Baru-baru ini tular berkenaan kenyataan seorang penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin yang lantang melabelkan golongan suami sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika menyambut kelahiran bayi.

Bukan hanya mengkritik, Siti Afifah turut mencadangkan para suami untuk mengumpul duit dalam tempoh sembilan bulan isteri mengandung untuk membayar kos bersalin di hospital swasta yang diangggarkan menelan kos sebanyak RM4,000.

Hal ini telah mengundang pelbagai reaksi dan rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan pendakwah bebas tersebut.

“Bukan Mudah Ya Nak Jadi Dr Pakar Sakit Puan”-Fahamkan Situasi, Ni Yang Doktor Wanita Kena Lalui!

Susulan itu, memetik kenyataan seorang individu yang dikenali sebagai Dr Wan, tampil memberi pendapat beliau dari segi perubatan sepertimana yang dikongsikan media Kosmo.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

ARTIKEL BERKAITAN :

“Kita Standby Tudung Sarung Je Lah”, Mira Filzah Kongsi Barang Keperluan Ke Hospital Nak Bersalin

“Hargai Isteri Yang Berkorban & Mengandung Anak Saya.” Azmi Saat Sanggup ‘Korek’ Tabung Hantar Isteri Bersalin Di Hospital Swasta

“Hati Robek Lihat Jenazah Baby & Mak Kaku.” Tak Cukup Duit Ke Hospital, Ibu & Bayi Maut Bersalin Di Rumah!

Difahamkan Dr. Wan turut mempersoal data yang diperoleh penceramah bebas itu berhubung doktor wanita lebih ramai berbanding lelaki untuk menyambut kelahiran bayi.

IKLAN

“Kalau ustazah ada data yang lengkap, ustazah boleh ‘tag’ saya dan buat video pencerahan tentang itu, saya nak tengok.

“Setahu saya, dalam kepakaran ‘Obstetrics & Gynaecology ‘ (O&G), kebanyakan pakar terdiri daripada doktor lelaki,” jelasnya.

Dr. Wan seterusnya menyatakan, menurut hukum Islam dan penerangan daripada Ustaz Azhar Idrus, perkara ini dibolehkan jika keadaan ketika itu adalah darurat.

“Kita fikir secara logik, saya sebagai suami pastinya tidak mahu doktor lelaki melihat aurat isteri saya tetapi dalam keadaan darurat dan doktor perempuan tiada, macam mana? Maka logiklah kalau doktor lelaki yang sambut,” ujarnya.

Manakala hantaran info di facebook Public Health pula, ada berkongsi infographic menunjukkan bukan mudah untuk seseorang  itu menjadi doktor pakar sakit puan. Perkongsian tersebut menarik perhatian warganet dalam memahami perjalanan seseorang untuk sampai ke tahap doktor pakar.

Bidang kepakaran sakit puan (obstetric & gynecology) merupakan salah satu bidang kepakaran yang sangat mencabar dan menuntut kecemerlangan dalam akademik, kekuatan dari segi fizikal dan mental.

Bukan mudah ya, ia menuntut kerja keras dan tugas yang kritikal sepanjang masa.

Bermula dengan latihan ijazah perubatan selama 5 tahun di peringkat universiti.  Kemudian perlu pula melalui housemanship selama 2 tahun.

IKLAN

Setelah itu barulah menjadi Medical Officer 2 hingga 3 tahun. Tidak terhenti di situ sahaja, perlu pula menyambung pembelajaran di peringkat Pasca ijazah selama 4 tahun.

Jika dicampur tolak jumlah tahun yang dikorbankan oleh seseorang wanita itu untuk capai ke tahap menjadi seorang doktor pakar sakit puan adalah sehingga 15 tahun kerja keras. Bukan tempoh yang singkat dan hanya yang berjiwa kental mampu sampai ke tahap pencapaian tersebut.

“Bukan Mudah Ya Nak Jadi Dr Pakar Sakit Puan”-Fahamkan Situasi, Ni Yang Doktor Wanita Kena Lalui!

Hal ini kerana tidak dinafikan, dianggarkan 40% hingga 75% alami burn out. Malah setiap hari perlu tabah kerana sentiasa berhadapan dengan 2 nyawa untuk diselamatkan, ibu dan anak yang dikandung. Itu belum lagi berdepan dengan risiko tinggi tuntutan Medicolegal.

Lantaran itu, seorang wanita amat-amat memerlukan sokongan keluarga dan apabila telah berkahwin pastinya sokongan daripada pihak suami sangat-sangat diharapkan. Tidak sahaja hanya faham tugas isteri di hospital, malah perlu ringan tangan dalam membantu mengurus anak-anak, hal-hal rumah tangga dan sebagainya.

KELUARGA : Oleh yang demikian jika anda mahukan lebih ramai wanita dalam kerjaya mencabar ini, didiklah anak anak supaya mereka menjadi generasi cemerlang yang mampu mengalas tanggungjawab sebagai pakar sakit puan. Manakala di pihak suami, jadi lah insan yang sentiasa memberi galakan dan motivasi untuk isteri terus maju di dalam kerjayanya.

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh wargamaya. Apa yang dilontarkan ada betulnya juga.

IKLAN

“Ye bab bersalin keluar lah bab aurat, haram. Tapi bila mak ayah sakit, ramai je yang lepas tanggungjawab kat misi perempuan untuk cuci berak, pakaikan pampers,” tulis salah seorang warganet.

“Ramai doktor perempuan Malaysia boleh jadi pakar kalau dapat suami dan keluarga yang sangat supportive. Ini kat klinik/hospital dia jadi doktor, balik rumah kena jadi typical surirumah. Jadi doktor perempuan terpaksa pilih nak keluarga ke nak karier. If your man clip your wings, you cannot fly high”, komen yang lainnya pula.

Kongsi yang lain pula, “Ada kawan suami isteri doktor, now suami ia yang dah jadi pakar, isteri masih doktor biasa. Bukan si isteri tak pandai tapi sebab kekangan dan komitmen dia sebagai isteri dan ibu pada anak² masih kecil sampai cita² ia untuk jadi pakar terpaksa dipendam seketika.”

“Pada suami yang demand untuk doktor perempuan ade 2 je cara, first kumpul duit banyak2 pastu belanja isteri beranak hosp swasta, kedua, didik anak2 perempuan kalian pandai2 sampai jadik pakar sakit puan untuk masa akan datang, kalau xmampu dua bende ni dah bole berhenti demand dan belajar memahami burnout kami juga sebagai doktor,” komen seorang doktor memberi cadangan.

Sumber : Kosmo & Public health

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Bukan Mudah Ya Nak Jadi Dr Pakar Sakit Puan”-Fahamkan Situasi, Ni Yang Doktor Wanita Kena Lalui!

 

Cuti sekolah hujung tahun ini  kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.

“Bukan Mudah Ya Nak Jadi Dr Pakar Sakit Puan”-Fahamkan Situasi, Ni Yang Doktor Wanita Kena Lalui!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI