Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengharapkan untuk memiliki anak. Kehadirannya boleh menjadi penyejuk hati dan ujian buat ibu ayah. Namun apabila anak semakin bertambah, segelintir ibu bapa menjadikan ia bebanan buat mereka. Malah ada juga hadkan untuk memiliki anak atas faktor ekonomi.

Bagaimanapun catatan saudara Mohd Zulkifli Shafie menarik untuk kita muhasabah diri agar bersyukur dengan kehadiran cahayamata. Bahawa setiap anak itu adalah punca rezeki melimpah ruah. Selanjutnya ikuti perkongsian ini.

Kita Menumpang Rezeki Anak
Setiap kali bertambah anak, kos sara hidup makin bertambah dan ia pernah merisaukan saya suatu ketika dahulu sebab biasanya kenaikan kos sara hidup tak setara dengan kenaikan gaji. Jadi secara logik biasa, kehidupan semakin sempit sebab berkongsi dengan lebih ramai ahli keluarga dengan gaji yang sama.

Bila bertambah ahli keluarga baru, saya akan buat bajet baru. Disebabkan pertambahan seorang anak setiap satu setengah tahun, maka jumlah kenaikan gaji sentiasa tak sempat cover dengan kenaikan kos sara hidup. Hingga saya give up untuk buat bajet sebab apa yang tertulis atas kertas, memang tak cukup. Adjust ikut mana sekalipun tak cukup juga sebab pendapatan kecil. Isteri pula tak bekerja untuk tampung kos sara hidup.

Rezeki Berupa Kebijaksanaan

IKLAN
Bukan Beban Bila Anak Bertambah. Perniagaan Berjaya & Gaji Naik, Hakikatnya Kita Menumpang Rezeki Anak.
Gambar sekadar hiasan

Tapi realitinya, gaji waktu tu cukup jer bahkan boleh lagi menyimpan 10% daripada gaji setiap bulan. Hutang pun dapat langsai kesemuanya walaupun dari segi gaya hidup tu, memanglah tak sama dengan orang lain. Tapi yang penting, CUKUP. Kekadang kita lupa, rezeki itu tak semestinya dalam bentuk kewangan, kekadang Allah rezekikan kita berupa kebijaksanaan dalam mengurus kewangan. Kita mampu berbelanja lebih kecil atas perkara yang sama dengan orang lain.

Sewaktu kerisauan saya tentang pendapatan ketika anak sudah 3 orang (lepas 5 tahun setengah berumahtangga), seorang sahabat saya pesan, mintalah rezeki dari Allah atas asbab anak-anak tu.

IKLAN

Anak-anak tu sumber rezeki katanya. Katanya lagi, ‘cable’ kita mungkin banyak yang ‘tersumbat’ (disebabkan dosa-dosa kita), tetapi ‘cable’ anak-anak sangat ‘clear’. Disamping kita berdoa, minta juga anak-anak doakan juga.

Mudah-mudahan Allah lapangkan rezeki kita atas asbab anak-anak itu.

Kita Menumpang Rezeki Anak-anak

IKLAN
Bukan Beban Bila Anak Bertambah. Perniagaan Berjaya & Gaji Naik, Hakikatnya Kita Menumpang Rezeki Anak.
Gambar sekadar hiasan

Sejak daripada itu, saya pegang betul-betul nasihat sahabat saya itu, katanya “kita menumpang rezeki anak-anak”, bukan anak-anak menumpang rezeki kita. Setiap anak yang lahir, Allah datangkan bersamanya rezeki. Jadi jangan risau tentang rezeki.
Dan bila saya renung balik, setiap kali anak baru yang lahir, ada sahaja peningkatan kami sekeluarga dari sudut kewangan. Cuma kekadang kami sahaja yang tak perasan.
Tetapi peningkatan kewangan itu bukan datang percuma. Takdir Allah itu dihujung ikhtiar manusia. Bila anak bertambah, saya terpaksa lebih rajin berusaha bila memikirkan masa depan mereka. Dari situ datang idea-idea dan semangat yang baru untuk bangkit.

Rezeki Kelahiran Anak Ke-8
Ketika isteri mengandungkan anak kami yang ke-8, Allah berikan semangat baru untuk tingkatkan bisnes kami ke tahap yang lebih tinggi. Kami sudah ada wawasan yang baru dan Allah berikan kami idea-idea baru untuk dilaksanakan. Dan kami nampak perkembangan positif bisnes kami beberapa bulan sebelum kelahiran anak ke-8 kami, Alhamdulillah.

Kesimpulannya, jangan risau tentang rezeki bila bertambahnya anak. Rezeki itu Allah sudah jamin untuk setiap anak. Kita hanya perlu berusaha sahaja. Berdoalah minta Allah lapangkan rezeki, dan letakkan usaha yang sepadan dengan doa itu supaya Allah memakbulkan doa tersebut, insyaAllah.

Sumber: Mohd Zulkifli Shafie

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI