Apabila anak-anak memulakan persekolahan, bekal antara keperluan yang akan disediakan oleh para ibu untuk kemudahan anak-anak. Selain menjimatkan, anak-anak juga terjamin tahap kesihatan apabila membawa bekal dari rumah.
Namun, masalah yang selalu dihadapi ibu-ibu adalah anak terlupa membawa pulang bekas makanan tersebut. Ada yang menghilangkannya. Jadi, bagi ibu yang kreatif pasti akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Termasuklah isteri kepada penyanyi, Tomok ini. Ayu Abas cukup kreatif apabila menjahit sendiri beg untuk meletakkan makanan yang dibawa anaknya ke sekolah.
Lebih istimewa lagi, beg yang diberi nama Lunch Bag Smiggle DIBU itu dijahit dengan menggunakan kain perca.Wah hebat dan cukup kreatif isteri kesayangan Tomok ini kan.
“Alhamdulillah dapat gak Dibu buatkan lunch bag dari serpihan kain perca…bukan dibu kedekut…tapi disebabkan his carelessness dan masih lagi dalam environment menyesuaikan diri di sekolah.
“Jadi, Dibu upgrade dari paperbag buatkan bag yang sama saiz cuma tambahan tali supaya senang Arrian nak bawak….tupperware pun yang rm2 je..kalau tinggal ke hilang ke tak la ralat.
“Jangan hilangkan tau…tapi kalau hilang gak dibu jahit lagi…tapi insyaAllah dibu tau arrian responsible,” pesan Ayu yang membahasakan dirinya Dibu.
Rata-rata pengikut di laman instagramnya memuji akan kreativiti dan kerajinan Ayu.
Malah ada antara mereka yang bertanyakan sama ada Ayu mengambil tempahan beg tersebut.
Sumber: IG ayu_abas