Pastinya ramai yang mengenai pengacara dan pelawak, Johan dan isterinya pelakon, Ozlynn yang sentiasa menarik perhatian peminatnya.
Muat naik mengenai kisah keluarganya sentiasa meraih perhatian termasuk hubungan suami isteri dan anak-anak.
Antara perkongsiannya yang mendapat perhatian adalah mengenai kejayaan anak sulungnya melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di luar negara.
Malah seorang warganet menerusia facebooknya, Siti Suryani Yaakop kagum dengan kisah keluarga selebriti itu. Dia telah mengulas mengenai kisah keluarga itu dari kaca matanya sehingga mendapat pelbagai pandangan dikalangan warganet.
Nyata, keluarga selebriti Johan- Ozlynn begitu inspirasi!
SAYA KAGUM CARA JOHAN OZLYNN DIDIK ANAK
Saya baca kisah anak Johan bakal jadi doktor semalam. Saya kagum. Dan saya juga baca Ozlynn post gambar anak dia yang dah besar bapak pun berdukung lagi dengan Johan. Kadang ada gambar depa bertepek duduk dan baring ramai-ramai.
Ads
Tu lebih saya kagum lagi.
Nak berdukung-dukung ni kalau tak biasa, mana mahunya. Malu. Kadang tak payah suruh dukung, nak cium pipi mak depan kawan pun segan. Sebabnya itu bukanlah benda yang jadi kebiasaan.
Kalau siapa follow dia mesti tahu depa famili yang macamana. Dan saya suka follow. Sebab dia jujur. Tak fake.
Bukan bersayang-sayang sentiasa. Tidak juga sopan santun setiap masa. Takda juga cakap orang putih manjang. Dia biasa. Biasa macam kita-kita. Ada masa dia marah. Ada masa dia ambik rotan. Ada masa tinggi suara. Ada masa dia sayang. Ada masa dia bergurau.
Ads
Dia menunjukkan sisi kebanyakkan famili yang normal. Dan ada banyak emosi dalam setiap famili tu bagi saya adalah normal.
Bezanya ialah dia HADIR. Hadir diri dalam hidup anak. Waktu solat, imamkan solat dengan anak. Waktu belajar, duduk di meja belajar dengan anak. Waktu main, berguling sama dengan anak. Waktu bersukan, main basikal sama dengan anak. Dia sebagai susuk seorang ayah, ada. Karakter utama dalam rumah itu adalah dia.
Dan konsisten. Setiap Subuh dia pastikan anak-anak mengaji. Mesti mengaji. Sampai lama-lama jadi tabiat anak itu sendiri. Tapi bukan suruh saja. Dia sama-sama buat sekali.
Ads
Biar dia buat lawak pun. Biar dia garang pun. Biar dia jegil mata pun. Biar dia tinggi suara pun. Biar dia mengusik pun. Tapi bila dia HADIR, apa saja tegur dan marah beri kesan yang baik. Sebab ada ikatan hati yang kuat antara ayah dan anak.
Ibu ayah yang hadir dalam bentuk fizikal, emosi dan jiwa dengan anak-anak, saya percaya walau saat kita marah pun dia tak lari ke mana. Dia tahu atas tujuan apa. Marah yang ada sebabnya. Tegur yang ada tujuannya. Sempoi yang ada batasnya.
Saya kira begitu keinginan kebanyakkan kita. Sebagai ibu ayah. Walau apa pun jadi dan jauh mana pun pergi, anak tetap akrab hatinya dengan kita.
Dia menjadikan saya rasa santai sebagai ibu. Rasa saya okay menjadi saya. Boleh je suka buat kelakar tapi tegas pada masa yang sama. Boleh je tegur kalau ada benda tak kena. Bukan serba serbi mesti sempurna. Bukan kena sopan santun sepanjang masa. Tapi sentiasa hadir setiap ketika.
Bahasa ringkasnya.
Cakna.
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesihatan amat penting untuk memastikan kita dapat melakukan rutin harian dengan sempurna.
Salah satu petua untuk kekal sihat adalah menggunakan bawang putih. Umum mengetahui bahawa bahan masakan ini nenpunyai pelbagai khasiat bawang putih untuk kesihatan dan kecantikan.
Bagi yang ingin mencuba petua menggunakan bawang putih, apa kata cuba petua yang dikongsikan oleh Siti Raudzah.
Jom cuba buat!
Petua Hilangkan Sakit Kaki Bila Bangun Tidur
Dah 3 hari saya amalkan makan 3 biji bawang putih bakar ni setiap pagi sebelum sarapan. Masalah sakit kaki bila bangun tido yang saya hidapi dah ok sekarang. Kalau tak sebelum ni nak pijak lantai bila bangun tido memang sakit. Kena jalan slow2 dulu baru ok..
Tapi sekarang bangun je.. terus boleh jalan laju. Petua ni ada sorang kakak bagitau saya.. Dah dekat 1 tahun dia amalkan. Badannya pun saya tengok cantik, perut pun kempis je.
Banyak khasiat lain
Segala angin dalam badan dapat diatasi. Kebaikannya untuk seluruh badan. Apa yang saya tau.. bawang putih ni dapat mencegah sel-sel kanser.Kalau nak tau boleh google apa lagi khasiatnya.
Cara-Caranya:
Ambil 3 ulas bawang putih dan bakar dengan kulit sekali dalam 3 minit dengan api yang kecil.
Lepas tu makan terus isinya saja. Makan lah hari-hari untuk kesihatan kita.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Halaman rumah kalau ditanam dengan pokok-pokok berbunga, secara semulajadinya akan nampak lebih berseri dan indah. Apatah lagi jika bunga-bungaannya merimbun seperti mana pokok bunga petunia ini. Cukup memukau!
Namun, untuk memastikan tanaman bunga dilaman rumah kita terlihat indah seperti ini, nyata perlu kita ketahui tentang tip penjagaan yang dikongsikan oleh pokok.my ini. Diharapkan pendedahan ini dapat memberi pencerahan sebelum memulakan usaha untuk berkebun bunga. Jom semak.
TIPS PENJAGAAN PETUNIA
Petunia adalah tumbuhan berbunga yang:
1. SUKA CAHAYA MATAHARI PENUH
Maksudnya Petunia tak suka tempat teduh atau tersembunyi. Kalau letak dalam pasu gantung di balkoni atau garaj, cari kawasan yang dapat cahaya matahari lebih banyak. Kalau letak tempat teduh, alamatnya tak berbunga sangatlah dia. Dan ada pula kes yang Pokok Petunia dia menjalar turun sebelah pasu sahaja. Sebelah lagi tak ada daun dan bunga. Sebabnya tak kena matahari. Nak bunga petunia dalam pasu menjalar membulat macam pokok saya? Teruskan membaca.
2. PETUNIA TAK SUKA KENA SIRAM AIR BANYAK TAPI POKOK PETUNIA KUAT MINUM AIR
Maksudnya Petunia cukup disiram ala kadar sahaja. Tak perlu air disiram sampai beriya melimpah dan menitik keluar dari pasu. Air membazir, baja pun keluar sekali. Lagi satu, kalau siram banyak banyak pokok akan lemas dan mudah terkena serangan penyakit. Tapi, tuan puan kena tahu Petunia juga kuat minum air. Jadi kena rajin buat siraman setiap hari. Tambahan pula medium tanaman Petunia jenis tidak menakung air. Jadi, air dalam pasu cepat kering.
Sebaiknya pada musim panas, pokok disiram pagi dan petang. Jika musim hujan, cukup dengan siram waktu pagi sahaja. Tapi ingat, siram sikit sahaja dah cukup. Sekadar membasahkan tanah. Siram pada tanah atau pangkal pokok, bukan pada daun.
3. GUNA MEDIUM TANAH YANG TAK MENAKUNG AIR
Elakkan tanam Petunia dalam medium tanah yang menakung air sebab pokok jenis ini takkan subur dan cepat mati dek serangan penyakit pada daun, batang dan akar pokok. Sebaiknya ada campuran cocopeat, tanah merah bakar, sekam bakar, baja tahi ayam (sikit) dan saya selalu letak peatmoss juga sikit. Nak senang beli saja tanah 6in1 kat nurseri tu.
4. JIKA BARU BELI DI NURSERI: PERIKSA POKOK, KEMUDIAN TUKAR TANAH DAN PASU
Kalau pokok baru dibeli daripada nurseri, jika bernasib baik dapatlah yang subur berbunga. Kalau tak, kurus dan sedih je tengok kan. Jadi sebaiknya, selepas bawa balik kat rumah. Tukar tanah dan pasu baru. Sebabnya, kebiasaannya Pokok petunia yg dlm pasu nurseri akar pokok dah padat sangat dah. Tanah pun kurang nutrisi. Jadi sebaiknya pindahkan pokok dengan membuang tanah yg melekat pada akar pokok sedikit dan masukkan tanah baru. Kalau tukar pasu lebih besar lagi bagus. Tak percaya cuba la buat.
5. NAK PETUNIA BERBUNGA SEPANJANG MASA?
Ramai tanya saya macam mana nak bagi Petunia berbunga sepanjang tahun. Sebenarnya jawapannya kena rajin sikitlah. Petunia ni manja, kena selalu belek. Seminggu sekali buatlah Pinching process iaitu proses memetik dan membuang bunga serta daun yg layu. Bunga petunia yg layu biasanya akan meninggalkan tangkai bunga. Dalam tempoh 3-4 hari tangkai halus tersebut akan mula keluarkn biji benih.
Pokok petunia yg mula mengeluarkan biji benih akan kurang serta malas berbunga dan lama kelamaan ia akan mati. Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku. Buang tngkai bunga tu sebanyak yg boleh. Daun yg layu juga petik buang terus. Jangan biar rosak di dalam pasu.
6. TRIMMING: KERATAN RANTING
Ada yang sayang pokok tak mahu kerat ranting. Salah tu. Sebulan sekali sebaik baiknya buatlah keratan. Trim la mana patut. Kalau biar sahaja nanti pokok jadi kurus, daun mengecil, bunga mengecil. Sakit mata tengok. Tapi ada yang jenis suka biar Petunianya menjalar turun dari pasu. Pokok pun jadi kurus melidi. Terpulanglah. Kalau saya punya cara suka trim bagi membulat dan subur seerti dalam gambar.
7. BAJA
Sama macam pokok lain, Petunia juga perlukan pembajaan. Untuk Petunia saya, saya guna 4 jenis baja iaitu baja pertumbuhan (hijau), baja penggalak bunga (pink), baja organik tayam dan baja organik soya. Baja saya beli di Giant (kalau tuan puan nak beli dari otai otai baja dalam group ni lagi bagus!). Brand saya beli macam macam. Baja bunga saya beri seminggu sekali. Satu pasu cukup satu sudu kfc tu. Baja pertumbuhan dan baja organik saya isi berselang seli iaitu dua minggu sekali. Kuantiti bagi baja pertumbuhan yg hijau tu sama seperti baja bunga. Kalau baja organik letak lebih sikit tak apa.
8. TANAM SEMULA PETUNIA
Bila kita nak tanam satu satu pokok, elok ambil tahu ilmu sedikit tentang pokok tersebut. Sebabnya tak mahu pokok terseksa. Beli dekat nurseri elok, balik rumah mati. Rugi dan kesian
Jadi, untuk pengetahuan tuan puan, petunia ni pokok bermusim, usia normal pokok ini hanya 9-10 bulan sahaja. Ada yang boleh tahan sampai dua tahun kalau pandai jaga. Apa pun, untuk elakkan kes kena beli pokok baru sebab pokok mati. Saya sarankan untuk tanam semula Petunia ni sebelum induk pokok mati.
Cara pertama:
Kalau ada ranting petunia yang patah (atau potong sendiri ranting), ambil ranting tersebut, buang semua daun. Dan cucuk ranting tersebut dalam medium cocopeat yang lembab. Sembur air setiap pagi. InshaaAllah nanti akan keluar akar dan bila dah besar sikit boleh pindah masuk pasu. Kalau pokok masih kecil tapi dah gatal nak berbunga, buang kuntuman bunga tu dulu. Hehe. Satu lagi pesanan, semasa proses semaian, jangan terlebih siram air. Nanti ranting rosak. Aduh padan muka
Cara kedua:
Semaian biji benih. Benih petunia boleh dikumpul dari induk pokok. Caranya, tinggalkan sekuntum dua tangkai bunga besar petunia pada induk. Biar bunga gugur dahulu. Bila tangkai tersebut dah keluarkan buah. Biar pula benih itu kering sepenuhnya. Bila dah kering, ambil benih dan taburkan atas medium cocopeat lembab juga. Letak di tempat yg tidak terdedah pd matahari. Sy letak dlm rumah je. Sembur dgn air dua hari sekali. Dalam seminggu akan keluar anak pokok. Bila anak pokok dah keluar 4 helai daun. Boleh pindahkan anak pokok dalam pasu kecil untuk monitor tumbesaran. Nak senang beli je benih petunia dekat kedai. Setel masalah.
9. SERANGAN SERANGGA PEROSAK?
Walaupun bau tumbuhan Petunia ini tak adalah wangi macam bunga lain, tapi serangga tetap ada yang menyerang seperti bena putih. Kalau tak kawal. Pokok boleh mati. Jadi untuk elakkannya berlaku. Seminggu sekali semburlah racun organik (utamakan semburan di bahagian bawah daun) untuk menghalau serangan serangga tersebut.
Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, seteguh mana kita bersabar namun jodoh itu tetap menjadi rahsia Allah di penghujungnya.
Kisah seorang isteri yang berhati wajar, Siti Rohayu sanggup menjaga suami iaitu Muhamad Ridhwan Mohd Zaki yang hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya tahun 2017 hingga sembuh pernah menjadi inspirasi buat warganet. Bukan calang-calang wanita mampu bergelar ‘ketua keluarga’ mengambil alih untuk menguruskan rumahtangga.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ketika saat tubuh suami terlantar sepi di katil tanpa sebarang kata-kata, malah doktor juga memberi kata hanya 6 bulan sahaja harapan hidup buat suami, namun itu bukan pengakhirannya buat dirinya.
Begitulah sucinya cinta seorang isteri, sentiasa ada disisi suami walau apa jua keadaannya.
Namun apa yang mengejutkan warganet, baru-baru ini melalui tinjauan di akaun facebooknya sudah tidak ada lagi gambar atau video dia bersama suami di media sosial milik Ayu.
Assalamualaikum
Selamat Pagi kesayangan semua
Ya Allah.. Semoga keputusan yang ku buat hari ini, adalah yang terbaik untuk semua orang, termaksud untuk diriku dan anak-anak.
Sekuat mana pun sayang kita pada seseorang, kalau Allah kata dia bukan jodoh kita. Maka bukan lah. Maafkan Umy semua, Sebab tak mampu nak jadi insan yang kuat untuk meneruskan dan mempertahankan.
Andai tiba saatnya dimana kita harus melepaskan, bukan kerana tak sayang. Tetapi kita sedar, andai diteruskan akan banyak lagi pihak akan terluka. Mengalah bukan bererti kalah, mengaku salah bukan bererti salah, tetapi cukup penat mental dan fizikal untuk meneruskan. Fokus pada kesihatan dan anak-anak itu lebih baik. Biarlah 1 dunia membenci dan mengecam umy, Allah adaSama-sama kita mendoakan dipermudahkan segala urusan hari ini.
Meninjau diruangan komen, warganet terkejut dan hanya mampu mendoakan agar wanita ini tabah dengan ujian yang dilaluinya kini. Netizen juga turut bersimpati dengan apa yang terjadi.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.