Berdepan dengan keluasan ruang rumah yang terhad, kalau ikutkan hati biarlah perkakasan dan barang-barang yang ada di dalam rumah tu semua boleh disembunyikan daripada pandangan mata. Agar harapannya, ruang rumah akan terlihat besar dan luas.
Bagi mengatasi masalah ruang rumah yang kecil ini jugalah telah memberi idea kepada Nasibah Ramly dan suaminya untuk menghasilkan meja setreka multifungsi. Jika sekali pandang tiada siapa menduga disebalik cermin yang menjadi hiasan dinding itu adalah ironing board.
Rumah kami kecik, ruang amatlah terhad.. Penyelesaiannya….. Ironing Boards disebalik cermin.
Buat anda yang ingin memiliki ruang yang multifungsi seperti ini, bolehlah ikut langkah-langkah untuk hasilkannya sebagaimana yang dikongsikan ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Papan plywood 9mm
cermin
Gam dari Mr diy (gam warna kuning ada pistol tu)
Ads
Ironing board
Wallpaper
Langkah demi langkah :
1. Buat bentuk ikut ukuran
Ads
Ukur plywood ikut besar ironing board. Kalau ada almari lama atau plywood terpakai boleh je guna. Saya pun guna yang terpakai sebab tu ada nampak kayu penyambung dekat bahagian dalam.
2. Transform Ironing Board
Ironing board tu saya guna yang biasa, cuma ubahsuai sikit kakinya. Saya adjust 1 kaki untuk jadikan penahan, dan 1 lagi kaki dibuang.
Gambar di bawah pula bahagian kaki yang diubahsuai. Saya tambahkan penahan (bahagian warna brown) tu supaya ironing board boleh dilipat dan dapat berdiri dengan kukuh.
Sekarang macam macam. Phedopilianya, penculiknya. Seram fikir pasal tu. Kita tak nak anak kita jadi mangsa seterusnya. Walaupun kita rasa rumah adalah tempat paling selamat buat anak-anak, namun sekarang ini macam-macam perkara boleh jadi.
Inilah yang dikongsikan oleh seorang ibu bernama Rehana Ahmad apabila anaknya hampir-hampir menjadi mangsa culik orang yang tak dikenali.
Allah.. terima kasih semua family & kawan² yang tolong doakan. Tak tahu perasaan kami ni camne. masih terkejut,fobia. Dan ramai yang bertanya tak dan kami nak balas. Tapi Allah lindung keluarga kami lagi . Alhamdulillah. Cume nak shared kat orang lain supaya hati². Mungkin modus operandi baru untuk culik budak.
Kejadian lebih kurang 6.30- 6.50petang,21/12/2020.
-Pintu grill rumah memang selalu bertutup & bermangga. Tapi petang semalam ade family datang. Jadi kami memang ramai dalam rumah. Jadi bukan la sengaja buka pagar and biar anak main dekat luar. Anak pun tak pernah main kat luar kalau takde family lain kat luar ,dia duduk di pintu je intai orang.
– Pkul 6.30pm tu waktu Zailani Zawawi balik kerja. so waktu tu cakap dekat anak si aryan, papa balik. So aryan tunggu la dekat pintu grill tu tunggu papanye balik. Kami duduk di meja makan tgh borak. sambil mate tengok aryan dekat pintu grill.
– Boleh kan hari semalam papanye lewat sikit. Allahu mase ni Zaliana Asmida keluar dari toilet dye nampak dekat cermin nako tu bayang orang pakai baju pink menarik aryan. Mula² ingat papanye balik,tapi pelik kenapa sorang, sebab selalunye dengan adik sorang lagi Zahirah Azian. Bile dengar aryan menangis terus dia menjerit aryan.
– Waktu dia menjerit aryan nampk orang tu lari. bile tengok dekat pintu orang tu dah takde. aryan nak nangis pegang pipi. Mase kejadian tu berlaku betul memang tak alert… sebab first ingat ade orang nak main dengan aryan, sebab kejiranan sini memang selalu main dengan aryan. Jadi sis ingat mula² takde ape². sebab kejiranan sini memang takde masalah.
– Lepas abg ipar dah balik, Mida tak puas hati cerita balik. Dan bile tengok pipi aryan bengkak,rase tak sedap hati. Sebab first kenapa lari bile Mida jerit name Aryan. 2. kenapa kalau dia nak main dengan aryan kenapa perlu rentap aryan sampai muke aryan luka. Tak pasti kena cekar atau kena grill. sebab mase tu tgn kiri aryan berpaut pade grill. (yang ni mmg sis tgk sbb mate tgk ke aryan sbb tu tak perasan dekat cermin nako ade orang).
– dan sebab 3 yang menguatkan lagi instint, papanye baru keluar lif mase kejadian, and nampak ade seorang lelaki pakai baju pink margenta gelap2 sikit lari lintang pukang dr balkoni bertentangan rumah kami hampir nak langgar sorang makcik. cume dye tak la tgk muke lelaki tu,sebab fikir lelaki tu mgkin tgh bergurau dengan sape2 main kejar2. Nak² pulak letih balik dari kerja.
-Mase related semua tu rase macam tak jejak tanah kaki ni. kalau la orang tu berjaya tarik aryan.. Allahu. tak tahu la sis macam mane. Bile inform pade block supaya hati² dengan anak² masing². Mereka suruh report polis. Dan hari ni akan cek cctv.
-Blok ni memang budak lepas je bermain. kadang boleh tengok budak kecik² turun pergi beli jajan,beli aiskrim. Macam anak sis mmg sis tak lepas keluar. Duduk la dalam rumah kalau mama tak keluar. Mungkin sebelum ni parents sini rase selamat. Sebab dieorang pun cakap ni kes pertame la dalam sejarah kawasan rumah kami.
– Sebelum ni bace cubaan culik depan rumah,rumah taman@ rumah bawah.. Tak terfikir duduk rumah tinggi yang ramai orang pun berani dia buat kerja.Rumah kami lot tepi pulak tu. Sekarang terjadi dekat diri sendri. Allahuakhbar… tak tau nk ckp cmne..
– Jadi korang hati² la. Keep alert anak masing². Walaupun depan rumah,belum tentu selamat. Orang sekarang macam². Bukan macam kite kecik² dulu bebas ke mane². main dalam semak,utan rileks je. pergi kayuh basikal pegi kedai rileks je. Sekarang dah tak selamat guys…Beringatla.. Bukan dgn penyakit je risau,dengan manusia pun risau.
Apabila bergelar suri rumah memang kehidupan akan berubah 360 darjah. Lebih lagi apabila mempunyai anak.
Anak seorang mungkin biasa tapi jika anak lima atau lebih bukan calang-calang nak menguruskan.
Hakikatnya kerja suri rumah itu tak habis, penat yang tak terucap. Namun ia dilakukan dengan komited demi memastikan keluarga diurus dengan sempurna.
Sebagaimana seorang wanita ini yang mengakui bahawa bergelar suri rumah begitu mencabar menerusi facebook miliknya.
Ini kawan baik saya a.k.a jiran saya.. Jiran saya jauh beza umur dengan saya, lebih 10 tahun. Dia seorang suri rumah anak 5. Saya bujang tapi duduk seorang diri.. Dulu waktu saya umur 20-21 saya selalu tak faham kenapa orang kata jadi suri rumah penat, saya selalu rasa kerja lagi penat.. Sebab waktu tu masih duduk dengan family, jadi balik kerja terus tidur..
Sampailah family saya semua pindah ke negeri lain, saya duduk seorang diri.. Mula mula rasa seronok sangat tapi lama lama barulah nampak penat.. Saya duduk rumah 2 tingkat.. Macam tak pernah habis kemas. Pergi kerja awal pagi balik malam, lepastu kemas rumah.
Sampailah satu masa saya balik rumah saya ada kucing berak. Saya break down dan menangis. Waktu tu rasa penat sangat sangat. Barulah saya faham kenapa suri rumah ada yang sensitif sebab benda benda kecik. Padahal sebenarnya benda yang melelahkan dah terkumpul, jadi sampai satu tahap tu memang break down terus walaupun benda kecik.. sebab benda tu trigger.
Waktu PKP saya berhenti kerja, jadi saya di rumah sepanjang masa. Okaylah ada masa sikit untuk mengemas tapi waktu tulah baru start bergaul dengan jiran jiran… Salah sorangnya inilah, yang paling saya rapat, kak Farah..
Anak dia yang paling kecik umur 6 tahun. Paling besar 13 tahun. Dia suka datang lepak rumah saya.. Kami akan lepak 2-4 jam padahal takde benda nak borak pun, saja dia nak tenangkan diri.
Satu hari saya pergi rumah dia. Anak 5. Umur rapat jadi memang lasak lah kan, biasalah budak budak. Macam berperang. Saya tak biasa memang terkejut tapi kak Farah relax je. Dia santai sambil sapu sampah siap tanya ” Fatehah nak air?” Baru saya faham kenapa dia suka duduk rumah saya.. sebab once dia jejak kaki ke rumah dia, kerja dia akan bermula balik.
Waktu tu saya tengok rumah dia memang bersih walaupun anak dia 5.. Bakul baju dia saja ada 6-8 bakul belum dilipat.. Dia sorang saja uruskan semua tu. Seronok suami dia balik rumah dah bersih anak dah mandi homework semua dah siap.. tapi di sebalik tu diah yang uruskan semua non stop pagi sampai ke malam..
Sejak hari itu, terus pandangan saya berubah. Kerja yang paling penat di dunia ialah suri rumah.. Takda cuti, takda henti, takda gaji.. Semuanya dari sifat sabar dan ikhlas. Sebab tu saya marah bila orang kata “ala kerja suri rumah bestlah boleh tidur.” Sedangkan kerja tulah paling penat.. Tidur pun belum tentu cukup.
Tatkala kita merasa diri susah, sebenarnya ada lagi yang lebih susah namun sedikitpun tidak merungut. Demi anak, baik ayah mahupun ibu sanggup berkorban apa sahaja. Demikian juga dengan kisah yang cukup menyentuh hati ini. Bagaimana seorang ayah berusaha dan berkorban demi membesarkan anak sendirian setelah berpisah dengan bekas isteri.
Namun bukan kisah suami isteri yang ingin diutarakan. Sebaliknya kisah si anak yang dikatakan memecahkan bangku di kantin sekolah. Sehinggakan pihak sekolah terpaksa memanggil si ayah ini untuk meminta ganti rugi. Jawapan yang diberikan oleh si ayah ini cukup sayu dan menyentuh hati guru yang bertemu dengannya.
Kisah ini dimuat naik dua tahun lepas oleh guru bernama Mohd Fadli Salleh. Namun kembali tular baru-baru ini.
Tahun lepas, ada seorang murid tahun satu yang sangat pendiam. Perempuan. Aku perasan tudung dia selalu tutup dahi. Macam tak pandai pakai tudung. Baju pun selalu comot.
Tahun ini, dia masih tidak pandai pakai tudung. Masih begitu, bajunya juga masih comot-comot. Banyak kali aku bertanya tentang keluarga, tapi dia mendiamkan diri sahaja.
Tahun ini dia tidak keseorangan. Dia berteman. Ada adik lelaki di tahun satu. Adik dia ini sangat aktif. Hyperaktif aku rasa. Memang langsung tak boleh duduk diam dalam kelas, dewan atau perhimpunan.
Pakaian adik dia pun sama juga. Tidak terurus dan selalu comot.
Dua hari lepas, adik dia dengan sengaja pecahkan bangku kantin. Bangku buah-buahan yang aku beli dengan duit kiriman sahabat-sahabat aku yang baik hati.
Maka unit disiplin, guru kelas dan pentadbir berbincang. Perlu panggil ibu bapanya untuk bincang kelakuan anaknya yang hyperaktif ini. Mencari jalan terbaik bagi murid ini agak tidak ternafi haknya untuk belajar dengan sempurna.
*******
Hari ini, selepas habis kelas pertama ada pengawas datang menjemputku ke pejabat. Katanya pentadbir panggil. Aku dah agak, pasti si ayah murid itu telah datang.
Dengan tenang aku terus ke pejabat. Diluar pintu pejabat, ada sepasang kasut lusuh. Nampak comot dengan selut dan kotoran.
‘ Ini kasut orang kerja buruh,’ getus hati aku.
Sebaik masuk, kelihatan lelaki lewat 40an duduk bersama barisan pentadbir. Mukanya kelihatan penat, malah peluh pun tidak sempat kering dari baju.
Kulitnya gelap. Nampak jelas kerjanya pasti dibawah terik mentari. Tangannya kasar dan kotor tanda kerja berat.
