Memasang sebuah kabinet dapur yang cantik dan lengkap dengan segala fungsi memang didambakan oleh semua wanita terutama sekali kaum ibu.
Pun begitu bukan semua orang punya citarasa sama. Ada juga yang lebih gemar melakukan sendiri dan berkreatif demi mencari kelainan di rumah sendiri.
Ada daripada kita yang gemarkan gaya luar biasa, bersahaja mahupun cara paling simple dalam menghias rumah. Begitu juga di dapur.
Bagi anda yang lebih gemar melakukan sendiri, ada baiknya anda mencuba hasil ilham lelaki bernama Shuhaimi Zulkefli yang membina sendiri kabinet DIY nya di rumah dengan hanya menggunakan rak buku.
Cantik, kemas dan kreatif. Bukan hanya cantik dan kemas, malah ideanya ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata sangat berminat dengan hasil kerjanya.
Pemuda ini berkongsi hasil kerjanya dengan turut menyenaraikan bajet yang diperlukan. Menarik!
Ads
“Oleh sebab ramai pm cara buat kabinet pakai rak buku tu, saya bagi gambar detail di bawah sekadar berkongsi.
Saya hanya pakai :
1) Rak Buku (Tesco) – RM14.90 x 6 Biji
2) Angle Bar L Shape (Kedai D.I.Y @ hardware) – RM3.60 (12 pcs)
** Setiap rak, saya letak 2 pcs Angle Bar (atas & bawah) tepat pada tulang tengah tu. Tingkat atas tak perlu ikat, letak jer kat situ.
Ads
** Beban paling berat saya, lesung batu & botol pencuci.
Cantikkan hasilnya? Bukan hanya itu sahaja malah dia juga dengan sedang mempersiapkan beberapa projek DIY lain.
Next insya allah, sekarang saya tengah siapkan projek diy yang lain :
1) Sofa L Shape size 9 kaki untuk 12 orang duduk, dengan modal RM250 sahaja. 2) Buaian katil bayi dengan bermodal RM60. 3) Kitchen Hood – Penyedut Asap Dapur DIY kos dalam RM100
Hebat!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak kemas rumah ni kena ada pelbagai kelengkapan bagi memudahkan urusan membersih rumah.
Salah satu, cara yang mudah nak bersihkan rumah dengan guna hanya cuka sahaja.
Cuka biasanya digunakan sebagai bahan masakan yang wajib ada di rak dapur.
Jadi dengan petua ini, anda akan tahu 25 petua mengemas rumah hany menggunakan cuka!
Nak tahu cara penggunaannya, ikuti panduan ini.
25 PETUA CUKA
1. Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur.
-Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.
2. Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula.
-Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
3. Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai.
-Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.
4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah
-Tuangkan sehingga rata ½ cawan Serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.
5. Cuci Microwave oven.
-Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.
6. Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais
-Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.
7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais.
-Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.
8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak.
-Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.
9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar.
-Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.
10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan.
-Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.
11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik.
-Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.
12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan.
-Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.
13. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain.
-Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.
14. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk.
-Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.
15. Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas.
-Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.
16. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin.
-Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.
17. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven.
-Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.
18. Untuk menyegarkan bilik air.
-Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.
19. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet.
-Campurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya.
20. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.).
-Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
21. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam.
-Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering.
Sumber: Rose Gold
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Budaya membaca perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil. Kalau diajar untuk banyak membaca, secara automatik itulah yang akan jadi kegemaran mereka. Nak belajar tak semestinya dengan pendedahan gajet, membaca sebenarnya lebih baik kerana anak fokus dan akan belajar memahami sesuatu fakta atau cerita dengan lebih mendalam.
Budaya membaca telah diterapkan dalam keluarga Dato’ Dr Sheikh Muszaphar. Menurutnya, dia memang akan banyak membaca untuk anak-anak. Amalan ini dimulakan sejak anak-anaknya masih kecil.
Selain dapat belajar pelbagai perkataan baru dan peka dengan banyak cerita, sedikit-sebanyak dapat menggalakkan anak juga suka membaca.
Tambah angkasawan pertama Malaysia ini lagi, kini anak kembar lelakinya pula suka membaca untuk adik-adik mereka. Menurut Dr Sheikh Noah suka membaca untuk Emelia manakala Adam suka membaca untuk Eusoff.
“Kami ada sudut membaca di rumah. Banyak buku yang ada dan itulah tempat kegemaran anak-anak. Kami amalkan membaca 10 minit sebelum masuk waktu tidur.”
Di dalam video yang dikongsikan Dr Sheikh di media sosialnya, kelihatan Noah dan Emelia sedang membaca sebuah buku yang mengisahkan tentang terumbu karang. Noah membaca dengan gaya tersendiri dan Emelia pula tekun mendengar. Bagus betul didikan Dr Sheikh dan isteri pada anak-anak mereka!
Ibu bapa yang memiliki anak istimewa sebenarnya cukup bertuah. Biarpun diduga dengan ujian dari Yang Maha Esa, namun kegigihan dalam membesarkan anak syurga tanpa give up akhirnya membuahkan hasil.
Pengorbanan meninggalkan kerjaya demi menumpukan perhatian kepada anak syurganya bernama Annas Ikhwan nyata berbaloi apabila si anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran baru-baru ini.
“Harungilah dengan kuat dan anggap kita ada 1 kelebihan dari orang lain..hidup untuk dinikmati bukan untuk diratapi. Kebahagian datang dalam berbagai cara. Tak semestinya anak kita normal, dia 100% pasti berjaya. Tanpa usaha tidak bernilai. Anak istimewa satu anugerah.
“Jangan banding cara orang dengan cara kita didik dia. Annas dibesarkan ikut cara didikan ummi dan abah…yang penting cari ilmu dan jangan terlalu menunggu setiap info datang sendiri pada kita..i syaAllah we can do it !!
Itu antara perkongsian ibu bernama Che Marsinah Murnie dalam mendidik anaknya.
“Terima kasih guru2 Annas. Ummi hafal semua bab dalam buku P.Islam supaya dpt ajar Annas sepertimana seorang guru di rumah. Ummi proud of you sayang !!
“Annas berada di tahun 2 arus perdana..tahun lepas masa tahun 1 hampir2 ditolak ke ppki. Tapi ummi fight until Annas berada di kelas mainstream biasa. At last akhir tahun 2017 dia top 10 excellent student di sekolah.
“Percayalah yang kekuatan ibu bapa mampu mengubah anak istimewa kita. Little fighter will never give up. Kanak2 istimewa juga mampu,”ujar Che Marsinah lagi.
Selain itu, dia juga turut memberikan beberapa tip buat ibu bapa yang memiliki anak istimewa sepertinya. Moga bermanfaat kepada ibu-ibu yang lain!
⚘ANAK ISTIMEWA HADIAH DARI TUHAN ⚘
Annas bersekolah di aliran perdana bersama kanak2 normal lain sejak tahun 1 pada 2017. Bukan mudah bila kawan2 tidak memahami dia dan akibatnya sepanjang 2017 saya setiap minggu turun naik sekolah demi memperjuangkan dia di aliran perdana. Akhirnya dia antara 10 pelajar cemerlang pada hujung tahun. Itu kisah tahun lepas. 2018 membuka lembaran indah bila Annas ditempatkan di antara kelas yg terbaik.
Tiada keindahan yg datang semudah angin lalu..semua perlukan pengorbanan. Apa yang boleh saya kongsikan sebagai ibu bapa kepada anak Mild Autism & Asperger ialah :
1. Pengorbanan – saya tinggalkan kerjaya dan jadi penjaga dia 24 jam. Saya juga jadi guru, pengantar ke sekolah, tukang masak masakan kegemaran dia, jururawat peribadi dia, kawan dia dan segalanya..
2. Awal tahun saya akan buat rujukan dan belajar the whole books dari Bab 1 sampai habis. So saya dpt ajar dia umpama seorang guru di rumah.
3. Sentiasa berhubung dgn guru2 dan paling penting bersahabat dgn mereka. Guru amat gembira bila kita bekerjasama membantu anak2 kita.
4. Dari bulan Jan – Dec, Annas hanya menonton tv pada bulan 5 (cuti sekolah penggal 1) dan bulan 11(cuti sekolah penggal 2). Itupun hanya 1 jam. Saya xpaksa tapi dia sendiri xberminat.
5. Pemakanan sgt penting. Annas xminum sebarang minuman bergula tinggi. Dia kuat minum susu dan mengamalkan vitamin susu kambing. Dia jarang sakit jugak.
6. Dia tidak berminat dgn kawan2 yang ligat bermain di kawasan residen rumah. Jadi setiap 2 kali sebulan dia akan bermain di kid’s gym yg khas utk kanak2 autism (we rock the spectrum kid’s gym)
7. Dari kecil saya latih ttg kebersihan dan adab. 2 asas ni sgt rapat dgn dia. Setiap kali waktu balik sekolah kawan2 dah turun kelas tp dia akan kutip semua sampah dikelas dan matikan semua suis lampu dan kipas.
I syaAllah kita mampu mengubah hidup mereka cuma byk pengorbanan perlu dilakukan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.