Lebih 200 orang kanak-kanak daripada kelab seni pertahanan diri dan sekolah telah memeriahkan program Canteen Day Bintang Kecil 2024 yang diadakan di GM Klang baru-baru ini.

Program ini yang dianjurkan oleh Bintang Kecil disokong oleh Pa&Ma dan Keluarga serta  mendapat kerjasama daripada GM Klang, CSR, Bzu Bzu, Taco Bell, Pantai Hospital Klang, Marry Brown dan  Baki Zainal Entertainment menarik tumpuan ramai pengunjung di sekitar Klang, Selangor.

Mana tidaknya dengan kepelbagaian aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang telah membawa kegembiraan buat seisi keluarga. Program yang diadakan pada hujung minggu, membuatkan rata-rata ibu bapa membawa anak untuk menyertai program yang disediakan.

Bahkan ada ada juga yang hadir memberikan sokongan moral kepada anak yang terlibat dalam acara yang disediakan oleh penganjur seperti acara mewarna, perhimpunan seni mempertahankan diri (Martial Art), bakat cilik dan usahawan cilik.

BOOM! MEWARNA

Acara sesi pagi bermula meriah dengan Pound It Out! Rockout Workout, aktiviti riadah yang digemari ramai terutamanya para ibu-ibu. Acara diteruskan untuk anak-anak menunjukkan bakat mewarna bagi pertandingan Boom! Mewarna yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu 6-8 tahun & 9-12 tahun  bertemakan superhero. Di samping itu, enam kanak-kanak bertuah dipilih untuk ‘catwalk’ dengan baju superhero masing-masing. Comel!

Canteen Day Bintang Kecil 2024 Di GM Klang, Bawa Kegembiraan Seisi Keluarga Canteen Day Bintang Kecil 2024 Di GM Klang, Bawa Kegembiraan Seisi Keluarga

Canteen Day Bintang Kecil 2024 Di GM Klang, Bawa Kegembiraan Seisi Keluarga

FUN TALK – KESIHATAN GIGI ANAK

Bukan Sahaja untuk anak-anak, Canteen Day Bintang Kecil 2024 tidak lupa menyajikan ilmu keibu bapaan buat ibu dan ayah yang hadir. Program ‘Fun Talk’ yang disampaikan oleh   Dr. Anitawaty  dari Klinik Pergigian Anitawaty  mengenai Penjagaan Kesihatan Gigi Anak. Diharap dapat membantu ibu ayah cakna mengenai  hal ini.

Canteen Day Bintang Kecil 2024 Di GM Klang, Bawa Kegembiraan Seisi Keluarga

IKLAN

LIVE PERFORMANCES

Bagi memeriahkan lagi program turut diadakan live performances daripada bakat-bakat adik-adik cilik. Ada nyanyian yang menghiburkan, sementara yang lain menunjukkan kebolehan menari yang memukau antaranya kumpulan tarian Atma Tari Dari Sk Sungai Udang dan adik Daim Zuhair bin Amril dari SK Pulau Indah 2. Hebat, bakat yang memang patut diberi pujian!

Canteen Day Bintang Kecil 2024 Di GM Klang, Bawa Kegembiraan Seisi Keluarga Canteen Day Bintang Kecil 2024 Di GM Klang, Bawa Kegembiraan Seisi Keluarga Canteen Day Bintang Kecil 2024 Di GM Klang, Bawa Kegembiraan Seisi Keluarga

MARTIAL ART

Canteen Day Bintang Kecil 2024 Di GM Klang, Bawa Kegembiraan Seisi Keluarga

Acara kemuncak program ini adalah persembahan seni pertahanan diri dari empat buah persatuan. Masing-masing menunjukkan kehebatan dan ketangkasan. Kagum melihat langkah, ‘pergerakan  untuk menangkis atau menyerang serangan, Penuh yakin, semangat dan displin diri yang tinggi. Hebat-hebat semua adik-adik ini.

IKLAN

Program ini telah berjaya menghimpunkan kanak-kanak dari empat kelab seni mempertahanan diri iaitu Pertubuhan Seni Silat Pencak Gayong Kifalah, ⁠Kelab Taekwondo Generasi, ⁠Elitez Mixed Martial Art dan ⁠Persatuan Silambam Negeri Selangor.

Lebih manis lagi, penampilan Istimewa atlet taekwondo negara, Muhammad Syafiq Zuber yang merupakana pemenang pingat emas Sukan SEA 2023. Dalam sharing ringkasnya Syafiq Zuber memberikan kata-kata semangat untuk terus komited dalam dunia seni mempertahankan diri.

USAHAWAN CILIK CANTEEN DAY 

Namun, kegemilangan Hari Canteen Day tidak hanya terhenti di situ. kelihatan 6 ‘gerai’ diatur dengan kemas dengan menawarkan pelbagai jenis barang jualan.

Murid-murid serta guru-guru dari tiga buah sekolah iaitu tiga buah sekolah adalah SK Pulau Indah 2, SK Sg Udang dan SK Bukit Kemuning 2 terlibat dalam program usahawan cilik ini.

Canteen Day Bintang Kecil 2024 Di GM Klang, Bawa Kegembiraan Seisi Keluarga

IKLAN

Mereka sepanjang hari tetap komited dan bekerjasama untuk menarik pengunjung bagi membeli pelbagai barang jualan yang disediakan.

Lebih teruja, setiap gerai,dipertandingkan bagi kategori Gerai Terlajak Laris, ⁠Gerai Happening, Gerai ⁠Paling kreatif, Gerai Bonding, Gerai Stylo dan ⁠Gerai Komited. Pastinya masing-masing mempunya strategi untuk menang kategori berkenaan!

Canteen Day Bintang Kecil 2024 Di GM Klang, Bawa Kegembiraan Seisi Keluarga Canteen Day Bintang Kecil 2024 Di GM Klang, Bawa Kegembiraan Seisi Keluarga

Nyata, dengan aktiviti menarik dan kemeriahan Hari Canteen Day Bintang Kecil di GM Klang pastinya meninggalkan kenangan manis. Ia bukan sekadar satu perhimpunan kanak-kanak tetapi kekeluargaan dan kegembiraan seisi keluarga. Tidak hairanlah program ini dijangka untuk terus menjadi tarikan ramai setiap tahun. Jumpa lagi  ‘next’  Canteen Day Bintang Kecil!

Canteen Day Bintang Kecil 2024 Di GM Klang, Bawa Kegembiraan Seisi Keluarga Canteen Day Bintang Kecil 2024 Di GM Klang, Bawa Kegembiraan Seisi Keluarga Canteen Day Bintang Kecil 2024 Di GM Klang, Bawa Kegembiraan Seisi Keluarga

Canteen Day Bintang Kecil 2024 Di GM Klang, Bawa Kegembiraan Seisi Keluarga

Canteen Day Bintang Kecil 2024 Di GM Klang, Bawa Kegembiraan Seisi Keluarga

TERIMA KASIH KEPADA RAKAN STRATEGIK 

Canteen Day Bintang Kecil 2024 Di GM Klang, Bawa Kegembiraan Seisi Keluarga

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI