Hati ibu mana yang tidak pilu bila anak yang tersayang sakit. Jika diberi pilihan, pasti si ibu mahu penyakit itu berpindah milik. Namun ketentuan Tuhan tak siapa yang mampu menghalang.
Bagi pelakon Lana Nordin yang baru melahirkan anak kedua, tiada apa yang diharapkan selain melihat anaknya itu kembali sembuh.
William Daud Mckienzie, tiga bulan bakal menjalani pembedahan jantung, Isnin ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana mengalami masalah injap (Aortic Stenosis).
Lana berkata, disebabkan itu juga dia jarang berkongsi gambar atau perkembangan William kepada peminat.
“Saya serba salah apabila ada yang bertanya mengenai William, ini kerana situasi kesihatannya.
Ads
“Begitupun tumbesaran William sangat positif apabila berat badannya naik dari 4 kilogram (kg) kepada 6 kg kini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Katanya, masalah dialami anaknya membabitkan injap aorta yang sempit dan akan memberi bebanan ke atas ventrikal kiri.
“William perlu diberi perhatian lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana dia perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat.
“Kalau pembedahan tidak dilakukan bimbang jantungnya harus bekerja keras dan apabila usia meningkat dia bakal mengalami masalah jantung bengkak,” katanya.
Ads
Menurutnya, dia berkongsi masalah kesihatan yang dialami William, selain untuk menjelaskan kepada peminat mereka juga tidak menagih bantuan atau derma.
“Kalau ada yang mahu membantu, terima kasih saya ucapkan. Tetapi sebaiknya wang itu disalurkan ke tabung bantuan IJN kerana ada ramai lagi bayi dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan anda.
“Pada saya apa yang diperlukan daripada anda semua adalah doa supaya anak selamat menjalani pembedahan Isnin nanti,” katanya.
Ads
Dalam waktu sama, Lana turut memberitahu memandangkan situasi kesihatan William tidak menentu, dia sekeluarga akan menetap lebih lama di sini.
“Saya bersedia untuk kembali bekerja. Kepada mana-mana produksi atau pengarah yang mahu melamar, mereka boleh terus menghubungi saya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ajal maut adalah di tangan Tuhan. Tiada siapa yang tahu melainkan Dia.
Bagi anak, kehilangan orang tua memberikan kesan yang paling mendalam sepanjang kehidupan mereka.
Begitulah yang turut dirasai oleh penyampai radio Era FM, Radin yang kehilangan bonda Feridah Hashim pada 18 Februari lalu.
Anak ketiga daripada empat beradik mengakui kejayaannya pada hari ini adalah berkat doa arwah ibunya
TINGGAL KENANGAN
Tanggal 18 Feb adalah hari paling sayu & sedih untuk saya setelah pemergian bonda tercinta, Allahyarham Feridah Hashim yang telah berjuang selama 37 tahun sebagai “lung failure survivor “. Namun Allah lebih sayangkan Mama & nak berikan mama rehat setelah apa yang mama tanggung selama ini.
Jujur hati ini, sebagai seorang anak memang susah untuk menerima kenyataan dengan apa yang berlaku namun ketentuan ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk arwah… Apa yang tinggal hanya kenangan & pastinya nasihat yang saya takkan lupakan sampai bila-bila. Tuhan sahaja yang tahu apa yang saya rasa selama ini bila kena bekerja untuk hiburkan orang lain serta gelak ketawa demi menggembirakan orang lain sedangkan hati sayu & sedih.. Sakit sangat.. Apa-apapun ini adalah ketentuan Allah yang terbaik buat Mama.
REZEKI BERKAT DOA IBU
Dan harini 15 Mac, hari lahir saya yang ke 31 dan adalah hari lahir paling sedih sepanjang Hidup saya bila tak dapat wish & celebrate dengan Mama seperti tahun-tahun sebelum ni. Ustaz pernah, bila kita hilang mak, bukan jasad nya sahaja kita hilang tapi juga doa seorang ibu. Rezeki saya harini adalah berkat dari doa Mama selama ini.
Alhamdulillah, walaupun jauh dengan family, Allah berikan saya rezeki yang cukup bermakna bila dapat “support system” yang kuat & sahabat-sahabat yang boleh dianggap sebagai family ♥️
Terima kasih untuk segala kejutan & doa untuk saya, di hari lahir saya tahun ini.. Allah sayang semua .. RAA
Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini.
JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah berkenaan.
“Bagi yang telah membuat permohonan sebelum ini dan mempunyai resit permohonan MyKid namun cetakannya ditangguhkan, pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN (www.jpn.gov.my) sebelum hadir membuat kutipan di Pejabat JPN yang dipilih,” menurut kenyataan itu.
Menurut JPN, tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai hingga 31 Oktober tahun ini.
“Selepas tempoh ini, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
“Kerjasama pemohon diperlukan bagi memastikan MyKid dicetak akan dituntut oleh pemohon dan sekali gus mengelakkan lambakan MyKid yang akan merugikan kerajaan,” menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-88807077 atau emel ke pro@jpn.gov.my.
Media sebelum ini melaporkan pengeluaran MyKid bagi bayi baru lahir di negara ini ditangguhkan selama enam bulan susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercucuk tanam jika diusahakan meskipun secara kecil-kecilan boleh dijadikan sumber rezeki sekiranya diusahakan dengan gigih. Ini sebagaimana bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Apa yang pasti, setiap rezeki itu perlu diusahakan untuk memperolehinya.
Begitulah yang sedang diikhtiarkan oleh pasangan suami isteri OKU (Orang Kurang Upaya) ini dalam meneruskan kehidupan untuk membesarkan anak-anak.
Meskipun terpaksa merangkak untuk menanam anak pokok di kebun seluas 0.2 hektar, tidak sedikit pun menghalang suami ini bersama isterinya mengusahakan tanaman di Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian sepertimana yang dilaporkan di Sinar Harian.
OKU fizikal berkenaan, Muhammad Hafidz Abdul Rahman, 40, berkata, bahkan berbesar hati melakukan kerja halal itu bagi menyara kehidupan isteri, Nurul Izzaifah Daud, 33, bersama dua anak perempuan mereka yang normal berusia lapan tahun dan enam bulan.
Katanya, dia perlu merebahkan badan dan merangkak untuk menanam anak pokok kerana kedua-dua belah kakinya tidak dapat diluruskan dan terpaksa berjalan dalam keadaan lutut yang membengkok.
“Tidak jadi masalah sebab keadaan ini saya hadapi sejak lahir, sama juga seperti keadaan isteri.
Kami adalah bekas atlet paralimpik Kelantan, saya dalam sukan angkat berat manakala isteri bermain bola jaring.
Pasangan orang kurang upaya (OKU) fizikal, Muhammad Hafidz Abdul Rahman, 40, (kanan) dan isteri, Nurul Izzaifah Daud, 33, bersama-sama mengupas kulit kunyit sebelum dikisar dan digaul bersama garam sebelum dijual kepada pelanggan.
“Cuma sekarang tidak boleh merangkak terlalu lama kerana akan terasa sakit pada bahagian pinggang, berbeza berbanding ketika usia muda dahulu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di kebun Rimba Organik Komuniti (ROK) di Kubang Kerian di sini.
ROK dijalankan dengan kerjasama Min House Camp, Universiti Sains Malaysia (USM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Persatuan Sindrom Down Kelantan dan Persatuan Pertanian Kelantan melibatkan 20 OKU yang mengusahakan kebun di tanah wakaf sebagai ikhtiar sara hidup sejak Ogos tahun lalu.
Muhammad Hafidz berkata, pihaknya tidak mahu mengharapkan belas ihsan orang ramai sebaliknya berusaha dan dia sendiri mempunyai pekerjaan tetap sebagai pereka grafik manakala isterinya pula membuat kuih-muih serta mengambil pelbagai tempahan makanan kenduri.
“Saya bermula sebagai pereka grafik pada tahun 2013 dengan bekerja di sebuah syarikat namun terjejas akibat Covid-19 dan syarikat terpaksa gulung tikar pada 2019.
“Sejak itu saya melakukan kerja sebagai pereka grafik untuk iklan dan risalah secara sendiri menerusi promosi di Facebook dengan memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sebulan bergantung kepada tempahan pelanggan,” katanya.
Nurul Izzaifah pula berkata, pokok ulaman dan sayuran seperti kunyit, lengkuas dan serai yang ditanam di kebun itu akan dijual oleh mereka bagi menambahkan pendapatan.
“Selain menjual secara terus, saya juga memproses kunyit menjadi garam kunyit yang siap dikisar dan dijual RM2 bagi bekas kecil manakala RM10 untuk saiz yang lebih besar.
“Alhamdulillah, terlalu ramai membantu termasuk Macma yang membina rumah di kebun ini dan setiap kami menerima bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) berjumlah RM450 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Bagi yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun Bank Islam Nurul Izzaifah Daud 03036021177976 atau hubunginya di talian 0179624044.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.