Tampil dengan penampilan baru yang lebih cantik dan smakin ramping, balu kepada pelawak terkenal Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali menjadi perhatian pengikutnya.
Kekal dengan imej sopan, tidak menghalang untuk Hidayah mengubah penampilannya kepada yang lebih baik dan berseri seperti yang dimuat naik di laman Instagram dan Tiktoknya.
Dalam perkongsiannya itu, bukan sahaja imej barunya menjadi tumpuan orang ramai, malah telatah anaknya juga menjadi bualan pengikutnya di ruangan komen yang mengatakan Hamzah kelakar seperti ayahnya.
Bukan itu sahaja, malah mereka juga memuji wajah anak kecil ini yang semakin besar semakin kacak dan hampir sama seperti wajah Allahyarham ayahnya.
Tidak ketinggalan, ada juga yang mendoakan yang terbaik buat mereka dan tumpang gembira melihat senyuman dan kegembiraan ibu dan anak ini.
Ads
Terdahulu, Hidayah dan Abam telah mendirikan rumahtangga pada 8 Disember 2017. Mereka dikurniakan seorang anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey. Abam meninggal dunia pada 9 Februari 2020 di kediamannya di gombak akibat demam panas.
Di antara kebiasaan yang sering dilakukan dalam masyarakat kita bila tibanya musim perayaan adalah budaya saling berkunjung antara satu sama lain.
Tujuannya satu, untuk mengeratkan lagi silaturahim. Atas sebab itu juga ada adab-adabnya yang perlu dijaga agar tidak pula menyinggung perasaan atau terasa sama ada bagi pihak tuan rumah mahu pun tetamu yang bertandang.
Contohnya sebagaimana perkongsian Ummi Zayd ini yang menyarankan untuk ibu yang ada anak kecil agar membawa plastik setiap kali bertandang ke rumah orang. Kenapa dan untuk apa ya?
Jom baca perkongsian ini untuk info bersama agar hal ini tidak terlepas pandang. Walau nampak remeh sahaja isunya namun kesannya besar.
Adab tetamu, tetamu yang tak diundang.
Ni pengalaman ummi Zayd sendiri. Masa tu umur Zayd baru 7 bulan lebih. Berkunjung ke rumah saudara yang takde anak kecik.
Ditakdirkan tengah rancak berbual dengan tuan rumah, Zayd buang air besar dan bau sangat tak best. Serius busuk sangat sampai ummi pun tak boleh tahan. ummi dah lupa zayd makan apa.
Ummi Zayd pun minta izin guna toilet dekat dapur untuk tukar pampers.
Bila dah siap tukar pampers, ummi zayd cari tong sampah. Bila nak buang pampers dalam tong sampah kat dapur, ummi jadi serba salah giler. Dalam tong yang terbuka ada sampah sisa makan dan beberapa plastik makanan.
Lama ummi termenung pandang tong sampah tu. Rasa malu dan bersalah sangat nak ‘tumpang’ tong sampah tuan rumah. Inikah adab tetamu? Nak tinggalkan ‘buah tangan’ dan bau yang tak best dekat tuan rumah yang hidang kita makanan best? Layan kita dengan sopan santun dan beradab?
Ummi tak jadi buang. ummi pun mintak plastik, bungkus pamper zayd dan buang otw balik rumah.
Lesson learnt untuk ummi, sejak dari peristiwa itu, ummi selalu bawak plastik diapers sendiri. Setiap kali tukar pampers, ummi akan bungkus siap-siap, ikat rapat-rapat untuk hilang rasa bersalah dan elakkan berbau.
Kita tak tahu, boleh jadi nampak remeh bagi kita, tapi boleh beri impak besar pada orang lain. Kita tak nak orang mengata buruk pasal kita. Ini bukan pasal betul atau salah.
Ini pasal adab dan tanggungjawab menghormati sesama saudara lain supaya kita tidak jadi tetamu yang tak diundang lagi.
Dekat Lazada pun ada jual diapers disposal plastic bag. Orang lain mungkin dah lama ada kesedaran, tapi ummi Zayd dapat kesedaran dari pengalaman. Ummi Zayd beli plastik yang murah harga tak sampai RM2. Kuantiti pun banyak dan jimat.
Semoga jadi pengajaran untuk parent lain.
Sekian, coretan ummi zayd.
Belajar dari anak pertama.
Tatkala kanak-kanak lain seusia mereka masih hanyut dibuai mimpi atau sibuk bersiap untuk ke sekolah, dua beradik ini sudah siap berpakaian lengkap uniform sekolah. Namun bukan sekolah yang menjadi destinasi utama.
Sebaliknya, mereka meredah suasana gelap menuju ke tempat buangan sampah. Tujuan mereka tidak lain dari mencari barangan kitar semula, bagi mendapatkan sedikit duit belanja persekolahan mereka.
Gambar dua beradik ini tular di media sosial semalam selepas ia dikongsikan oleh Mohd Shahrizad yang sempat mengambil gambar mereka sekitar jam 5:30 – 6:00 di Pasar Pelabuhan Klang, Selangor.
“Macam biasa, hari-hari 5:30-6:30 aku pergi pasar nak beli barang meniaga. keluar dari pasar masuk je dalam kereta aku perasan dua beradik ni pakai uniform sekolah,”
“Aku keluarkan telefon rakam budak-budak ni,” tulis Shahrizad.
“Dik, buat apa ni? Dia ingat aku nak marah dia pasal suara aku terkuat sikit.
“Cari barang nak jual bang nak buat duit belanja sekolah,” jawapan itu menimbulkan rasa sedih, lantas Shahrizad meninggalkan sedikit duit belanja kepada kedua beradik itu sebelum beredar.
Zaman sekolah dulu, aku pun pernah kutip tin dan surat khabar untuk dijual di tempat kitar semula. Tapi aku buat benda tu sebagai hobi, dan tak konsisten pun sekadar untuk tambah duit belanja.
Tapi dua beradik ini, kalau sampai sebelum ke sekolah pun sanggup selongkar tempat pembuangan sampah, mungkin kehidupan mereka begitu dhaif, sampai terpaksa buat begitu. Semoga Allah permudahkan rezeki mereka sekeluarga.
Berita tersebut tular sehingga mendapat perhatian daripada perhatian Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan sukarelawan Team Muafakat Klang. Selepas pemeriksaan dibuat, identiti dua kanak-kanak yang sering menyelongkar tempat pembuangan sampah tersebut merupakan warga Myanmar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, pihaknya bersama sukarelawan terbabit kemudiannya ke pasar berkenaan seawal pukul 4.30 pagi ini bagi menjejaki kanak-kanak berkenaan.
“Kami ke pasar berkenaan bagi mengesan dan mengenalpasti identiti kanak-kanak itu kerana tidak mendapat maklumat yang lengkap bagi menghulurkan sedikit bantuan dan sumbangan.
“Alhamdulillah, pihak kami dapat berjumpa dengan keluarga tersebut hasil maklumat yang diperolehi daripada pengunjung dan pekerja di pasar Pelabuhan Klang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, pasangan ibu bapa adik-beradik tersebut merupakan pelarian Rohingya yang mendapat perlindungan daripada United Nation (UN).
Bapa kanak-kanak terbabit dikenal sebagai Nur Islam Abdul Husson, 43, dan isterinya, Nujumah Khatu Sultan Islam, 43, tinggal di negara ini sejak 20 tahun lalu.
“Nur Islam bekerja sebagai pembantu di kedai menjual sayur-sayuran di pasar berkenaan dengan upah RM50 sehari, manakala isterinya tidak bekerja.
“Pasangan ini mempunyai enam anak berumur 14 hingga setahun dan menyewa di sebuah rumah kedai berhampiran pasar berkenaan.
“Disebabkan gaji diperoleh tidak mencukupi, mereka terpaksa mencari barang-barang lusuh untuk dijual bagi menampung kehidupan lapan beranak,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah beliau, sewa dan bayaran utiliti rumah yang mereka diami sekarang dibayar oleh majikan bapa anak-anak tersebut.
“Difahamkan, dua kanak-kanak, Mohammed Jubair, 14, dan adiknya, , Sufaidah Nur Islam, 11, bersekolah di Sekolah Wesley Methodist, salah sebuah sekolah swasta di Klang,” katanya.
Tambah Azmizam, atas dasar kemanusian pihaknya akan mencari jalan membantu keluarga tersebut bagi meringankan kos perbelanjaan persekolahan dua kanak-kanak itu meskipun adalah warga asing.
“Orang ramai yang ingin menyumbang boleh hubungi keluarga tersebut di talian 011-25481224,”ujarnya.
Sumber: Milosuam & Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia hari ini amat dicemburui apabila terlalu ramai insan dikenali mahupun tidak dikenali menitipkan doa buatnya.
Setiap orang yang beragama Islam pastinya mengimpikan untuk meninggal dunia dalam keadaan husnul khotimah.
Siapa sangka pemergiaannya juga sama pada hari yang sama dengan kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
Sebagai umat Islam tentunya kita mempunyai impian sebegitu. Tersentuh dengan coretan lelaki ini yang ‘cembur’ dengan pemergian Siti Sarah pada hari isnin.
Meninggal Dunia Hari Isnin Pagi ini tersebar berita kematian selebriti Siti Sarah Raisuddin. إنا لله وإنا إليه راجعون
Didoakan beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Terlintas satu peristiwa yang dirakamkan di dalam Sahih al-Bukhari yang diletakkan tajuk
Meninggal dunia hari Isnin
Bab Meninggal Dunia Hari Isnin. Saya ringkaskan mafhum hadis ini. Di saat Saidina Abu Bakr al-Siddiq sedang sakit tenat. Saidatina Aisyah binti Abu Bakr datang bertemu dengan ayahanda kesayangannya.
Saidina Abu Bakr bertanya, “Hari apa Rasulullah Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam wafat ya?” Aisyah menjawab, “Hari Isnin.” Beliau bertanya lagi, “Hari ini hari apa?” Aisyah menjawab, “Hari Isnin.”
Abu Bakr berkata, “Saya harap, saya dapat ‘pergi’ antara pagi dan malam ini.” Dan Saidina Abu Bakr meninggal dunia pada malam itu. – Sahih al-Bukhari
Lihat bagaimana cintanya Abu Bakr al-Siddiq terhadap Rasulullah sehingga mahu meninggal dunia pun diinginkan sama seperti hari baginda wafat iaitu hari Isnin.
Sumber: Saifuddin Yusof
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.