Setiap manusia inginkan kebahagiaan, dilanjutkan usia dan diberikan rezeki yang melimpah ruah.

Bagi yang berkahwin, salah satu punca rezeki melimpah ruah ialah membahagiakan isteri.

Namun, dalam sibuk membahagiakan isteri jangan lupa pula amalan sedekah yang menjadi pencetus utama rezeki melimpah ruah. Bukannya menjadi seorang yang kedekut dan berkira untuk memberi kepada yang memerlukan.

Sebagaimana perkongsian oleh saudara Muhammad  Hassan yang mengulas mengenai amalan sedekah yang membawa kepada rezeki yang melimpah ruah.

Bukan Bahagiakan Isteri Aje Nak Rezeki Melimpah Tapi Jangan Kedekut. Deep!

Infaq Hasil dari pendapatan kita 1/3 untuk bersedekah.

IKLAN

Pagi ini saya baca hadith mengenai seorang lelaki mempunyai kebun. Setiap hasil yang beliau dapat,beliau akan segerakan bersedekah 1/3 dari hasil kebun tersebut,1/3 untuk keluarganya,1/3 untuk keperluan kebun tersebut.

Bayangkan الله turunkan hujan hanya untuk kebun beliau sahaja,sedangkan tempat lain tidak hujan. Lagi hebat,ada satu suara mengarahkan hujan dari awan “Siramlah Kebun Si Polan”, lalu awan itu bergerak dan menurunkan hujan disuatu kawasan berbatu.

Kawasan itu mula bertakung dan air mengalir ke kebun si polan tersebut. Lihatlah betapa berkatnya hidup orang yang bersedekah,yakni menginfaqkan 1/3 dari pendapatan mereka.

IKLAN

Pengajaran yang saya dapat dari hadith ini, sebelum kita memperolehi pendapatan setiap bulan,kita perlu merancang dan buat keputusan untuk bersedekah dengan jumlah yang tertentu dijalan الله.

Pada awal bulan lagi Kita telah senaraikan tempat tempat yang kita mahu bersedekah. Contohnya Masjid kariah kita RM50,Pusat Tahfiz RM50,untuk setiap NGO NGO yang kita percayai RM50,untuk setiap asnaf RM50.

Jika kita telah ada perancangan seperti ini,sebenarnya الله akan mudahkan segala urusan kita dan kita sentiasa akan mendapat peluang untuk menginfaqkan harta untuk kebaikan.

IKLAN

Janganlah kita tunggu apabila hasil yang lumayan atau banyak barulah kita nak bersedekah. Kadang kadang syaitan dan nafsu membisikkan kita supaya utamakan perkara perkara lain dan kita terbayang bayang untuk beli itu dan ini. Akhirnya kita lupa untuk bersedekah dari pendapatan tersebut.

Subhanallah. Niat sunggguh dan rancanglah supaya hasil pendapatan kita setiap bulan ada bahagian untuk kita infaqkan dijalan الله. Sedekah sikit pun tidak mengurangkan harta kita. Bahkan الله akan mengantikan harta itu dengan segera. Cukuplah kita lihat keajaiban kisah yang disebut tadi. Hanya dengan merancang untuk bersedekah الله tambah dan mudahkan segala urusan kita.

Oleh itu,perbanyakkan sedekah,mudahan dengan bersedekah ini الله ampunkan segala dosa dosa kita,moga dengan sedekah ini الله akan datangkan rezeki yang tidak disangka sangka.

Ikhlas.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI