Bab penjagaan kesihatan umumnya adalah lebih baik kita ambil inisiatif untuk pastikan bukan sahaja kita sorang-sorang sahaja amalkan petua ini dan seeloknya turut dikongsi seisi keluarga.
Contohnya, dengan mengamalkan minuman herba ini yang dikatakan boleh menjadi penawar untuk beberapa masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, buang angin dan kempiskan perut buncit sebagai mana yang dikongsikan oleh puan Noor Azlina Mohamed Zain di akaun fbnya.
Menurutnya, petua tersebut diperolehi daripada seorang makcik berbangsa Cina. Ayuh kita ikuti perkongsiannya dan pelajari cara penyediaan air herba tersebut.
Sebenarnya resepi ni dapat dari sorang auntie cina masa hiking bukit hari tu. Umur dah lebih 60 tak ada penyakit pom sihat cergas jer. Seminggu 3,4 kali dia wajib minum. Sebab tu perut dia tak buncit. Jarang katenya sakit perut sebab angin dan sembelit.
Pastu resepi ni dia bagi sorng mak cik melayu ada darah tinggi. Makcik tu amalkan setiap hari darah tinggi turun , tekanan darah pom cantik jer. Pastu dia cakap lagi biasala bahan tradisional ni memang tak ramai buat sebab kena rajin. Rasa pom tak sesedap air fresh oren. Tapi kalau amal selalu memang berkesan.
Ads
Ina balik umah selang seminggu dua baru teringin nak buat..eh betul cakap dia perut tak angin , rasa ringan je perut.. Lawas membuang mungkin sebab ada asam keping tu elok membuang. Buat banyak agak2 boleh minum untuk seminggu. Sedap tau air dia..wangi daun pandan tu.
bahan-bahan:
Ads
4 keping asam
Halia
Daun pandan
Ads
Cara penyediaan:
Last sekali dah sejuk korang boleh campurkan sedikit madu.
Seandainya anak demam, tentu ibu ayah risau dan tak senang duduk dibuatnya. Lebih-lebih lagi bila anak asyik meragam dan merengek.
Nak buat kerja satu apa pun tak jadi, kalau boleh akan diusahakan untuk anak segera sembuh.
Selain diberi makan ubat yang disarankan oleh doktor, ibu jangan lupa untuk kerap memandikan anak dengan cara dan teknik yang dikongsikan ini.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
JIKA ANAK DEMAM.
Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
• Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.
• Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.
(Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)
• Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
• Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk.
Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.
Dah baca tlg share tau…maklumat ni mungkin membantu ibu2 yg lain…
More info like MyRemedy Asia
P/s :
Mandi dia ada cara… Mulakan dari kaki dulu pastu badan jirus dalam 3-4 kali bagi wap panas keluaq last sekali baru ke kepala……
Dah keluaq bilik mandi lap tangan hidung dulu takut air masuk hidungkan kang selsema pula.. inshaAllah akan baik.
Cara ke 2 mandi guna buah lemon.. hiris2 pastu letak dalam tab mandi or baldi..
Kita sering mendengar perkongsian pengalaman keluarga orang lain melancong keluar negara. Punya kisah yang menarik dan ada kalanya kita rasa pelik.
Contohnya dalam keperluan membawa bekas berisi air atau botol air ke dalam tandas jika melancong ke negara China, Korea, Vietnam dan sebagainya.
Mengetahui hal itu, bagi memberi kemudahan buat kita anak beranak yang hendak melancong ke negara tersebut, ayuh baca perkongsian daripada Haya Yahya ini tentang trik yang dilakukannya. Jom semak.
Saya pasti semua orang tahu kegunaan barang di dalam gambar ni. Tapi kita bukan nak guna softenernya. Kita nak guna bekas softener ni.
Bekas nilah yang saya akan bawa travel jika ke negara-negara seperti China, Korea, Vietnam dan sewaktu denganya.
Kenapa nak nak bawa? Bekas ni amat berguna jika ke toilet. Kebanyakkan negara yang saya sebutkan tadi, toiletnya tiada paip air atau bidet. Jadi bekas nilah penyelamatnya.
Sebelum masuk toilet isi dulu bekas ni dengan air di singki, lepas tu pandai-pandailah setel masalah anda.
Mudah dibawa, ringan dan boleh recycle beberapa kali.
Sekian tips dari saya…. HAPPY TRAVELING TO ALL TRAVELERS……
“Ubat sirap demam untuk anak-anak yang simpan dalam peti ais tu boleh tahan berapa lama ya?”
Lazimnya ubat demam yang tidak habis digunakan akan disimpan di dalam peti ais. Nak buang sayang, masih ada ‘balance’ lagi.
Ramai yang berbuat demikian dan beranggapan cara yang betul adalah menyimpan ubat di dalam peti ais.
Namun tahukah anda bahawa cara ini, tidak digalakkan, sebaliknya harus dibuang setelah digunakan dan disimpan pada suhu bilik.
Nak tahu lanjut, ikuti penjelasan ini menerusi perkongsian seorang ahli farmasi di facebooknya, Salinda Sopian.
Ubat sirap paracetamol ataupun ubat demam sememangnya dibotolkan dengan saiz yang kecil, 60mL ataupun 100mL sahaja. Ianya hanya untuk kegunaan sekali untuk seorang pesakit.
Contohnya, sekiranya dos 5mL 4 kali sehari maka ubat tersebut akan habis selepas 3 hari.
Ubat sirap demam tidak sepatutnya disimpan. Sekiranya masih banyak ubat yang berbaki, maka ubat tersebut boleh disimpan di tempat kering pada suhu bilik selama 1-2 bulan daripada tarikh ia dibuka.
Sekiranya hendak menyimpan ubat demam sebagai persediaan, seeloknya dapatkan ubat yang baru dan simpanlah ia di tempat yang kering pada suhu bilik dan bukan di dalam peti sejuk.
Ubat yang telah dibuka akan dimasuki oleh udara biasa yang mengandungi bakteria dan kulat.
Apabila disimpan di dalam peti sejuk, udara tersebut akan menjadi wap air melalui proses kondensasi.
Wap air biasanya berkumpul pada penutup botol di bahagian dalam.
Wap air ini menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat. Lama-kelamaan ia akan bercampur dengan ubat dan merosakkan ubat tersebut.
Jadinya, tak perlu lah simpan ubat sirap demam yang telah dibuka di dalam peti ais berbulan-bulan malahan bertahun-thun lamanya.
Tanggapan simpan ubat sirap demam dalam peti ais untuk lebih tahan lama adalah tidak betul.
Tempoh masa
Ubat sirap sebegini biasanya dicampur dengan pengawet (preservative) seperti methylparaben.
Oleh sebab itu, ia tahan dlm tempoh yang lama pada suhu kurang dari 30degree selagi ia belum dibuka.
Sekiranya disimpan pada suhu yang tidak dicadangkan (contohnya dalam peti sejuk), stability ubat tersebut akan terganggu.
In fact, ia akan jadi lebih cepat rosak.
Seeloknya simpan sahaja pada suhu bilik, tertutup dari cahaya matahari, dan buang sahaja selepas 1 bulan dibuka.
Ubat bukan seperti makanan, jika disimpan dalam peti ais akan lebih tahan lama.
Nota kaki: Gambar dibawah adalah ubat sirap untuk anak-anak. Lepas ni jom periksa peti ais masing-masing. Buang ubat yang tak perlu okay.
Belajar sesuatu?
Bukan tak berjimat tapi untuk selamat
Sumber: Salinda Sopian (Pharmacist) via Klinik An-Nur Jengka
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di