Aku bersalaman dan menegur dia dengan mesra. Duduk betul-betul disebelah dia dan sesekali aku bergurau mencuit paha dan memegang bahunya. Tidak sesekali aku merasa geli atau membuat muka tidak selesa walau bau badannya tidak sewangi orang kerja pejabat.
Aku tidak mahu dia resah dan rasa bersalah. Aku nak dia tahu, kami bukan hendak menyalahkannya. Sikap budak, memang begitu. Namun kami ada minta dia bawa anaknya ke Hospital Selayang unit Mekar untuk pemeriksaan.
Pada pengamatan mata kasar aku dan guru-guru lain, anak dia ini kategori istimewa. ADHD mungkin. Sangat aktif hingga sukar dikawal.
Aku susun ayat sebaik mungkin, memberitahu dia dengan lembut. Dia terima dengan tenang, dan dia pun tahu anak dia memang tidak terkawal. Dia berjanji akan bawa anak lelakinya itu ke hospital secepat mungkin.
Bila disahkan, anak dia boleh masuk kelas pemulihan. Kelas yang layak dan sepatutnya anak itu duduk dan belajar. Lagi pun, murid pendidikan khas ini ada elaun.
Sebelum dia beredar, kami bagitahu kerosakan yang dibuat anaknya perlu diganti. Dengan serba salah dia cakap,
“Cikgu. Boleh. Tapi tunggu saya dapat gaji ya.”
Jantung aku seakan berhenti mendengar jawapan pendek itu. Gugur seketika. Nilai bangku itu yang tidaklah besar di zaman ini. Tapi masih ada yang perlu tunggu gaji. 😭
Terus aku pegang bahu dan mengajaknya pergi. Aku bukakan pintu pejabat, aku tunggu dia sarung kasut buruk itu.
Aku iringi setiap langkah dia ke motor buruknya sambil bertanya tentang kehidupannya.
“Abang kerja kat mana?”
“Saya kerja kat Kuang. Kerja ukur jalan. Ni dari Kuang dapat telefon dari sekolah terus saya datang.”
Allah. Kuang ke Gombak bukan dekat. Dengan motor tengah panas terik pula tu. Terus tinggal kerja bila tahu anak buat angkara.
“Rumah abang kat mana? Isteri kerja apa? Anak berapa orang?” soalku bertalu-talu.
“Rumah saya di Batu 5. Anak saya empat. Yang paling kecil, kembar dua orang duduk dengan isteri saya. Yang sulung tahun dua dan tahun satu ini tinggal dengan saya. Dah tiga tahun kami berpisah,” balasnya tenang.
Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja. Aku minta dia hubungi aku terus kalau ada apa-apa. Nombor telefon aku tinggalkan, dan dia berlalu pergi.
Berlalu pergi dibawah teriknya sinar mentari untuk mencari sesuap rezeki.
********
Patutlah. Patutlah anak perempuannya tidak pandai pakai tudung. Rupanya dijaga oleh ayah sejak sekian lama.
Ayah yang kerja buruh mana pandai hendak pakaikan anak perempuan tudung. Asal tersarung, asal tertutup rambut baginya dah cukup elok.
Pakaian patutlah selalu nampak comot. Tidak terjaga seperti orang lain yang punya keluarga. Rupanya tinggal bersama ayah.
Kelu. Aku kelu sebenarnya.
Terharu. Aku sangat terharu melihat pengorbanan seorang bapa. Jika aku ditempat dia, aku pun tidak tahu apa aku mampu menjaga anak aku sebaik dia.
Makan minum, sakit demam, duit belanja, basuh pakaian dan segala urusan rumah tangga seorang diri. Menguruskan anak bukan mudah. Tambah-tambah bagi kaum lelaki.
Sebaik dia jawab hendak ganti kerusi itu bila dapat gaji, terus aku niatkan dalam hati,
‘Bangku yang perlu diganti itu aku yang akan ganti. Bahkan apa keperluan anak-anaknya yang mampu aku bantu, aku cuba bantu.’
Esok aku akan settlekan hal bangku diam-diam. Esok juga aku nak jumpa ustazah guru kelas anak sulungnya, minta ustazah tolong ajar murid ini pakai tudung dengan betul.
Semoga anak-anak ini rajin belajar seterusnya menjadi insan yang berguna dan berjasa.
Kerana bangku pecah semuanya terdedah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.