Berbudi kepada tanah banyak manfaatnya, dapat juga menjimatkan perbelanjaan membeli keperluan dapur. Yang baru nak mencuba tanam cili sendiri jom adamin kongsikan kaedah yang mudah tapi hasilnya sangat memuaskan.
Inilah yang dikongsikan oleh MieAtul Aniyah bagaimana untuk memastikan merimbun dan berbuah banyak.
Sedikit tip utk penanam pokok cili untuk bagi hasil yg maksimum. Teknik potong pucuk sewaktu pokok tinggi sejengkal,daun dlm 7-8 helai.
Setiap cabang yg tumbuh akan menghasilkan cabang Y sendiri utk membiak dan merimbun.
Namanya mula meniti dibibir peminat usai lakonannya dalam drama adaptasi Titian Cinta bersama aktor kacak, Zul Ariffin. Populariti mendadak itu membuatkan dia cuba untuk seimbangkan antara kerjaya, keluarga dan juga rakan-rakan.
Jujur mengakui ‘perhatian’ yang diperoleh itu sedikit sebanyak membuatkan kehidupannya sedikit ‘berubah rentak’. Namun pemilik nama Farah Nabilah, 26 menerima rezeki dengan penuh kesyukuran.
“Saya anak sulung dari enam beradik. Sejak dahulu ke mana sahaja famili pergi, pasti saya ketinggalan untuk turut serta. Kami selalu bersama baik bercuti atau keluar jalan-jalan. Namun, apabila saya terbabit dalam bidang ini, kehidupan keluarga yang sebelum ini ‘low profil’ turut menerima tempias.
“Tetapi saya selalu cakap itu adalah asam garam yang perlu kami lalui memandangkan saya sudah berada dalam bidang ini. Famili memahami dan tidak mempunyai sebarang bantahan. Sebaliknya mereka memberi sokongan sepenuhnya. Setakat ini, saya masih boleh handle situasi dan selalu cakap pada famili hati-hati dalam apa jua yang kami lakukan pasti ada mata yang memandang.
“Kalau diikutkan minat saya bukanlah dalam bidang lakonan kerana saya lihat sendiri betapa susahnya pelakon terpaksa berjaga shooting habis lewat pagi. Rumah saya pernah dijadikan lokasi shooting jadi daripada situ saya tahu betapa susahnya nak jadi pelakon. Saya lebih suka buat commercial, namun krew waktu itu selalu juga offer, dan saya pun cubalah watak sampingan untuk drama di bawah arahan Rashid Sibir iaitu tanah kubur.
“Namun, saya kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti dan fokus pada pengajian Ijazah dalam bidang Psikologi. Selepas tamat pengajian, saya mendapat tawaran berlakon dan membawa watak utama tetapi tidak mendapat tempat di hati peminat. Sehinggalah drama Titian Cinta mengubah segalanya. Selepas itu, alhamdulillah tawaran tidak putus-putus,” Ujar Farah yang memulakan langkah dalam bidang pengiklanan sejak berumur 16 tahun lagi dan antara iklan yang dilakukannya termasuklah Safi, Proton, Pizza Hut dan banyak lagi.
Kursus jangka pendek
Demi memastikan lakonannya mendapat tempat dihati peminat, Farah sanggup mengambil kursus jangka pendek. Sementelah dia pernah ‘direject’ dengan alasan perlu lebih banyak belajar lagi dalam bidang tersebut.
“Waktu itu, saya hanya membawa watak sampingan namun tidak berputus asa jauh sekali terasa dengan kritikan tersebut. sebaliknya, setiap kritikan buat saya bertambah semangat untuk perbaiki segala kekurangan. Kerana itu, saya mengambil keputusan untuk mengambil kursus singkat selama tiga hari di bawah selian Fauziah Nawi demi Titian Cinta. Waktu itu saya mahu siapkan diri memandangkan cerita ini ‘heavy’ ditambah pula berlakon dengan pelakon terkenal Zul Ariffin dan pelakon lain.
“Selain aktif dalam bidang seni, saya juga ingin membuka bisnes sendiri dalam bidang skincare. Walaupun saya tahu persaingan sengit, namun saya tahu semuanya bergantung pada rezeki seseorang. Sejak dahulu lagi sudah terdedah pada bisnes memandangkan keluarga saya berada dalam bidang yang sama. jadi, daripada situ timbul idea untuk buat bisnes bersama,”ujar Farah yang menolak anggapan kononnya dia memilih membuka bisnes semata-mata kerana populariti dan kesempatan ketika nama di atas.
Suka memasak
Status anak sulung yang disandang membuatkan dia selalu ‘dipaksa’ ibunya untuk masuk dapur. Daripada situlah timbul hobi memasak. Farah selalu mencuba resipi baru dan keluarga dan rakan-rakan menjadi ‘mangsa’ untuk merasa.
“Saya suka memasak dan kalau boleh mahu ada program sendiri dalam bidang ini. Tetapi setakat ini hanya masih dalam angan-angan belum tahu bila akan direalisasikan. Sebelum berlakon, saya bercita-cita menjadi psikitris. Kerana itu saya memilih bidang Psikologi berkenaan ketika di universiti. Bahkan, bidang ini banyak bantu saya dalam lakonan.
“Bidang ini seronok sebenarnya dan saya mahu didik orang tentang klinikal psikologi ini. Kalau di luar negara, kerjaya dalam bidang ini dibayar gaji lumayan tetapi di negara kita benda ini masih baru dan tidak ramai yang mahu terbabit dalam bidang ini,”jelas Farah yang tidak menolak andai suatu hari nanti bidang Psikologi menjadi pilihan kerjayanya.
Sumber: majalah Keluarga Jan-Mac 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sepanjang tempoh moratorium ini berlangsung.
Kementerian Kewangan (MOF) hari ini (6 Mei) mengumumkan tiada sebarang caj tambahan bagi bayaran ansuran perjanjian sewa beli (konvensional dan shariah) akan dikenakan.
Kenyataan ini telah mendapat persetujuan bersama oleh MOF dan pihak industri perbankan.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi laman facebooknya.
TIADA CAJ TAMBAHAN ATAS BAYARAN ANSURAN PERJANJIAN SEWA BELI (KONVENSIONAL DAN SHARIAH)
Merujuk kepada saranan Kerajaan kepada industri perbankan mengenai pelupusan caj tambahan ke atas ansuran bagi pinjaman sewa beli (konvensional dan Shariah), sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan berhubung perkara ini.
Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Shariah) sepanjang tempoh pembiayaan tersebut.
Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan).
Sehubungan itu, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing, termasuk tambahan 6 bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut. Maklumat lanjut boleh didapati daripada bank masing-masing.
Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini.
YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan Kementerian Kewangan Malaysia Putrajaya 6 Mei 2020
Oleh itu, para peminjam tidak perlu khuatir, sesi pembayaran ansuran akan dilaksanakan seperti sebelum ini dengan berdasarkan terma-terma perjanjian bank masing-masing.
Menerusi keputusan ini, Kerajaan berharap ia dapat membantu meringankan bebanan rakyat dalam menghadapi krisis COVID-19 ketika ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita selalu mendengar ungkapan ‘usaha tangga kejayaan’ sejak di bangku sekolah sebagai kata-kata semangat dan motivasi diri untuk terus berusaha hingga berjaya.
Bercerita tentang mencipta kejayaan hidup ini, kisah Ritesh Agrawal yang dilahirkan di Rayagada terletak di Selatan Odisha, India bolehlah dijadikan sebagai salah satu kisah inspirasi buat kita semua.
Berkat usaha kerasnya, Ritesh akhirnya berhasil menjadi pengusaha hotel yang berjaya. Mungkin ada yang tidak mengenali siapakah lelaki ini. Namun tahukah anda, Ritesh Agarwal adalah seorang usahawan India, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OYO Rooms, dilahirkan pada 16 November 1993.
Kehidupan Awal Pemilik AYO
Ritesh Agarwal dibesarkan di Titilagarh, India dan pada usianya 13 tahun dia sudah mula mencari wang sendiri dengan menjual kad sim.
Dikatakan Ritesh bersekolah hanya di peringkat menengah iaitu di sekolah Senior St. Johns. Dengan keadaan hidup yang begitu mendesak, Ritesh pernah diusir daripada bilik sewaannya kerana tidak mempu membayar bahkan duit di dalam akuan pernah hanya tinggal $0.50 sahaja untuk meneruskan kehidupan.
Pun begitu, hidup perlu diteruskan dan dia tidak pernah putus asa.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
Mengimbas kembali detik awal menceburi bidang perniagaan perhotelan, ada kisahnya yang tersendiri.
Dikatakan pada suatu hari dia ternampak hotel yang banyak bilik kosong (tidak laku). Pemilik hotel bercerita padanya meskipun pelbagai usaha dilakukan namun hotel tersebut tidak memberi keuntungan.
Ekoran daripada itu, Ritesh mengambil keputusan berani dan berisiko dengan berjanji kepada pemilik hotel tersebut untuk mencari jalan dan berusaha memberi keuntungan yang lebih baik.
Setelah mengadakan rundingan, Ritesh menggunakan duit yang diberikan oleh pemilik hotel tersebut dengan menggantikan lampu, menukar cadar dan menghias bilik kemudian berkongsi foto di internet dengan nama OYO hotel.
Siapa sangka dalam beberapa hari, OYO Hotel sudah mula menerima banyak tempahan daripada orang ramai dek kerana hotel yang ditawarkan bukan sahaja murah malah bersih dan cantik.
“Bila saya sudah berjaya merubah sebuah hotel, saya yakin saya boleh ubah ratusan hotel yang lain”.
Berbekalkan kata-kata semangat tersebut, Ritesh mula membuka langkah dengan mendapatkan dana daripada pelabur-pelabur besar, meskipun ketika itu umurnya baru di awal 20an.
Keberanian yang keyakinannya terus menjadikan OYO mara kehadapan dengan memasuki pasaran China yang mempunyai peluang dua kali ganda lebih besar daripada pasaran di India. Dikatakan selepas sepuluh bulan, OYO Hotel telah menapak lebih 171 buah bandar dengan 87,000 bilik.
Seterusnya, OYO Hotel turut melebarkan sayapnya hingga ke serata dunia termasuklah di Malaysia dan hingga pernah mengumumkan bahawa OYO Hotel berjaya meraih dana sebanyak $1 bilion pada beberapa tahun yang lalu.
Tiada siapa menyangka seorang yang dilahirkan dalam keluarga kelas pertengahan di sebuah pekan kecil mampu mencipta kejayaan luar biasa seperti ini.
Jus tembikai tanpa air tular selepas konsep 100% isi buah segar diperkenalkan. Peniaga asal berlapang dada apabila idea ditiru dan anggap ia soal rezeki.