Terkini, polis mengesahkan terdapat kesan dicucuh besi panas di seluruh badan kanak-kanak empat tahun yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh lima rakan kakaknya dalam satu kejadian di Batu Pahat, Johor

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, terdapat kesan kecederaan baharu dan lama termasuklah kesan dicucuh besi panas, kesan dipukul di seluruh badan termasuk kemaluan mangsa.

“Saya baharu keluar daripada bilik mayat bagi melihat secara ringkas keadaan jenazah dan ia memang amat mendukacitakan.

“Hampir seluruh badan mangsa, dari kepala sampai ke kaki terdapat kecederaan. Kesan-kesan cedera ini mungkin dipukul dan terdapat juga kesan dicucuh api atau benda panas di seluruh badan termasuk kemaluan.” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia disyaki akibat didera pada Jumaat lalu namun disahkan meninggal dunia semalam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, mangsa dijaga oleh kakak kandungnya selepas ibu bapa mereka dimasukkan ke penjara akibat kesalahan dadah. Kakak mangsa kemudian menyerahkan adiknya itu kepada rakannya untuk dijaga.

IKLAN

Namun lain pula yang jadinya apabila mangsa dipercayai didera hingga tidak sedarkan diri.

Susulan daripada itu, seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun telah membawa mangsa ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Difahamkan, mangsa yang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak Jumaat disahkan sudah meninggal dunia semalam (Isnin).

IKLAN

Bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menahan lima warga tempatan terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia 15 hingga 37 tahun antara jam 12 tengah hari hingga 9.45 malam Sabtu kerana disyaki terlibat dalam kejadian ini.

Hasil siasatan, pihak polis berjaya merampas barang yang disyaki digunakan untuk mendera mangsa dan semua suspek telah ditahan reman sehingga 31 Disember. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya.

Namun pihak polis mengklasifikasikan semula kes ini akibat kematian mangsa iaitu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

IKLAN

Sumber: Sinar Harian

https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI