“Bukan Senang Nak Jumpa Suami Macam Ni. Kemas, Teratur & Teliti Betul.” Gelagat Remy Ishak Lipat Baju & Kemas Wardrobe Dipuji

Share

Siapa yang tak kenal dengan hero Malaya bernama Remy Ishak ini. Penampilan dan pembawaan watak baik drama mahupun filem cukup dikagumi ramai.Tak hairanlah ramai yang cukup meminatinya. suami kesayangan Ezza Yusof ini tidak banyak berubah selepas mendirikan rumahtangga.

Sah bergelar suami lima bulan yang lalu,  tumpuan pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini lebih kepada dunia lakonan.

Terbaru, Remy berkongsi gambar dia sedang melipat pakaian Dan mengemas wardrobe. Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah lipatan baju oleh anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini cukup kemas.

Ini diakui sendiri isterinya,  Ezza  yang berkongsi video gelagat suami kesayangannya itu sedang melipat pakaian.

Dengan wajah yang serius, kelihatan lipatan seolah-olah baju baru di pasaraya yang cukup kemas. Tak sangka rupanya Remy sangat perfectionist orangnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji cara Remy yang begitu teliti dan teratur, siap digosok-gosok pakaian yang diletakkan di wardrobenya.

Ada juga yang berkongsi pengalaman sama di mana suami mereka juga melipat pakaian sendiri.

miszerna kira ok lagi tu babe @ezzarl kalau zul melipat baju semua kena straight tepi dia kena satu size dr atas smpai bawah..matilanakkkkk🙈
izzasarah Saya sepanjang kahwin nii tak pernah lipat kain baju. Cuci sidai semua suami. Dia perfectionist. Saya selalu kena bebel 🤣
isha_safiee Sama kita . Laki lipat lg cntik. Sbb suami bks askar kot . Dia dh tdidik gitu. Sy lipat asal lipat je 😂
miss_seonsha Sebelum dia lipat dia iron dulu ke kak… Mcm xkedut je… 👏👏👏👏 Tabik laaa
rinarazif Wahhh…Mesti Remy ada cara dia sendiri utk lipat ikut size yg senang nk susun nnti….❤️❤️
ctheavengarden Terbaik Remy.. Mcm abah saya.. Lipat kain mmg kemas teratur..
najieyaa_saleh wahhh lipat baju macam baju baru kat parkson👏👏

Sumber: remyishak& ezzarl


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

 

IKLAN