“Bukan Malas, Tapi Sebenarnya Dah Burn Out!”- Ketahui Cara Atasi Burn Out

Share

Pernahkah anda merasakan sesuatu perubahan dalam diri anda dimana anda dahulunya seorang yang sangat bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara, Anda merasakan seperti tidak mahu melakukan apa-apa langsung pada hari itu, Anda hanya ingin tidur, berehat sepanjang waktu dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun. Anda jadi moody dan rasa senang untuk marah walaupun perkara kecil. Perkara ini akan berlaku  Ya, anda sedang mengalami fasa ‘Burn Out’

Setiap manusia akan ada satu fasa yang akita akan mengalami seolah tekanan perasaan dan juga mental. Dalam fikiran kita hanya memikirkan ingin berehat sepanjang masa. Semua akan lalui perkara tersebut. Ia akan berlaku secara peringkat. Pada Mulanya anda akan hilang minat, kemudian anda akan malas nak terikat dan anda mulalah tak jaga kesihatan diri. Better untuk detect benda ni masa peringkat awal.

Namun tidak salah untuk kita mengambil masa kita untuk bertenang dari memikirkan hal-hal lain. Tapi tidak boleh kita membiarkan perkara tersebut terlalu lama kerana ia akan menjejaskan kesihatan kita. Jadi apa perlu buat?

Belajar untuk say NO

Dalam hidup ini tidak semua perkara kita boleh puaskan hati semua orang. Kadangkala kita juga mempunyai pendapat sendiri dan berhak untuk tidak menerima semua pendapat. lagi-lagi jika pendapat itu anda tidak rela untuk setuju dalam hati. Anda berhak tentukan hidup anda

Melakukan aktiviti fizikal

Seperti yang semua tahu bersenam adalah bagus unstuk kesihatan, bukan jasmani saja, malah kesihatan rohani juga terjamin. Biasakan untuk menggerakkan tubuh anda agar dapat mengaktifkan sel sel dalam badan anda sekaligus dapat menyambungkan sel otak agar boleh berfikiran positif

Jangan terlalu melekat dengan gajet

Kadangkala dengan cara kita menenangkan diri kita biasanya dengan melihat media sosial untuk mendapatkan hiburan. Tapi sebenarnya secara tak sedar media sosial lah yang buat kita tiba-tiba jadi lebih down kerana ada berita-berita yang menyedihkan dan buat kita lagi ‘insecure’ dengan orang lain. Dari nak release stress jadi makin stress!

Luangkan masa dengan orang tersayang

Dari kita melayan perasaan berseorangan, lebih eloklah jiga kita meluangkan masa bersama orang tersayang seperti keluarga, anak atau sahabat ikta sendiri. Ambil langkah untuk meluahkan apa yang terbuku dihati. Mungkin dengan meluahkan masalah dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang kita sambung

Minum banyak air

Air adalah snagat penting untuk kehidratan badan. Dengan minum banyak air, ia dapat membuat kita lebih relax dan tenangkan minda kita.

Jangan kerja terlalu keras

Seperti yang kita tahu, kerja memang tak kan pernah habis, kerja yang terlalu banyak boleh buat otak kita lebih penat dan stress. Berpada-padalah dalam melakuka kerja. Mungkin hari ini boleh buat sedikit, esok masih boleh sambung kerja.

Tidur yang secukupnya

Bila badan dah terlalu penat, manusia memang perlu tidur sekurang-kurangnya sehari 8 jam. Patikan anda anda dapat capai tidur yang qualiti ya, barulah badan cergas otak cerdas!

Harap sesiapa saja yang sedang  mengalami fasa burn out, pilihlah untuk lakukan sebaiknya untuk diri anda, badan anda dan mental anda. Anda yang menentukan hidup anda. Semoga bermanfaat!

sumber : Farid Affy

IKLAN