Ramai yang menjadikan pokok bunga keladi sebagai hiasan di rumah. Namun, tahukah anda, ia boleh menjadi racun kepada anak dan peliharaan di rumah?
Terdapat 7 jenis pokok bunga keladi yang dikategorikan sebagai racun yang berbahaya untuk anak kecil dan haiwan peliharaan di rumah.
Bermula daripada musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lepas, semakin ramai yang berjinak-jinak dengan dunia tanaman pokok hiasan.
Tidak dinafikan, tumbuhan hiasan yang ditanam di sekitar kawasan rumah adalah terapi terbaik untuk mental dan emosi.
Umumnya, terdapat pelbagai jenis pokok hiasan dan bunga yang menjadi pilihan ramai, antaranya monstera adansonii dan tidak ketinggalan juga pokok keladi seperti philodendron green marxii.
Bahkan sehingga ada pokok keladi yang dijual pada harga ‘kayangan’ disebabkan keunikan bentuk dan warnanya, seperti pokok yang diberi nama keladi Mickey Mouse.
Pun begitu, bagi peminat pokok keladi, anda harus menyedari walaupun ia cantik dipandang, namun sebenarnya ia beracun dan amat berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak serta haiwan peliharaan.
Public Health Malaysia (PHM) juga pernah membuat perkongsian menerusi Facebook mengenai racun yang terdapat pada keladi atau caladium yang dikenali sebagai kalsium oksalat.
Racun kalsium oksalat ini berada pada keseluruhan bahagian tumbuhan keladi ini dan paling kuat pada daunnya.
Dalam hantaran tersebut, PHM turut menjelaskan bahawa bunga keladi beracun akan menjadi toksik apabila tertelan. Mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif juga boleh terjejas dengan hanya bersentuhan fizikal dengan pokok ini.
Jangan terkejut, bukan tumbuhan ini sahaja yang berbahaya dan beracun ya. Ayuh kita bongkar pokok keladi lain yang harus anda elakkan.
Ads
Jenis bunga keladi beracun
Dieffenbachia dan Philodendron
Dieffenbachia dan philodendron adalah pilihan buat mereka yang baru berjinak-jinak dalam tumbuhan hiasan kerana mudah ditanam.
Walaupun kedua-dua tumbuhan ini adalah berbeza dari segi jenis, namun dieffenbachia dan philodendron menyebabkan ketoksikan dengan cara yang sama. Ini kerana ia mengandungi oksalat yang boleh menyebabkan bengkak, air liur banyak terkeluar dan kesukaran bertutur jika tertelan.
Masalah bengkak, kemerahan dan kerengsaan juga boleh berlaku jika kulit atau mata terdedah kepada tumbuhan-tumbuhan ini.
English Ivy
Faedah potensi English ivy atau Hedera helix termasuklah dapat membersihkan udara, mengatasi masalah pernafasan dan mempunyai sifat antiradang dan antioksidan.
Walau bagaimanapun, english ivy dianggap sebagai tumbuhan bunga keladi beracun. Ia dianggap toksik kepada manusia dan haiwan.
Tumbuhan ini boleh menyebabkan bengkak, kegatalan, kerengsaan perut dan mungkin loya, muntah dan cirit-birit pada manusia jika tertelan.
Bagi haiwan pula, ia boleh menyebabkan sakit perut, muntah, cirit-birit dan hiper-air liur pada kucing dan anjing jika tertelan.
Ads
Alocasia Xanthosoma Variegata, antara jenis bunga keladi beracun
Anda mungkin mengenali tumbuhan ini dengan nama glamornya, pokok Mickey Mouse. Sama seperti caladium, setiap bahagian pokok ini juga mengandungi hablur kalsium oksalat yang kecil.
Jika mana-mana bahagian tumbuhan dikunyah ia boleh menyebabkan kerengsaan pada bibir, mulut, lidah dan tekak.
Walaupun jarang berlaku, loya, muntah, cirit-birit, dan kesukaran menelan turut merupakan antara kesan sampingan selepas menelan tumbuhan dengan kristal oksalat.
Gejala yang dialami biasanya berkembang dengan cepat dan boleh bertahan sehingga setengah hari.
Peace lily
Peace lily atau nama botaninya Spathiphyllum cochlearispathum, dicirikan oleh daun lebar yang panjang dan bunga putih yang cantik.
Pokok bunga ini amat mudah dijaga, dapat bertahan dalam cahaya yang kurang serta hebat dalam menyingkirkan toksin dalaman seperti formaldehid, benzena dan juga trichloroethylene, daripada udara.
Namun malangnya, tumbuhan ini beracun kepada manusia dan juga haiwan peliharaan.
Ads
Ia boleh menyebabkan bengkak pada bibir, mulut dan lidah, rasa mual, muntah dan cirit-birit serta kesukaran menelan pada manusia.
Manakala pada haiwan peliharaan pula boleh mengakibatkan kesan terbakar dan kerengsaan teruk pada mulut, bibir dan lidah bersama kesukaran menelan.
Snake Plant, salah satu bunga keladi beracun
Pokok hiasan rumah ini biasanya dikenali sebagai pokok Lidah Mentua atau nama saintifiknya Sansevieria trifasciata. Ia boleh dikenali dengan daun berbentuk pedang malar hijau yang tumbuh tegak dan seakan daun tiruan.
Tumbuhan ini menjadi pilihan kerana mudah dijaga dan hanya memerlukan sedikit air untuk terus hidup.
Pun begitu, tumbuhan ini bersifat toksik jika termakan. Daunnya mengandungi racun yang boleh menyebabkan bengkak dan kebas pada lidah jika dimakan dalam dos yang besar.
Justeru, adalah pilihan sangat bijak untuk menjauhkan tumbuhan ini daripada kanak-kanak dan haiwan yang cenderung gemar menggigit.
Devil’s ivy
Tumbuhan devil’s ivy atau pokok pothos ini amat mudah dibiak dan dijaga. Tetapi ia dianggap sebagai tumbuhan toksik, berbahaya dan beracun untuk manusia dan haiwan.
Daun dan batang tumbuhan ini boleh menyebabkan kerengsaan terbakar yang teruk pada mulut, tekak dan perut jika tertelan.
Bagi haiwan juga boleh mengalami keadaan yang sama bersama air liur berlebihan, muntah dan kesukaran menelan.
Tiada salahnya untuk menanam pokok hiasan di dalam rumah mahupun di luar rumah. Tetapi harus pastikan ia selamat dan tidak beracun terutamanya jika di dalam rumah terdapat anak kecil atau memiliki haiwan peliharaan. Berhati-hatilah.
Fitrah bagi setiap wanita ingin kelihatan cantik, berseri malah suatu bonus jika dilihat lebih muda daripada usia sebenar. Pasti hati berbunga-bunga dan tersenyum ceria sepanjang hari jika ada yang memuji. Ia bagaikan suatu lambang penghargaan pada diri sendiri.
Namun demikian, tidak semua wanita bernasib baik memiliki kecantikan semula jadi. Ditambah pula jenis yang kurang mementingkan penjagaan diri sehingga mengakibatkan diri tampak lebih berusia.
Ini antara perkara yang akan buat wanita nampak lebih tua daripada umur sebenar.
1. Kulit Kering
Kulit kering adalah simptom awal yang menunjukkan bahawa badan kita sudah semakin kurang hormon. Ia mula menyusut apabila usia mencecah 25 tahun.
Kulit pada badan dan wajah akan mula terasa kering. Bagi yang dulunya kulit jenis berminyak, anda jangan terlalu senang hati bila kulit sudah tidak lagi berminyak dan berjerawat.
Sepatutnya, penjagaan wajah dan badan haruslah ditukar bersesuaian dengan perubahan kulit. Ini kerana, kulit wajah yang kering cenderung mudah kusam, berjeragat dan mula berkedut lalu membuatkan wajah kelihatan lebih tua.
2. Kenaikan Berat Badan Selepas Berkahwin & Bersalin
Apabila wanita mencecah angka 26 tahun ke atas, perubahan yang paling ketara ialah dari kenaikan berat badan saban tahun. Ini kerana penurunan hormon estrogen membuatkan kalori lambat dibakar. Ditambah tiada bantuan suplemen dan senaman berkala.
Wanita cenderung gemuk selepas berkahwin dan bersalin. Majoriti disebabkan rasa selesa atau alasan “sudah berpunya “ antara faktor tiada fokus untuk menjaga berat badan ideal.
Akibatnya, anda kelihatan berumur disebabkan badan dan wajah yang semakin berlemak, rambut yang makin menipis dan perut yang makin membuncit.
Percayalah, bentuk tubuh badan mampu mempengaruhi usia anda. Memiliki bentuk badan yang besar seringkali dilihat lebih berusia daripada umur sebenar.
3. Tidak gemar Cantikkan Diri Kerana Rasa Diri Sudah Tua
Perkara ini biasanya bagi wanita yang berfikiran agak tertutup dan pemalu. Ini kerana pada usia 30an ke atas adalah umur yang dianggap sudah matang.Wanita berpendirian begini agak kekok untuk berpenampilan menawan kerana segan dengan jiran tetangga mahupun tidak yakin untuk bergaya. Walhal, berpenampilan menarik mampu meningkatkan keyakinan diri sekaligus mengelakkan anda kelihatan berumur dan berwajah kusam.
4. Mengabaikan Kesihatan Dalaman Wanita
Apabila sudah berkahwin dan beranak pinak, ramai yang tidak mengamalkan apa-apa suplemen. Samada kurang kesedaran atau masalah kewangan.
Jika suplemen memerlukan anda mengeluarkan wang yang banyak, memadai dengan penjagaan makanan kesihatan yang baik. Apabila diserang pelbagai penyakit seperti tombong, keputihan, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya ia akan mengganggu kepada raut wajah anda. Sekaligus ia menampakkan wajah berumur dari usia sebenar.
5. Malas
Ya, ini penyakit yang dialami oleh ramai wanita. Bila diturutkan rasa malas memang semuanya takkan menjadi. Nak mandi malas, nak bersenam malas, nak berdandan malas, nak sikat rambut pun malas.
Alasan yang selalu diberi sibuk jaga rumahtangga, kerja dan sebagainya. Bila ia berlarutan, ‘penyakit’ ini lah yang akan membuatkan anda kelihatan tidak terurus serta nampak tua dari usia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kali menggunakan produk skrub yang dijual dipasaran, anda akan terus rasa puas hati atau tak? Selalunya ambil masa seminggu, barulah anda dapat hasilnya kan?
Tapi tahu tak kalau kita buat skrub sendiri, terutama skrub beras, hasilnya memang berbaloi dan kesannya boleh dibezakan waktu itu juga. Kulit memang rasa lebih lembut dan cerah.
Kalau hasilnya semacam itu, rajin-rajinkanlah diri buat sendiri di rumah. Ikut cara Farah N yang turut buat skrub sendiri untuk kegunaan hariannya. Senang saja!
Dah lama tak post homemade penjagaan kulit. Hari ni nak kongsi tentang skrub beras. Skrub ni skrub kegemaran selepas skrub kopi. Memang best!
Antara kesan penggunaan scrub beras ni:
– Mencerahkan kulit muka dan badan
– Kulit lebih glowing dan tak kusam.
– Kulit lebih licin
– Kulit lebih lembut dan halus mulus
Bahan:
Beras
Lemon
Madu
Caranya:
1. Kisar beras sampai hancur.
2. Kisar guna pengisar atau lesung batu.
3. Agak-agak jangan terlalu halus. Bila siap, simpan dalam bekas.
4. Bila nak guna, campurkan dengan madu atau madu.
Semua wanita ingin kelihatan cantik dan ramping. Ada yang sanggup makan supplement ratusan sebulan untuk memiliki kulit cantik dan badan yang ramping.
Apa kata buat minuman dengan menggunakan bahan-bahan natural untuk kekal cantik.
Ikuti cara wanita ini menyediakan banana smoothie.
Memang sedap dan banyak khasiat
INI PERKONGSIANYA
Beriya beli suplemen sampai habis beratus ringgit sebab nak cantik dan langsing. Tapi badan tetap bulat dan kulit tak gebu pun. Sakit hati bila fikir duit habis, hasilnya tak ada. Tahukan sebenarnya dengan buat sendiri jus homemade anda pun boleh cantik dan langsing.
Sekarang akak nak share resepi yang sedap yang amat. Ala-ala smoothie dekat cafe-cafe gitu.
Bahan utama yang korang kena ada adalah pisang.
Korang tau kan Pisang amat baik untuk ibu mengandung kerana ia mampu untuk membantu perkembangan janin. Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalsium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.
Dan Berita baik untuk mereka yang nak kurus lansing , pisang adalah jawapannya. Kalori yang rendah menyebakan ia sesuai untuk dimakan kerana dapat membantu menurunkan berat badan.
Let’s cantik bersama akak…
Bahan-bahan Banana Smoothie :
1. Pisang
2. Madu
3. Yogurt
4. Cia seed
5. Almond milk
Cara-cara buat :
1. Blend pisang dengan 1/2 cup almond milk
2. Masukan 1/4 cup yogurt
3. Sadu sudu madu dan last sekali masukan cia seed.
Kalau korang nak rasa sejuk tanpa letak ais, masukan dulu pisang dekat peti ais. Taraaa… Banana Smoothie sedia untuk diminum.
Selamat mencuba!
Kredit : aizah zarirah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.