Cantikkan Laman Dengan Buat Sendiri Stepping Stone, Begini Bancuhan Simennya. Mudah Sangat Nak Buat & Jimat!

Share

Cantikkan laman rumah dengan perletakkan stepping stone bolehlah dianggap sangat ringkas untuk digayakan dan kesannya cukup sempurna di ruangan laman. Bahkan apa yang mengujakan, stepping stone ini boleh kita hasilkan sendiri tanpa memerlukan kepakaran atau teknik yang hebat untuk hasilkannya.

Ini memandangkan stepping stone andai dibuat tidak begitu seragam sekali pun akan tetap nampak sempurna dan natural apabila dihias bersama tanaman yang ada di laman rumah.

Pun begitu jika anda mahukan cara lebih mudah, teknik penggunaan mould atau loyang adalah pilihan terbaik. Ini sebagaimana yang dipraktikkan oleh Wan Mohd Khairy atau lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Pokcik dalam menghasilkan stepping stone seakan kepingan kayu di laman rumahnya.

Untuk itu,di sini dikongsikan juga bahan-bahan atau cara penyediaan adunan simen untuk yang ingin mencuba.

Cubaan kali pertama pokcik bancuh simen. Gatal tangan. Tanya dekat nursery RM25 sekeping… So godek-godek shopee jumpa la acuan dia. Alang ada simen lebih 2 beg, pasir dan cat bertahun dah simpan… so bancuh jer la.

Bahan-bahan:
2 pasir kasar + 2 pasir halus + 5 simen + 2 simen gam (ikut mangkuk hayun pokcik guna – saiz mangkuk hayun pd pic last). Tu nisbah pokcik la… Gaul biar rata adunan.

Cara Penyediaan :

Step 1 : Masukkan air gaul biar sebati. Jangan terlalu keras jangan terlalu lembek… Pokcik lembek sikit biar dia kuar urat kayu. Kalau ada mixer lagi bagus.

Step 2 : Sapukan minyak pada loyang. Pokcik guna minyak hitam je.

Step 3 : Masukkan adunan separuh loyang, selepas itu letakkan besi seperti di dalam gambar tu. Goncang-goncang biar rata.

Step 4 : Bubuh lagi adunan biar penuh Loyang. Goyang-goyang biar padat.

Step 5 :Selepas itu jemur panas baru boleh keluarkan dari loyang…. Tunggu betul-betul kering tau.

Step 6 : Bila sudah kering boleh lah sapu cat berwarna coklat diatasnya… Siap la ‘brownies resepi pokcik’. Selamat mencuba yer.

Sumber : Wan Mohd Khairy

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN