Cantiknya Churros Warna-Warni! Boleh Buat Frozen Lagi, Cara Nak Buat Pun Mudah.

Share

Sejak PKP ini tentu kita mencari resipi kudapan yang mudah dan boleh dimasak bila-bila masa dengan cepat.

Salah satunya adalah churros! Nak tahu cara nak buat ikuti resipi ini yang dikongsikan oleh puan Umie Nurhayati, siap ada cara nak frozen kan.

Ikuti cara penyediannya.

RESEPI CHURROS FROZEN MUDAH

Bahan churros

* 150 ml air biasa @ nak guna fresh milk pon boleh.

* 20 gm gula kastor

* 50 gm mentega

* 110 gm tepung gandum

* 2 biji telur (hakak boh 3 biji)

Bahan-bahan lain

**  1 tsp red velvet emalco (untuk churros red velvet)

** 1 tsp green tea emalco ( untuk churros green  tea)

** 1 tsp coklat emalco (untuk churros coklat)

p/s boleh tambah emalco tu jika nak warna lebih cantik ikut citarasa yer.

Cara-cara

  1. Campurkan air,gula dan mentega ke dalam periuk. (Masukkan perisa emalco yang uols nak kalaw nak buat yang perisa)
  2. Masak sampai gula larut dan mentega cair menggunakan api sederhana.
  3. Setelah gula larut dan mentega tadi mencair kecilkan api dan masukkan tepung.
  4. Gaul rata sehingga adunan tak lekat pada kuali yer @ tiada lagi tepung yang bergentel (proses ni korang lenyek2 la macam mana pon adunan tu sekata)
  5. Biarkan adunan sejuk selama 10 minit.
  6. Bila dah sejuk,masukkan telur sebiji-sebiji dan mix hingga rata.( hakak guna mixer jerk senang)
  7. Masukkan adunan dalam piping bag dengan menggunakan nozel kuih semprit.
  8. Kalaw nak goreng terus uols panaskan minyak dan boleh terus paipkan adunan ke dalam kuali mengikut saiz yang uols nak…
  9. Potong hujung nyer menggunakan gunting yer lebih mudah..
  10. Untuk frozen plak,uols paipkan adunan churros tu ke dalam dulang..step nyer lihat pada gambar yer

Rujuk gambar

Hakak gandakan adunan tu sebab nak buat banyak sekali jalan

 

Masak mentega,air dan gula….(boh emalco yang uols nak kalaw nak buat yang berperisa)
Bila mentega dah cair,gula dah larut dan air dah mendidih,masukkan tepung.
Bila adunan dah jadi macam ni terus tutup api dan sejukkan sekejap sebelum masukkan telur.
Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul jer dengan mixer senang
Paipkan adunan rapat-rapat macam ni…saiz tu ikut uols yer,hakak buat kontot2 jerk
Dah siap paipkan semua adunan,bolehlah dibekukan sekejap sebelum di susun.
Dah beku macam ni bolehlah dipacking dalam bekas kedap udara .
Jangan lupa alaskan dengan plastik di setiap lapisan churros yang korang susun tu yer.
Dah siap,jom bekukan
Keluarkan churros dari peti dan biarkan selama 10 minit,tapi kalaw cuaca panas 5 minit pon dah boleh goreng… Tu texture churros yang dah lembut dan sesuai untuk digoreng
Tara…..dah siap,rupe yang red velvet tu hudoh sikit sebab dah ujung2 kan tangan pon dah lenguh nak paip churros.

CARA NAK FROZENKAN CHURROS

  1. Paipkan churros atas dulang ikut saiz yang kite nak. ( paipkan adunan rapat2 pon tak apa)
  2. Jangan lupa sapu mentega kat dulang tu dulu supaya tak lekat churros nyer nanti.
  3. Bekukan selama 20 hingga 30 minit.
  4. Sudipkan churros menggunakan spatula @ pisau dan susunkan ke dalam bekas yang kita nak.
  5. Lapikkan plastik di setiap layer nak susun churros tu yer.
  6. Susun churros hingga selesai dan bekukan,siap..

CARA-CARA NAK MASAK CHURROS FROZEN

  1. Keluarkan churros dan letakkan di atas pinggan.
  2. biarkan selama 10 minit bergantung pada cuaca,kalaw hujan tu 5 minit pon dah boleh menggoreng dah.
  3. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana yer supaya masak sekata diluar dan didalam churros.
  4. Kalaw nak kaler cantik elok bila dah digoreng uols guna api kecik jela ok.
  5. Bolehlah dihidangkan bersama sos coklat or apa2 sahaja yang uols suka.

Moga perkongsian hakak ni memberi manfaat untuk kesayangan hakak semua yer insyaAllah.

Sumber: Umie Nurhayati

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN