedar segala keburukan kita pun si anak kita TIRU TANPA KITA SEDAR! Kita suka minum manis, anak kita tiru. Kita suka cakap kotor anak kita pun guna perkataan kotor tu di sekolah dan jangan pelik kalau kita layan pasangan kita dengan teruk, anak kita pun turut sama layan pasangan hidupnya dengan teruk bila dah menikah nanti!
p/s: Layan isteri macam permaisuri di depan anak-anak supaya mereka faham betapa bahagianya bila bagi layanan terbaik pada pasangannya nanti.
Jerawat memang buat wanita rasa ‘down’ seharian. Boleh jadi murung satu hari jika tiba-tiba jerawat muncul di pipi. Lebih-lebih lagi kalau suami atau kawan pejabat mula menegur. Bertambah down rasa. Itu kisahnya di muka, macam mana pula kalau timbul di belakang badan.
Walaupun tak nampak tapi jerawat dibelakang badan sebenarnya mengganggu dan buat kita rasa tidak selesa. Secara automatik terus rasa tak yakin pada sendiri dan adakalanya rasa rendah diri kala bersama dengan suami. Maklumlah badan tak berapa nak rata dan jerawat yang timbul pula adakalanya menyakitkan badan.
Bagaimana nak atasi masalah ini? Tidak perlulah terus berasa runsing. Masih ada cara yang mudah dan murah untuk anda menghilangkan jerawat ini. Masker dengan skrub daripada bahan semulajadi adalah pilihan tepat. Mungkin anda boleh mencuba dua petua ini.
Masker Putih Telur
Selalunya kita dengar mencuba masker putih telur untuk kulit muka sahaja. Kalau nak tahu, jerawat yang timbul di belakang badan juga sebenarnya boleh diatasi dengan cara ini. Ambil putih telur dan sapukan pada kulit belakang badan. Ratakan dan berikan penekanan lebih pada kawasan berjerawat. Biarkan seketika dan kemudian barulah dibilas.
Skrub Timun
Timun bukan hanya baik pada kulit wajah tetapi juga menjadi penenang pada masalah jerawat. Jerawat yang sedang mekar, mantap dan sakit membuak-buak ini menjadi lebih lega dengan skrub timun. Parut atau lecekkan timun dan letakkan pada jerawat. Hasilnya jerawat akan kurang sakit dan bengkak.
Skrub Kunyit
Kunyit paling mujarab. Buat skrub kunyit sendiri dengan menumbuk halus bersama garam kasar. Tumbuk lumat dan tampalkan pada tempat jerawat. Sedikit pedih pada permukaan kulit belakang tetapi ia meredakan. Kunyit yang bersifat ‘panas’ akan mengecutkan jerawat dan bila dilakukan dengan kerap, masalah jerawat akan hilang. Hebat!
Cara Sihat Hilangkan Jerawat Belakang Badan
Mengamalkan penggunaan masker dari putih telur dan timun tidak akan berhasil andai anda sendiri gagal menerapkan gaya hidup yang sihat dan bersih. Jangan lupa amalkan juga tip seperti di bawah:
• Kerap mandibagi menghilangkan kesan peluh dan kotoran pada badan.
• Gunakan sabun anti-bakteria yang sesuai dengan kulit anda.
• Kerap menukar pakaian dalam, minimum sehari sekali agar tubuh bebas dari kesan peluh, kotoran dan bakteria.
• Jika badan kerap berpeluh, pastikan juga baju kerap ditukar.
• Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan-bahan yang sejuk dan menyerap peluh dengan baik terutama apabila anda memiliki jerawat baru yang sedang merebak di belakang badan.
• Apabila mencuci rambut, sebaiknya halakan rambut ke depan terutama ketika membersihkan sisa syampu pada rambut. Bahan kimia yang terdapat pada syampu dibimbangi boleh memburukkan lagi masalah jerawat di belakang badan anda.
• Ketika jerawat di belakang badan telah kering dan bersih, amalkan juga skrub di belakang badan atau pengelupasan kulit secara teratur. Hal ini bagi mengikis dan membuang sel-sel kulit mati yang berkemungkinan masih ada pada pada belakang badan dan punggung.
• Pastikan juga jika anda menggunakan perapi rambut selepas bersyampu dilakukan seperti cara yang sama seperti bersyampu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya bila tiba sambutan Hari Guru setiap 16 Mei, murid-murid sekolah terutama dari sekolah rendah bersemangat untuk memberikan hadiah kepada guru tersayang.
Namun adakalanya ada anak murid yang tidak berkemampuan untuk membelikan hadiah mahal untuk guru. Namun dia tetap tidak mahu ketinggalan untuk memberikan hadiah sama seperti kawan-kawannya yang lain.
Seorang guru berkongsi bagaimana tersentuh hatinya apabila mendapat hadiah yang tidak disangka-sangka daripada salah seorang muridnya.
“Nak menitik air mata ni..Ingatkan apa dalam ni, tapi ada 3 biji kismis dalam kertas kecil yang di stapler. Kemas.
Sebab ikhlas nak hargai guru. Its okay kalau tak bagi hadiah. Balas jasa guru dengan kejayaan kamu
Video pendek yang dikongsi di laman TikTok mendapat hampir 250k tontonan.
Hadiah yang diberikan oleh pelajar berkenaan berjaya membuatkan guru ini sebak dan dia menjelaskan itu merupakan hadiah yang paling akan diingati seumur hidup.
Menurut guru muda ini lagi, sekolahnya sama sekali tidak mempunyai sesi pemberian hadiah daripada murid kepada guru-guru yang lain dan itu merupakan inisiatif sendiri yang diambil oleh pelajar berkenaan.
Ramai warganet yang menonton video tersebut turut berkongsi pengalaman memberi hadiah kepada guru semasa di bangku sekolah rendah dan ada juga guru-guru berkongsi hadiah yang mereka dapat daripada murid sendiri.
Apa pun usaha anak-anak murid yang gigih ingin menghargai guru-guru mereka patut diberi pujian.