Kuih Cek Mek Molek, kuih tradisi kegemaran ramai yang berasal dari pantai timur. Kebiasaannya menggunakan ubi keledek dan cuma digaul bersama tepung gandum dan sedikit garam.

Resipinya mudah sahaja tetapi harus pandai mengagak-agak sebanyak mana tepung yang perlu dimasukkan supaya kuih tidak menjadi terlalu lembik atau terlalu keras. Semasa proses membentuk kuih, sapukan sedikit tepung di tangan anda supaya adunan kuih senang dibentuk.

 

ADUNAN

***part ni susah bab nak bagi sukatan sebab bergantung pada ‘keadaan’ ubi. Ada ubi ok. Kadang-kadang nasib tak baik, terkena ubi lembik walaupun jenis sama. Yang saya guna ni, ubi keledek yg kulit OREN KEMERAHAN (isi oren).

~ Rebus ubi dengan sedikit garam sampai empuk – kasi kering air (jgn letak air byk sgt).
~ Sy sejukkan depan kipas😁 *makesure kipas bersih tak bersawang
~ Lenyek ubi, sy lenyek dengan tapak gelas je (nak tumbuk pakai lesung pun boleh)
~ Uli bila ubi dh sejuk. Masukkan gandum skit2, uli sampai tepung x lekat kt tangan (sy tak pandai bagi sukatan🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻). Makesure jgn byk tepung. Nanti keras. Tepung ni nk bagi ubi keledek jadi doh je. Skit je guna.

IKLAN

***Ada tips letak baking powder, ada yg letak marjerin. Utk adunan sy guna ni, sy guna tepung gandum je. Takde letak apa2. Garam dah letak masa rebus ubi. Tapi kalau rasa tak cukup masin, bleh tambah masa uli.Cantik Macam Namanya! Ada Rahsia Cek Mek Molek Tak Keluar Air Gula, Buncit

Rahsia Kejelitaan Kuih Cek Mek

Tip 1 : Uli adunan malam, bulat-bulatkan, letak dalam peti ais. Esok baru goreng. Nanti tepung tu cantik. Tak bau gandum.

Cantik Macam Namanya! Ada Rahsia Cek Mek Molek Tak Keluar Air Gula, Buncit

IKLAN

(**bulatkan kosong tanpa gula, nak goreng nanti baru letak gula).

Cantik Macam Namanya! Ada Rahsia Cek Mek Molek Tak Keluar Air Gula, Buncit

Tip 2 : Masa mula-mula masukkan Cek Mek dalam minyak, besarkan sikit api. Golek-golek bagi bahagian lapisan luar tu jadi KULIT. Lepas tu, baru perlahankan api.

*Teknik ni kita nak elakkan dari Cek Mek jadi buncit dan pecah keluar air gula masa goreng disebabkan api perlahan.

IKLAN

Cantik Macam Namanya! Ada Rahsia Cek Mek Molek Tak Keluar Air Gula, Buncit

*Letak gula masa nak goreng. Dah letak gula, bentukkan terus masuk dalam kuali.

Cantik Macam Namanya! Ada Rahsia Cek Mek Molek Tak Keluar Air Gula, Buncit

**Gula terpulang nak letak banyak mana. Yang ni saya letak gula banyak, masa nak makan saya buang sikit air gula sebab manis sangat.

Sumber: Ju Mohammad

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI