Bukan Takat ‘Belanja’ Resipi, Siap Ajar Step By Step Lagi! Tengok Gambar Dah Tahu Sedap Cheese Tart Ni

Share

Sekarang ni kalau craving nak makan apa-apa, main order je. Nak-nak lagi tang dessert ni, rela lagi beli dari buat. Ye dak? Kalau dah order ni, jadi satu percaturan pula, sama ada makanan tu sedap ke tidak. Betul tak?

So dari sia-sia je beli makanan tak kena dengan tekak, baik buat sendiri. Buang la sekejap penyakit M tu jauh-jauh. Haha! Asalkan time makan tu rasa puas hati, siap dapat banyak portion lagi! Macam cheese tart ni, kalau dapat orang jual yang sedap gebu ok la, kalau dapat yang kureng, putus selera dibuatnya.

So kalau tak nak banyak songeh, buat sendiri je ikut resipi dari Najwa Abd Razak ni. Resipi yang memang dibuat untuk meniaga. Semestinya sedap! Jom cuba!

TUTORIAL CHEESE TART 👩‍🍳

Dek kerana cita-cita nak jadi Cikgu masa kecik dulu tak kesampaian, maka hari ni nak merealisasikan cita-cita tersebut dengan berbekalkan pengalaman mengulit cheese tart selama lebih kurang 7tahun😂

Step by step sy ada terangkan dalam setiap gambar. Saya sertakan juga video cara untuk buat kulit tart. Moga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat pada orang lain.😊

Kulit tart

250g marjerin@butter( sy guna sri pelangi)
100g gula halus
1biji telur
esen vanilla
+ Tepung gandum 460g-480g

Gaul guna senduk, gaul asal sebati saja jgn pukul lebih2 sebab nanti kembang dan bila bakar kulit tart akan sedikit menurun.

Masuk tepung gandum 460g-480g . Masuk tepung sikit2 sampai dapat adunan doh lembut dan tak melekat di tangan.

Ni cara nak buat kulitnya. Saya guna belakang mata pisau untuk trim lebihan doh. Acuan saiz 4 cm. 1 adunan menghasilkan 110-120biji kulit tart.

 

Cucuk dgn garfu sebelum dibakar supaya lebihan angin yg terperangkap kat bawah acuan boleh keluar dah bawah kulit tart tak mengelembung ketika dibakar. Bakar suhu 160°c 15-20minit sampai masak. Suhu dan masa bergantung juga pada oven masing-masing .Saya guna oven jenama Zanussi.

Kulit tart yg dah dibakar, boleh la di simpan dalam bekas kedap udara. Kulit tart yg disimpan dgn elok boleh bertahan lebih lama. Setakat ni paling lama sy simpan 2 minggu sahaja.

Adunan Cheese

250g cream cheese
50g gula pasir
Esen vanilla
1 biji telur

-Pukul cream cheese,gula,esen dgn mixer hingga sebati kemudian masukkan telur. 1 adunan boleh menghasilkan 50-60biji tart saiz 4cm(Tart biasa ya bukan tart buncit)

TIPS: telur jangan masukkan sebiji terus. Masukkan sedikit demi sedikit hingga dapat aduanan cream cheese yg tidak terlalu kental dan tidak terlalu cair. Untuk buat cheese tart buncit hanya 2@3sudu telur sahaja sudah memadai.

Masukkan cream cheese dalam pipping bag.

Ambil sedikit adunan cream cheese dan letak pewarna untuk buat corak bunga . Saya warnakan mengikut warna inti. contoh ungu= blueberry & merah = strawberry.

Isi inti dalam kulit tart. Untuk memudahkn kerja, masukkan intinya dalam pipping bag supaya proses meletakkan inti lebih cepat dan mudah.

Lukis garisan seperti ini untuk buat bunga.

Guna lidi utk buat lorek. Jangan tanya ni bunga apa ya😅

Bakar cheese tart pada suhu 140°c 5-10minit bergantung pada oven masing-masing.

Sejukkan cheese tart yg dah siap dibakar sebelum di bungkus.

 

IKLAN