Dalam banyak masalah, masalah satu ni la paling susah nak bendung. Apa lagi kalau bukan masalah kaki berbau.
Bila datang satu masalah ni… Automatik anda anda jadi seorang yang insecure dengan situasi sekeliling. Sebab apa? Anda akan jadi paranoid macam satu kawasan tu boleh bau kaki anda, Betul tak/
Haaa yang ada masalah ni dan tak tahu cara nak buang segala bau tak menyenangkan tu, jom ikut tip yang diberikan oleh Doktor Kamarul Ariffin ni!
“Doktor, kaki dia busuk gila. Macam bau anjing laut mati!”
Nak tergelak aku dengar bapa budak ni punya ayat pasal masalah bau kaki anak dia. Tapi, lepas anak dia buka kasut, terus aku tak jadi gelak.
Memang bau macam a̶n̶j̶i̶n̶g̶ singa laut mati!
Kalau kau orang ada masalah kaki berbau macam ni, elok kau cuba 10 tips yang boleh kembalikan keyakinan diri kau orang!
1. Cuci Daki Kaki
Kaki berdaki adalah medium sesuai untuk bakteria dan kulat hidup. Semasa mandi, pastikan sental daki di kaki, terutamanya di celah jari.
Ads
2. Buang Cagu/Kematu
Cagu(cengkam), kematu(callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki anda bebas masalah ini. Kalau ada, jumpa doktor.
3. Potong Kuku Pendek
Kuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung(berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.
4. Pakai Stokin sesuai
Disarankan guna stokin kapas(cotton) atau bulu bebiri(wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh lebih baik berbanding nilon.
Ads
5. Tukar Stokin Setiap Hari
Stokin menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh. Euwww!
6. Pakai Kasut Sesuai
Pakai kasut yang tidak ketat dan diperbuat daripada kulit atau kanvas, kerana ia beri pengudaraan yang baik berbanding material lain.
7. Elak Pakai Kasut Sama Setiap Hari
Beli 2 pasang kasut kerja/sekolah. Satu pakai, satu jemur. Selang seli. Kasut lembap galakkan pembiakan bakteria dan kulat. Cuci kasut setiap minggu.
Ads
8. Pakai Ubat Anti-Perspiran
Di farmasi, boleh beli sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Spray kasut dengan ubat anti-bakteria dan kulat.
9. Elak Kongsi Stokin atau Kasut
Pelajar di asrama selalu kongsi(baca: rembat) stokin dan kasut kawan. Kalau kawan tu kakinya ada kulat atau bakteria, berkongsi sekalilah. Pakej.
10. Petua Orang Lama
Boleh cuba rendam kaki dalam air garam, air lemon, kopi atau teh, KECUALI jika ada kencing manis atau masalah saraf(kebas/lumpuh) kaki.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak risau apabila ahli keluarga menunjukkan tanda tidak sihat seperti batuk, sakit tekak dan berkahak.
Bila makan ubat tetap tidak sembuh. Dah cuba pelbagai petua namun tetap tak berhasil.
Lebih mencabar bila anak yang sakit, sudah tentu tak lalu nak makan ubat atau petua-petua yang membuatkan rasa tidak memualkan seperti minum air rebusan cengkih.
Viral di media sosial petua menggunakan hirisan lemon yang dicampur dengan gula dan kicap untuk dikatakan mampu melegakan sakit tekak, batuk dan mencairkan kahak.
Nak tahu caranya jom ikuti petua yang dikongsi oleh Nur Nilam Sari menerusi Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN)
PETUA HILANGKAN BATUK
Boleh try ni sahabat semua untuk anak anak yang tak lalu nak minum air rebusan cengkih boleh cuba cara ni
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Merendamkan kaki dalam air suam dicampurkan dengan sedikit garam selain dapat membuat kita menjadi lebih tenang dan ianya juga boleh membersihkan kuman yang bersarang di telapak kaki.
Merendam kaki juga dapat membuat kaki kita menjadi lebih ringan. Namun, pernahkah anda cuba merendam kaki bersama garam bukit dan ais. Rupanya banyak manfaat jika kaedah ini dipraktikkan.
2 hari dah amalkan rendam kaki dalam ais.. best jugak… memang banyak kebaikkan nya Untuk gout, sakit kepala , sakit badan , lesu , minor stroke, sakit urat , tak lena tido malam. Badan rasa berat dan penat.. try laa.. . ☆Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit dan Ais Batu?
Untuk pengetahuan anda amalan rendaman kaki dengan Air yang di campurkan dengan sedikit ais batu dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari Gangguan Jin.
Tahukah anda bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk2 di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin.Angin dalam badan anda itu angin tidak elok ..
Sesiapa yang mengalami masalah tersebut,Kerap sakit kepala,sakit belakang,sakit belikat ,lenguh tengkuk,Kerap sedawa,Kerap kembung perut..
Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi org yang sukar tidur malam adalah baik jika di amalkan. Bagi masalah sakit kepala pula ataupun Bisa sakit-sakit badan, adalah elok untuk mengamalkan rawatan rendaman kaki yang dicampur bersama dengan ais ini.
Menurut Perubatan Islam , sekiranya anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang di rendam itu. Itu adalah tandanya yang tubuh kita ada mangalami gangguan makhluk halus. Oleh itu sekiranya di amalkan inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari pada tubuh anda.
Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi campurkan air rendaman kaki tersebut dengann daun bidara, limau nipis dan garam bukit dalam air berais itu. Kesan nya amat baik dalam tubuh badan kita.
Bolehlah diamalkan membaca sebelum rendam kaki Surah Al_Fatihah7x Surah Al_ikhlas7x Dan_selawat7x
InshaaAllah denagn Izin Allah Kaki badan akan berasa ringan.
Menurut Perubatan Islam , Kesan Gangguan makhluk halus adalah seperti =Kaki anda berasa Pijar bila di rendam kaki anda dalam Ais =Lenguh dan kebas pada kaki =Sakit mencucuk di kaki
Haruslah di ingat ini adalah salah satu cara Alternatif dalam rawatan islam dan ianya juga adalah sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit, inshaaAllah dengan izin Allah Sakit anda akan sembuh atau berkurangan. Ianya juga adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda, wallahualam.
Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.
Namun, radang sinus adalah keadaan di mana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus. Ia sering terjadi kepada semua termasuk kanak-kanak. Benar, kanak-kanak juga tidak terkecuali.
Bagi golongan dewasa, gejala seperti selesema, hidung tersumbat dan berair, sakit kepala, rasa sakit di kawasan dahi dan muka (terutama ketika dalam keadaan menunduk) merujuk kepada gangguan sinus yang serius.
Begitupun, semua simptom dan rasa sakit ini mudah disampaikan kepada doktor yang merawat. Berbeza dengan kanak-kanak, gejala sinus hanya boleh dikenal pasti dan disahkan dengan melakukan pemeriksaan terperinci termasuk imbasan sinar-X dan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan).
GEJALA SINUS
Gejala sinus jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak berikutan keadaan rongga yang masih belum terbuka sepenuhnya.
Lazimnya, pembukaan rongga ini akan sempurna ketika usia remaja. Sekalipun ia terbuka, tetapi jika tiada pengumpulan mukus atau nanah di sekitarnya, tidak mengapa.
Keadaan hanya berbeza apabila berlaku jangkitan dan pengumpulan nanah pada rongga sinus. Inilah yang akan membawa kepada radang sinus.
Terdapat beberapa punca berlakunya sinusitis tidak kira dalam kalangan dewasa mahupun kanak-kanak. Antaranya adalah jangkitan sinus atau selesema, alahan, trauma akibat kemalangan, struktur tengkorak yang tidak normal dan perokok pasif.
1. JANGKITAN SINUS
Lazimnya keadaan selesema akan menyebabkan rongga hidung membengkak dan ruang saliran sinus menjadi sempit serta menghalang pengudaraan. Apabila keadaan ini terjadi, mukus dalam rongga sinus tidak dapat dikeluarkan. Akhirnya menjadi perumah untuk pembiakan bakteria hingga menyebabkan keradangan dalam rongga sinus.
2. ALAHAN BUKAN JANGKITAN
Ramai ibu bapa tidak perasan bahawa anak mereka kerap selesema dan bersin disebabkan alahan, bukan jangkitan. Alahan boleh terjadi disebabkan debunga, hama dan lipas. Bahan buangan daripada hama biasanya menjadi punca paling kerap rongga sinus tersumbat.
3. TRAUMA
Tidak kira sama ada pernah terhantuk dengan kuat, kesan kemalangan atau apa saja impak yang mengenai kepala dan menyebabkan kecederaan, ia boleh menyumbang kepada sinusitis.
Keretakan tulang pada bahagian tengkorak ini boleh menyebabkan rongga sinus menjadi sempit. Jika dibiarkan, ia mungkin boleh menutup rongga sinus dan menyebabkan radang yang lebih teruk.
4. STRUKTUR TIDAK NORMAL
Kes sebegini lazimnya berlaku kepada mereka yang dilahirkan dengan kelainan pada struktur wajah. Sebagai contoh, mereka yang mengalami sumbing lelangit.
5. PEROKOK PASIF
Bapa atau ibu yang merokok selalunya membawa risiko tidak sihat kepada anak-anak. Begitu juga dengan orang di sekeliling. Pendedahan terhadap asap rokok boleh menyebabkan terjadinya masalah sinus dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa. Ini kerana, asap boleh memberi reaksi kepada rongga hidung dan menyebabkan permukaannya bengkak, sekali gus menutup rongga sinus.
Terdapat pelbagai simptom jelas yang menunjukkan kanak-kanak itu menghadapi sinusitis. Antaranya adalah demam, selesema, hidung berair, batuk (disebabkan hingus yang melalui belakang tekak) dan sakit kepala (bahagian dahi dan pipi).
Tetapi, bukan semua kanak-kanak yang mengalami batuk dan demam mengalami sinusitis kerana rongga sinus mereka belum sempurna. Sekurang-kurangnya sehingga mereka berusia lapan tahun.
Rongga sinus yang sempurna merangkumi sinus maxillary, sinus frontal, sinus ethmoidal dan sinus sphenoid. Apa yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak adalah masalah alahan.
Mereka kerap bersin dan selesema. Bagaimanapun, bukan semua kanak-kanak yang mengalami masalah alahan mendapat sinusitis. Umpamanya, rinitis alahan atau kerap disebut masyarakat kita sebagai resdung.
Pentingnya alahan berkenaan dirawat untuk mengelak dari masalah berikut :
1. Sekiranya selaput membran di dalam rongga sinus bengkak dan rongga tersumbat, ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi masalah kesihatan dan kuman boleh merebak hingga kepada bahagian mata dan telinga serta bahagian tekak apabila nanah mengalir ke bahagian berkenaan.
2. Apabila kuman merebak ke bahagian telinga, ia akan menyebabkan telinga berdengung dan mengganggu pendengaran. Jika tiada rawatan segera, selain nanah meleleh keluar, nanah yang terkumpul boleh memecahkan gegendang telinga kanak-kanak berkenaan.
Sekiranya jangkitan pada telinga tengah, ia boleh menyebabkan kehilangan pendengaran. Jika ia merebak ke otak yang akan menyebabkan meningitis (jangkitan selaput otak).
Menurut statistik yang dikongsikan kepada umum tahun lalu, resdung dikategorikan sebagai masalah kesihatan global.
Kajian mendapati hampir 14% kanak-kanak sekolah di Kuala Lumpur mengidap asma.
Dalam kalangan penghidap asma ini, hampir 80 peratus dikatakan turut menghidap resdung. Kanak-kanak pula lebih mudah terkena alahan hidung memandangkan sistem imun mereka belum matang berbanding orang dewasa, selain faktor persekitaran, jerebu, demam, batuk dan selesema.
Sinusitis dalam kalangan kanak-kanak masih boleh dirawat berikutan ia disebabkan jangkitan. Doktor biasanya akan membekalkan ubat untuk mengurangkan pengeluaran hingus, sekali gus membantu membuka rongga sinus.
Pada masa sama, perlu untuk rawat punca berlakunya sinusitis. Kalau disebabkan jangkitan, doktor akan beri antibiotik. Kalau alahan, ubat akan diberi untuk mengawal alahan. Jika tidak, radang ini akan berulang.
Satu perkara yang kerap masyarakat terlepas pandang adalah mengenai kepercayaan yang diwarisi turun temurun. Majoriti masyarakat hari ini terlalu mudah membuat kesimpulan berdasarkan perbandingan simptom yang pernah dihadapi sendiri dengan apa yang dialami anak-anak.
Orang kita kalau nampak anak gatal pada muka, berhingus, dia akan kata resdung. Sebenarnya ia lebih kepada alahan. Rinitis boleh diwarisi daripada genetik ibu dan ayah. Sinusitis itu radang yang berlaku akibat jangkitan. Ia tidak diwarisi.
Tetapi kalau alahan, itu boleh diwarisi. Cuma, sebagai ibu bapa, kita kena peka apa yang menjadi punca atau penyebab ia berlaku. Boleh jadi disebabkan persekitaran, makanan, debunga, hama rumah, lipas, bulu kucing dan sebagainya.
Elakkan anak daripada punca alahan supaya tidak melarat hingga berlaku jangkitan sinus. Seeloknya, bawalah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat.