Bukan Cermin Hiasan Dinding Semata,Tapi Disebaliknya Ada Ironing Board. Wow, Ni Dikongsikan Cara Nak Buat!

Share

Berdepan dengan keluasan ruang rumah yang terhad, kalau ikutkan hati biarlah perkakasan dan barang-barang yang ada di dalam rumah tu semua boleh disembunyikan daripada pandangan mata. Agar harapannya, ruang rumah akan terlihat besar dan luas.

Bagi mengatasi masalah ruang rumah yang kecil ini jugalah telah memberi idea kepada Nasibah Ramly dan suaminya untuk menghasilkan meja setreka multifungsi. Jika sekali pandang tiada siapa menduga disebalik cermin yang menjadi hiasan dinding itu adalah  ironing board.

Rumah kami kecik, ruang amatlah terhad.. Penyelesaiannya….. Ironing Boards disebalik cermin.

Buat anda yang ingin memiliki ruang yang multifungsi seperti ini, bolehlah ikut langkah-langkah untuk hasilkannya sebagaimana yang dikongsikan ini.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Papan plywood 9mm

cermin

Gam dari Mr diy (gam warna kuning ada pistol tu)

Ironing board

Wallpaper

Langkah demi langkah : 

1. Buat bentuk ikut ukuran

 Ukur plywood ikut besar ironing board. Kalau ada almari lama atau plywood terpakai boleh je guna. Saya pun guna yang terpakai sebab tu ada nampak kayu penyambung dekat bahagian dalam.

2. Transform Ironing Board

Ironing board tu saya guna yang biasa, cuma ubahsuai sikit kakinya. Saya adjust 1 kaki untuk jadikan penahan, dan 1 lagi kaki dibuang.

Gambar di bawah pula bahagian kaki yang diubahsuai. Saya tambahkan penahan (bahagian warna brown) tu supaya ironing board boleh dilipat dan dapat berdiri dengan kukuh.

 

Bahagian letak seterika tu pun saya cabut dan buat tempat letaknya di tepi.

Kemudian bolehlah gantung cermin untuk sorokkan kotak ni. Saya tampal cermin ni guna gam MR DIY je. Bila guna cermin, ruang pun nampak lebih luas.

sumber : Nasibah Ramly via Kelab Kaki Deko 

IKLAN