Patutlah ramai yang share sehingga cecah 5.2K, nak buat pun mudah kek batik superb ni, bahan-bahan  pun sediakan pun senang. Bagi yang gemar makan kek batik ni boleh cuba resepi ni. Memang rasa rich dengan coklat. Selain untuk minum petang, boleh jadi sebagai kuih untuk hari raya. Bagi nak buat bisnes pun boleh. Inilah rahsia nak buat kek batik sedap. Moga perkongsian oleh Tuan Adriana Arissa mendapat manfaat bersama. Jom cuba!


Pukul 3 pagi sis dok buat 7 biji kek batik melting ni. Alhamdulillah rezeki. Siapa nak niaga silakan guna resepi ni. InsyaAllah sedap.

Resepi Kek Batik Melting versi biskut lembut macam kek

Bahan kek batik
600g bskt marie (patah2kan) 
200g butter
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
Esen vanila

Bahan2 topping@ganache
100g milk compound 
100g dark compound 
(sis guna beryls)
200ml whipping cream
1 sdb butter
1 sudu besar golden syrup (optional)
1sdk hazelnut paste (tips nak bagi choc sedap mcm cadbury)

Penyediaan

IKLAN

Double boil semua bahan topping atau nak senang masukkan dalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.

1. Masak butter sampai cair, api kecik je ek. kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata. 
2. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat2 tkt berketul. 
3. Next masukkan telur, kacau dl bg rata dan baru masukkan air. Kacau sebati dan biar sehingga pekat. 
4. Last skali masukkan biskut. Kacau rata bg smua bskt bersalut coklat. 
5. Terus masukkan smua ke dalam loyang saiz 10inci (alas plastik bg bskt x melekat dan seng tarik keluar) dan tekan2 padat. 
6. Tuang choc ganache melting dan simpan chiller selama 4jam atau lebih sebelum di potong. 
7. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi kek lembut sebelum senang untuk dipotong.

Rujuk gambar

IKLAN

Bukan Sahaja Superb Resepi Kek Batik Ini, Bahan Nak Buat Pun Mudah. Patutlah Tular Hingga Cecah 5K Share Bukan Sahaja Superb Resepi Kek Batik Ini, Bahan Nak Buat Pun Mudah. Patutlah Tular Hingga Cecah 5K Share Bukan Sahaja Superb Resepi Kek Batik Ini, Bahan Nak Buat Pun Mudah. Patutlah Tular Hingga Cecah 5K Share

Petua nak potongan kek batik kemas 

***Tips nak bagi potongan cantik. Pisau yang nak guna utk potong kek batik hendaklah dicelup air panas atau lap dengan tisu setiap kali nak potong. Barulah potongan cantik dan kemas. Tak comot. Nak makan pon sedap je kan.

IKLAN

Nak berniaga pun boleh

Silakan share dan berniaga dengan resepi ni. InsyaAllah customer akan suka, manis pon just sweet. Tak minta banyak, doakan semoga kami dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan agar dapat membesarkan anak2 dgn sempurna. Amin

sis jual rm45 sebiji saiz 10inci dan rm6/3pcs

Selamat mencuba!

Sumber: Tuan Adriana Arissa via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI