Siapa sangka rupanya serbuk kopi yang biasa kita gunakan untuk menikmati air yang digemari ramai ini, sebenarnya boleh digunakan kembali menjadi baja apabila dicampurkan bersama kulit telur.
Bahkan ia juga berperanan sebagai mengawal tumbuh-tumbuhan daripada serangan serangga perosak dan apa yang lebih menarik sangat mudah disediakan dan menjimatkan.
Cara bagaimana membuat baja daripada serbuk kopi dan kulit telur ini telah dikongsikan di akaun facebook Emi Zurayni Lot.
Ujarnya, “Jangan buang kulit telur kerana banyak khasiat untuk pokok kita. Saya mula mengumpul kulit telur selepas saya membaca satu artikel mengenai kulit telur digunakan sebagai baja tumbuh-tumbuhan yang berkesan. Ianya boleh digunakan sebagai baja dan juga sebagai kawalan perosak organik. Saya menggunakan kulit telur dihancurkan dan dicampurkan dengan serbuk kopi terpakai.”
Bahan-bahan yang diperlukan:
Kulit telur (dijemur terlebih dahulu hingga kering)
Serbuk kopi yang telah digunakan
Bekas
Cara Membuatnya:
1. Kumpulkan dan jemur terlebih dahulu kulit telur yang ada.
2. Kemudian tumbuk halus menggunakan lesung batu.
3. Tumbuk hingga halus seperti ini.
Ads
4. Keluarkan serbuk kopi daripada uncang dan dicampurkan dengan kulit telur yang ditumbuk halus.
5. Kacau sebati.
6. Masukkan ke dalam bekas dan bolehlah ditabur pada tanaman bila ingin digunakan.
Cara penggunaan:
Taburkan sahaja pada tanaman, mudah bukan? Lebih lagi bila disimpan di dalam bekas herba ini.
Ads
Sumber : Emi Zurayni Lot
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ads
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Di dalam sesebuah perkahwinan, pasti setiap suami isteri mendambakan kehadiran si kecil dalam syurga kecil mereka. Selain sebagai penyambung zuriat, kehadiran si kecil juga menyemarakkan lagi kasih sayang dan keharmonian di dalam sesebuah perkahwinan.
Namun, bukan semua pasangan bertuah untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Ada yang ditakdirkan mendapat anak usai berkahwin. Tak kurang yang terpaksa menanti dan terus menanti sambil berdoa semoga dikurniakan seorang cahaya mata.
Walaupun berat untuk menerima ketentuan ini, setiap yang berlaku sudah ditetapkan Allah SWT. Sebagai manusia kita perlulah berusaha dan sentiasa bersangka baik denganNya.
Satu perkongsian di muat naik oleh drzubaidi berkenaan isu ini di laman instagramnya.
Anak itu rezeki. Dalam rezeki yang Allah berikan ini, kita juga diberikan ujian sebagai pemegang amanah. Jadi mereka yang dapat rezeki anak juga perlu bersedia dengan ujianNya.
Untuk kita yang belum ada anak mungkin itu yang terbaik untuk kita pada masa ini. Mungkin kita belum mampu diuji dengan cabaran ada anak ini.
Setiap orang lain ujiannya. Masing-masing diuji berdasarkan tahap iman dan amalnya. Allah tahu sejauh mana hati kita dapat menahan sabar dan tabahnya kita menghadap sesuatu ujian.
Ramai yang tidak menyedari membesarkan anak lebih banyak ujiannya. Teruskan positif, hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah : 216
Tenangkan hati. Fikir secara positif. Ingat nilai akhirat lebih dari nilai dunia. Akhir sekali, ada anak dan tiada anak adalah ketentuan Allah. Mengapa kita mahu mempertikaikan ketentuan jika kita beriman pada Qada dan Qadar.
Apabila sebut mengenai emas, ramai yang teruja ingin membelinya sebagai aset untuk jangka masa panjang.
Lazimnya barang kemas dibeli di kedai emas yang mempunyai banyak pilihan dan jual beli lebih dipercayai.
Namun kini, pembelian emas secara online semakin rancak dilakukan dimedia sosial. Biarpun ada yang memuji cara ini mudah, namun ada juga yang sudah ‘terkena’ setelah barang yang ditempah tidak sampai.
Begitulah nasib yang dialami oleh seorang wanita yang merupakan suri rumah apabila hasrat melaram dengan memakai rantai tangan lipan kait dan gelang emas fesyen setelah didakwa ditipu oleh ‘penjual emas’ .
Belian di media sosial
Memetik laporan Sinar Harian, mangsa yang berusia 42 tahun dari Kota Sri Ahmad Shah di sini kerugian sebanyak RM2,499. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa dikatakan berminat untuk membeli barangan kemas itu (gambar di atas sekadar hiasan) selepas melihat satu iklan penjualan emas lelong yang diiklankan di laman sosial Instagram dengan nama kedai_emas.lelong916official.
“Mangsa kemudian telah menghubungi nombor telefon yang tertera di media sosial berkenaan dan mahu membeli rantai tangan lipan kait seberat 64.88 gram dan gelang emas fesyen seberat 17.48 gram dengan harga berjumlah RM2,499.
“Selepas mengadakan perbincangan, mangsa bersetuju untuk membeli dan telah membuat tiga transaksi bayaran ke dua akaun diberikan suspek.”
Oleh kerana masih tidak menerima barang kemas yang dibeli walaupun telah membuat pembayaran, mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
Keluarga: Hati-hati semua ketika membuat pembelian barang kemas secara online.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Perkahwinan yang bahagia sememangnya menjadi impian setiap wanita, dengan harapan agar mahligai yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Namun begitu, tidak semua memberikan kebahagiaan. Sebaliknya ia bagaikan sebuah perkahwinan toksik!
Ada segelintir isteri dianiaya suami dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga begitu menyentuh dan merobek hati masyarakat. Lebih-lebih lagi apabila terlihat kesan kecederaan, tekanan dan trauma pada wajah si isteri.
Tidak terbayang penderitaan yang terpaksa dilalui wanita dalam perkahwinan toksiknya sehinggakan ada yang terperangkap dan bertahan hingga puluhan tahun lamanya.
Tiada wanita yang mahu diuji dengan dugaan itu tetapi takdir hidupnya menyebabkan perjalanan rumah tangganya penuh liku dan berbeza berbanding orang lain.
Pakar Motivasi dan Kekeluargaan, Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad berkata ramai isteri yang menjadi mangsa dera memilih untuk berdiam demi anak dan mengelak tohmahan keluarga dan masyarakat.
“Isteri mendiamkan diri lantaran bimbang nasib anak-anak, pandangan masyarakat, ibu mentua dan adik beradik.”
Katanya lagi, situasi ini sangat bahaya kerana tekanan emosi yang tidak diurus boleh mendorong kepada tindakan luar jangka termasuk mendera anak kerana tidak tahu cara lain untuk meluahkan tekanan terhadap suami.
“Ada juga yang terus memilih bertahan kerana masih ada sisa cinta dan harapan. Apabila suami mula memujuk, isteri yang pada awalnya mahu mengadu atau melawan, akhirnya terdiam kembali.
“Kebergantungan kewangan dan ketakutan hilang hak penjagaan anak juga menjadi faktor utama mereka kekal dalam hubungan toksik,”ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Dr. Hj. Tengku Asmadi meluahkan rasa bimbang dengan kesan jangka panjang yang mengakibatkan isteri mula merasakan dirinya tidak berguna, hilang keyakinan, rendah diri.
Katanya lagi, isteri yang trauma boleh kembali pulih dengan menjalani terapi jangka panjang.
Dr. Hj. Tengku Asmadi menjelaskan bahawa tanda-tanda awal seorang isteri menjadi mangsa dera boleh dikenalpasti melalui perubahan karakter daripada seorang yang dahulu ceria, kini menjadi murung, hidup tidak terurus, prestasi kerja merosot dan semakin hilang produktiviti.
Ditanya apakah tindakan yang isteri perlu lakukan apabila terperangkap dalam perkahwinan toksik, Dr. Hj. Tengku Asmadi berkata, sekiranya tidak mahu terus menjadi mangsa, isteri itu perlu berani untuk mendedahkan kepada saluran yang betul.
“Langkah awal adalah berani untuk mula bercerita. Luahan beban emosi kepada rakan yang dipercayai atau menyertai kumpulan sokongan (support group) mampu memberi kelegaan.
“Perlu diingat, kita bukan keseorangan. Ada isteri yang nekad untuk berubah dan keluar daripada penderaan bila melihat kesan buruk terhadap anak-anak, atau selepas mendengar kisah orang lain yang telah temui kebahagiaan.”
Dalam pada itu, Dr. Hj. Tengku Asmadi tidak menafikan peranan keluarga dan masyarakat sangat penting untuk keluar dari perkahwinan toksik ini.
“Bila mendengar kisah penderaan, jangan terus menghukum. Dengar bukan menghakimi. Bantu mereka temui kaunselor atau orang yang pernah lalui pengalaman sama.
“Bentuk sokongan emosi yang sebenar adalah kehadiran dengan keikhlasan, simpan rahsia, dan berikan kata-kata semangat seperti “Allah uji kerana Dia tahu kamu kuat.”.
“Harapan itu masih ada. Ramai yang bertahan 10 hingga 23 tahun dalam penderaan, akhirnya temui jalan keluar dan kebahagiaan. Jika perpisahan itu lebih baik, ia bukan tanda kalah. Ia adalah usaha menyelamatkan diri dan anak-anak. Kita perlu percaya setiap usaha untuk keluar dari derita ada ganjarannya,” ujarnya lagi
Fenomena drama Dia Bukan Syurga (DBS) memberi gambaran jelas tentang penderaan emosi dan fizikal dalam rumah tangga, dan bagaimana trauma membentuk peribadi diri.
Hakikatnya retorik kisah ini memaparkan watak Tajul, suami yang panas baran dan mengongkong Nuha, bukan hanya seorang pelaku. Dia adalah hasil daripada persekitaran keluarga yang gagal ayahnya juga seorang pemarah dan kaki pukul. Inilah maksud sebenar trauma generasi anak mewarisi luka dan gangguan mental daripada ibu bapanya.
Persoalannya, apakah fungsi keluarga dalam membentuk seseorang untuk menjadi waras dalam hubungan? Dalam DBS, walaupun keluarga tahu Tajul bermasalah, mereka tetap membiarkan dia meneruskan tindakan ganasnya. Ini realiti yang berlaku ramai keluarga memilih untuk diam, “tak mahu masuk campur” atau lebih takut pada aib keluarga berbanding keselamatan anak.
Dari sudut pakar, apabila ahli keluarga didiagnosis dengan gangguan seperti Borderline Personality Disorder (BPD), pendekatan yang betul sangat penting. BPD bukan sekadar ‘moody’ atau ‘emosi tak stabil’, tapi gangguan mental yang boleh membawa kepada kelakuan melampau termasuk bunuh diri. Dalam banyak kes luar negara, penghidap BPD tidak dapat mengawal perasaan dan tindakan mereka.
Dalam hal ini, ahli keluarga perlu membantu penghidap mendapatkan rawatan dan diagnosis profesional. Jangan hanya sekadar nasihat agama atau suruh “sabar”. Perlukan terapi secara konsisten dan mungkin rawatan perubatan.
Menurut pakar, red flags atau tanda bahaya dalam hubungan tidak boleh diabaikan. Sikap mengawal, cemburu melampau, memaki hamun, atau pukul dinding adalah tanda-tanda awal yang tidak boleh dianggap “biasa”. Ramai wanita terjebak kerana berfikir “dia akan berubah”, tapi perubahan hanya berlaku jika ada kesedaran dan usaha bukan dengan harapan kosong.
Di Malaysia, kes seperti Tajul dan Nuha bukanlah rekaan semata-mata. Banyak laporan kes penderaan rumah tangga melibatkan pasangan muda yang bermula dengan cinta yang sangat indah. Tapi realitinya, cinta tidak cukup untuk menyelamatkan sebuah perkahwinan yang rosak.
Oleh itu, sebuah perkahiwinan bukan sekadar cinta sahaja tetapi perlu seiring dengan perasaan hormat dan tanggungjawab. Serta yang paling penting setiap wanita berhak untuk hidup bahagia dan bebas daripada penderaan. Jangan tunggu 10 tahun lagi untuk mencari cahaya. Mulakan hari ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.