“Bulan Depan Bertambah Ahli…” Ezzaty Hamil Anak Kedua, Azwan Kombos Akui Tiada Niat Berahsia, Mohon Titip Doa!

Share

Dalam diam-diam pelakon, Ezzaty Abdullah  kini sedang hamil anak kedua. Berita tersebut dikongsikan sendiri suaminya, Azwan Kombos yang melahirkan rasa syukur selepas memaklumkan keluarga kecil mereka bakal bertambah tidak lama lagi.

Khabar gembira itu dimuatnaik sendiri bapa kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Menurut Azwan atau nama sebenarnya, Mohamad Al-Azwan Kombos, kandungan isterinya itu kini dilaporkan telah pun menginjak usia lapan bulan.

Akui Azwan,  mereka tidak  berniat  menyembunyikan berita kehamilan tersebut, namun, tiada masa yang sesuai untuk berkongsikan berita tersebut.

“Dah lama nak share berita gembira ni, tapi disebabkan aktiviti dan kehidupan seharian kami, macam rasa tak sempat-sempat nak fikir masa yg sesuai,” tulisnya.

Azwan turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga isteri serta kandungannya akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

“Jadi hari ini saya dengan rasa gembiranya nak share my wife is happily 8th month pregnant. Doakan yang terbaik buat baby dalam kandungan ya,” ujarnya lagi.

Turut berkongsi berita tersebut Ezzaty menerusi akaun Instagramnya.  Dalam perkongsian tersebut, dia mengakui teruja apabila bakal bertambah ahli keluarga tidak lama lagi.

“Next month bertambah bilangan keluarga kami InsyaAllah,” ungkap Ezzaty.

Sumber: azwankombos & ezzatyabdullah


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA

dan join keluargagader club

 

 

 

 

IKLAN