Bercakap tentang membersihkan rumah, tentu kita semua biasa menggunakan bahan-bahan pencuci tertentu untuk memastikan proses membersihkan rumah menjadi lebih berkesan.
Malah viral juga sebelum ini dengan beberapa perkongsian di media sosial menggabungkan beberapa sumber bahan pencuci untuk mendapatkan hasil yang luar biasa. Kebenarannya hanya bagi mereka yang telah mencubanya sahaja tahu.
Pun begitu, siapa sangka campuran tersebut boleh membahayakan kesihatan. Ini bagaimana perkongsian daripada Pusat Racun Negara yang memaklumkan Surirumah Keracunan Gas Klorin.
Diharapkan selepas ini kita semua lebih peka dan jangan ambil mudah dalam perkara-perkara yang melibatkan menggabungkan bahan-bahan tertentu yang boleh mendatangkan kesan yang buruk pada kesihatan.
Jom semak perkongsian ini.
SURIRUMAH KERACUNAN GAS KLORIN
Gas klorin merupakan gas beracun yang boleh menyebabkan kesan kesihatan yang teruk terutamanya pada saluran pernafasan manusia jika terhidu.
Ads
Gas ini yang kebiasaannya berwarna kuning kehijauan boleh mengakibatkan simptom seperti batuk, sesak nafas, sakit dada, rasa pedih pada tekak, loya, muntah-muntah, pening, sakit kepala dan pelbagai simptom yang lebih teruk jika terdedah pada jangka masa yang lama.
Salah satu kes yang diterima oleh Pusat Racun Negara pada hari ni adalah seorang surirumah telah keracunan gas klorin.
Agak-agak anda, daripada manakah sumber gas klorin tersebut?
Komen daripada Mukarramah Mustapa lebih kurang sama seperti kes ini.
Ads
Seorang surirumah telah mencampurkan cecair peluntur yang mengandungi Sodium Hipoklorit dengan cecair pencuci lantai yang mengandungi Asid Hidroklorik. Kedua-dua bahan ini mengandungi unsur asas klorin.
Apabila dua bahan ini bercampur, tindakbalas kimia antara bahan ini akan membebaskan gas klorin yang beracun.
Oleh itu, janganlah sewenang-wenangnya mencampurkan produk-produk kimia kegunaan isi rumah kerana anda mungkin tidak mengetahui tindakbalas kimia yang akan berlaku.
Ads
Cuba Bereksperimen
Nyata, ramai juga yang pernah alami kejadian ini bila mana cuba bereksperimen dengan hasilkan campuran menggunakan bahan-bahan cecair tersebut.
Berpantang sendiri tanpa ibu amat menakutkan wanita yang baru melahirkan anak. Sebenarnya memilih untuk berpantang sendiri tidaklah sesukar mana bila mana suami memberi sokongan penuh. Jaga makan minum dan keperluan lain tanpa culas. Pokok katanya suami ambil alih semua kerja-kerja secara total!
Inilah yang sepatutnya seorang suami lakukan. Menjaga keperluan isteri dan bayi ketika di dalam pantang. Isteri pun lebih rasa selesa bila mana suami bagi sokongan penuh. Jujurnya bukan semua lelaki sanggup lakukan perkara ini.
Cerita Doktor Taufiq Razif yang menjaga isterinya ketika pantang ni memang menarik. Malah mendapat perkongsian lebih 14 ribu di facebook. Menarik untuk kita baca. Buat suami, sila ambil contoh ini. Baru tahu betapa susahnya pengorbanan isteri setiap hari.
Sejak isteri saya tak boleh buat kerja berat sebab dalam pantang ni, saya ambil alih tugas dapur dan rumah.
Untuk siapkan 2 ekor ikan ni saya perlu bangun di waktu semua orang masih tidur. Yela, bila bangun je semua orang banyak pula mahunya kan. Sorang pampers dah penuh. Sorang nak mintak mandi, sorang pula mintak dukung. Haru jadinya kalau tak buat kerja ikut jadual yang betul.
Sebelum tu, mula-mula nak kena pergi pasar dulu.. Nak pergi pasar pula kena tengok dulu duit dalam dompet cukup ke tak. Eh tak cukup! Kena pergi ATM lagi untuk cucuk duit. Dah sampai rumah nak kena kemas dapur lagi. Yela, mana ada mood nak masak kalau dapur tak setel. Nak masak kena ada mood, salah mood kang jadi terlebih masin pula lauknya.
Baru je nak goreng, bunyi anak menangis pula. Kena pujuk anak tidur dulu. Eh, dah habis pujuk sorang, yang lain pula meragam. Otak dah macam pecah empat belas sebab ada empat belas benda nak kena fokus pada satu satu masa!
Dah setel semua, baru lah ikan ni selamat masuk di kuali. Eh dah selamat ke? Tak lagi, sepanjang goreng ikan tu ada berbelas belas kejadian lagi yang berlaku tapi saya taknak tulis.
Kenapa?
Saya nak korang tanya sendiri mak dan isteri korang selama ni. Serius, bagi kita orang laki ni nampak 2 ekor ikan je tapi bagi yang alami dan buat semua ni, ni bukan cuma 2 ekor ikan!
Dalam gambar ni ada air mata, kepenatan, kesakitan, gembira, tawa, duka, cinta, setia dan pengorbanan yang tak dapat dilihat oleh mata saya selama ni.
Sungguh, korang rasa lah sendiri buat semua kerja rumah. Seminggu pun jadi lah. Masa tu la korang takkan nampak dah gambar ni cuma gambar 2 ekor ikan je. Korang akan nampak benda lain. Serius tak tipu.
Taufiq Razif
Bukan suami terbaik dunia tapi suami yang nak jadi yang terbaik buat anak dan isterinya
p/s : Tu lah kenapa saya tak komen sangat masakan orang. Kita tak tahu berapa titis air mata, keringat dan pengorbanan fizikal dan jiwa yang ditempuh untuk menghasilkan masakan tu.
Kredit: Taufiq Raziq
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Awal-awal dah nampak resepi soto sedap ni, aduhhh..menggoda betul tekak ni kan. Nah, cuba buat sendiri resepi soto mudah ni.
Sebenarnya tak susah pun nak sediakan Soto ni. Tip mudah untuk Ibu-ibu, yang penting adalah rasa kuahnya itu. Kalau kuahnya sedap maka soto anda sememangnya akan sedap. Tak caya jom cuba sendiri ikut resipi yng dikongsikan oleh puan Fara Lome menerusi pageMasak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Kepada yang nak resipi ni ya resipi nya. Sama ja kot dengan resipi2 soto yg lain. Hehe.. maaf xrespon resipi di komen, takut xde yg perasan. Ni baru sempat nak mengarang.🤣
lengkuas 1 inci •halia 1 inci •bawang merah besar 4 biji (mmg Klau byk lg sdp) •bawang putih 1 ulas •buah keras 1 biji *blend semua bahan di atas
Ayam potong besar sebab nak carik kan nnti •serai 2 batang (ketuk) •minyak utk menumis •Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh) •Serbuk kurma adabi (guna separuh juga) •kiub ayam 1 •akar daun sup (potong n cuci bersih) •air 2 liter/ sejug *atau kalau xnk guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kdg guna rempah soto je boleh dpt kan jenama apa saja. Bahan lain jgn ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jgn bergantung dgn rempah semata2.
Cara masak: •tumis bahan blend, serai n akar daun sup sehingga naik bau/betul2 masak/sedikit garing. Supaya bawang smua tu x rasa mentah di kuah nnti. Bila masak elok kuah akn jd wangi. •masukkan serbuk sup n kurma / rempah soto. •masukkan ayam. Agak2 air ayam da hampir kering baru masukkan air. •masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nnti) •Siap!
Resipi Begedil kentang •ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil. Rebus. •lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat2 kan then leperkan sedikit. •Telur 1 biji •lada sulah •garam secukup rasa *pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nnti jadi mcm bersarang.
*cara goreng begedil supaya x hancur, panaskan minyak agak2 tenggelam separuh begedil je. Jgn penuh k. Panas kan dgn api yg kecil sehingga betul2 panas. Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balik2kan selagi yg sebelah kena minyak tu x garing/kekuningan. Da garing bru balikkan ye. Klau balikkan awl2 mmg pecah ler.
Resipi Sambal Kicap (boleh tengok post sy sebelum ni, klik link bawah k)
Menikmati hidangan kuih tradisi seperti bingka pandan, bingka labu atau pun bingka durian ini memang diakui begitu menyelerakan. Aroma dan rasanya cukup istimewa dan bila dibeli terasa tidak puas untuk dimakan.
Jadi ada baiknya anda buat sendiri, sekali bancuhan boleh dapat kuantiti yang banyak. Puas anak beranak makan.
Buat yang ingin mencuba, bolehlah jadikan resipi yang dikongsikan oleh Mamamemey Airish yang juga merupakan peniaga kuih ini sebagai panduan.
Ini perkongsiannya.
Assalamualaikum…
Semoga post ini dapat menjawab semua pertanyaan kesayangan di sini ya. Ini size acuan yang mak gunakan.
Jujurnya mak dah penat nak meniaga lagi…bkn sbb dah kaya tp anak² tak membenar kan…sesekali mak amik la jgk order sbb dah biasa banting tulang sejak muda kan, bila duduk sesaja bukan makin sihat pun…makin sakit-sakit badan lagi ada la…
Yg ni mak bg resepi bingka pandan, durian dan labu ye. You all buat la sendiri, lagi puas makan…kalau dah expert boleh amik order…mak halalkn resepi ni dunia akhirat, takyah nak mintak izin-izin lagi…kalu tak izin takder la nk post kat sini…baik simpan bawah ketiak jer.
Satu yang mak nak ingatkn , bingka resepi mak ni dia garing bahagian keliling dan atas jer tau…yang bahagian bawah tak garing sangat, tak tahu kenapa..tapi tetap sedap…(bagi mak laa)…so kalau sesiapa yang ada petua cara nak garingkan keseluruhan bingka ni, mohon la sudi berkongsi dengan kita semua kannn…mak selalu guna api bawah pulak untuk garingkan bahagian bawah tu, tu pun tak boleh garing sepenuhnya jugak. Mungkin time bakar tu bingka tu melentik ke atas thus bahagian bawahnya tak jejak ke bumi.
Lagi satu peringatan supaya takder yang kecewa dan hampa, bingka ni akan ada lompong atau ruang antara kerak atas dengan isi bingka tu sendiri… Boleh tengok gambar ya…
Ok mak jual ni sebijik 90sen. Satu peket 5 ketui rm4.50.
Mahalnye….!!! Nak cepat kaya la tuuu…nak pi haji balik hari la tuuu…
Biar mak jelaskan kat sini, adunan untuk 5 ketul tu menyamai dengan sebuku bingka kemboja yang sebiji berharga rm6.50 tu ok. Kalau bulan Ramadhan mencecah rm7 kat sesetengah tempat di KL ni walau pun yang sudah dipanaskan beberapa kali. So murah ker mahal sebiji 90 sen tu, dengan casing dia lagi…semua nya berbayar ye, bukan kita boleh main jolok-jolok atau petik-petik atas pokok. Ook maaf, mungkin kasar bahasa mak ni tapi itu kenyataan yg mesti dijelaskan.
Bagi mereka yang sentiasa rajin bersedekah dalam berjualan, itu cerita lain. Bila kita letak harga sebenar, tak semestinya kita hati kering…kita hanya berkira tentang modal yang dikeluarkan untuk dinilai. Modal bukan sekadar bahan mentah saja tapi merangkumi eletrik, air, tenaga, masa untuk menyiapkan itu semua… Harap maklum.
Sifir Tentukan Harga
Ingat ya, sifir harga jualan ialah modal di darab dengan 3. Baru boleh rasa hasil titik peluh yang mengalir. Tapi itu untuk usahawan kecil macam mak ni. Kalu dah ada jenama tersohor dah tak darab 3 lagi dah…tapi org tak pernah bersungut untuk membayar kann…bangga lagi ada padahal dia terpaksa tolong bayar sekali sewa kedai dan segala perbelanjaan tauke besar tu dengan harga seketul ayam, sekeping daging, sebungkus nasi atau semangkok mi yang dia beli. Apa pun mak caya setiap dari kita masih tetap ada tolak ansurnya… bunyi jer mcm tegas dan garang tetap kita tak sekejam itu, betul tak…
Ok benti bebel. Nah resepi yg ditanya² tu…(ingat, ni bkn resepi terbaik ye. Banyak lagi yang boleh dibuat rujukan di luar sana).
BINGKA PANDAN
1 cawan air pandan – kisar 4-5 helai daun pandan ngan secawan air – tapis – ketepikan.
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah (molasses). Kalau suka manis boleh tambah gula pasir – ikut suka.
3 biji telur – mak guna grade A
2 cawan santan (1 cwn santan pekat + 1 cwn air paip)
1/2 cawan susu cair
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak sapi – mak guna QBB – boleh tukar marjerin/butter atau minyak masak jer tapi nanti jangan cakap banyak kalau aroma berbeza…
Minyak sapi/mentega/marjerin untuk sapu acuan
Bijan secukupnya
Cara :
Masukkan semua bahan diatas kecuali bijan ke dlm blender dan kisar sampai puashati – gula elok larut – nak tapis boleh tak tapis pun tak berdosa…kacau kejap batter atas api sampai naik wap, jangan pekat sangat kang jadi puding pulak.
Panaskan oven 170’C…sapu marjerin kat acuan, panaskan sebentar dalam oven. Pastu tuang bancuhan tadi penuh-penuh…tabur bijan dan bakar sampai keemasan macam dalam gambar tu.
Terpulang nak tahap garing mcm mana ya…bagi mak, 10 min terakhir tu mak tinggikan suhu ke 190′ untuk garingkn kerak tu…sebab itu yang jadi rebutan.
BINGKA DURIAN/LABU.
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah (molasses) – nak gula putih pun boleh.
1 cawan santan pekat.
1 cawan padat isi durian/labu lecek (rebus/kukus dulu)
2 1/2 cawan air
3 telur – mak guna A. B pun boleh.
2 sudu makan butter cair
1 sudu teh garam halus
Bijan – optional.
Cara Buat :
Gaul dan kisar semua bahan diatas daalm blender. Kacau atas api sampai naik wap.
Sama macam method buat bingka pandan diatas ye.
Cara bakar pun sama. Bijan tu ikut suka ler nak letak ker tak..kalu letak lagi cun. Biasanya bingka ini masak dalam 20 minit tapi 10 minit terakhir mak tinggikan suhu ke 190C sikit untuk tebalkankerak dia. Apa punbergnatung pada oven masing-masing.
Tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan ye.