“Burnout” Di Syarikat Besar, Kini Jual Kopi dan Nasi Lemak Tepi Jalan

Share

Mengikut terma psikologi, “burnout” adalah keadaan kelelahan fizikal, mental dan emosi yang berlaku kepada seseorang akibat pendedahan tekanan yang berpanjangan. Natijahnya, ramai orang membuat keputusan untuk berhenti kerja demi kesihatan mental mereka.

Begitulah juga bagi wanita ini yang dikenali sebagai Oya yang telah berhenti kerja di sebuah syarikat besar selama 4 tahun dalam sebuah video yang dimuatnaik di akaun TikTok pada bulan Ogos lalu. Kini, video tersebut meraih perhatian warganet dengan jumlah yang hampir mencecah 400,000 tontonan.

“Saya letak jawatan pada Ogos lalu. Sebab utama saya berhenti kerja sebab burnout (letih mental, fizikal dan emosi) dan mental breakdown. Bunyi macam mengarut tapi itulah realitinya.

Pada mulanya saya cuba bertahan tapi agak sukar untuk saya teruskan sebab saya banyak masalah dalaman dengan pengurusan dekat tempat kerja. Jadi saya memilih untuk ‘angkat kaki’ sebab dah tak boleh nak berdepan dengan tugas dan persekitaran tempat kerja. Untuk jaga kesihatan mental sendiri dan fikirkan anak- anak, saya tinggalkan syarikat” ujar Oya.

Dalam temubual bersama mStar, Oya mengaku bahawa bernenti kerja dalam keadaan ekonomi sekarang bukanlah satu keputusan yang arif. Bagaimanapun, dia nekad memilih ketenangan jiwa berbanding kerjaya yang stabil tetapi bertambah teruk kesihatan mental. 

Selepas menamatkan kontrak dengan majikan, Oya kini memulakan kerjaya baharu dengan berniaga kopi dan nasi lemak jalanan di kawasan perumahan di Bangsar South, Kuala Lumpur.

“Sekarang saya fokus berniaga kopi dan nasi lemak. Waktu operasi saya pilih malam dan lokasinya berdekatan dengan kawasan pejabat dan perumahan. Antara sebab saya pilih untuk menjual sebelah malam sebab faham ramai orang ofis yang balik kerja malam dan lapar nak cari makan. Macam saya kerja dulu siang

memang tak sempat nak makan jadi waktu malam balik keria penat baru nak cari makanan” jelas Oya.

Mengakui bahawa kerjayanya terdahulu berbeza dengan apa yang dilakukan sekarang, Oya berkata dia bagaimanapun lebih senang hati dengan pilihan dibuat dan kurang berdepan tekanan.

“Dunia korporat dan berniaga tepi jalan ni memang bagaikan dua dunia berbeza. Kerja saya dulu memang orang kata karier yang sangat stabil. Pandangan orang pun lain sebab mereka lebin hormat bila kita kerja dekat syarikat-syarikat besar, bila berniaga tepi jalan ni orang pandang rendah sikit. Tapi saya lebih seronok dengan kerja sekarang. Bagi saya, dunia korporat ni bahagia dekat luar tapi sakit dekat dalam sedangkan berniaga macam ni nampak sakit dari segi luaran tapi sebenarnya sangat bahagia kat dalam hati,” ujarnya lagi.

Dikatakan keputusan yang dibuat ini mendapat sokongan penuh oleh suami yang bekerja sebagai kerani di ibu kota.

“Tujuan asal saya buat video tu bukanlah untuk menggalakkan orang ramai berhenti kerja pejabat tapi lebih kepada nak kongsi

pengalaman lama bekerja dalam dunia korporat. Tapi apa-apa pun saya bersyukur bila keputusan tu dibuat, suami sangat menyokong dan bersetuju. Tanpa semangat daripada dia, saya tak mampu nak lakukan semua ni”

Temubual bersama mStar ini diakhiri dengan nasihat oleh Oya.

“Nasihat saya untuk orang yang menghadapi situasi sama macam saya… know your limit. Jaga kesihatan mental dan jangan takut nak move on. Sentiasa percaya pada rezeki Allah. Kalau dah tak boleh tahan dengan kerja, rancanglah jalan keluar dari dunia kerjaya sekarang dengan baik” 

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada para pembaca semua.

Terima Kasih

Sumber: @byoyayaya di TikTok

 

IKLAN