Ikan siakap memang enak dijadikan juadah untuk berbuka dan biasanya menu Siakap Tiga Rasa menjadi pilihan ramai. Pun begitu resipi Ikan Siakap Stim ala Thai ini tidak kurang enak dan punya peminatnya yang tersendiri.

Kelembutan rasa isi ikan Siakap yang dikukus memberi kepuasan rasa kepada penggemarnya. Malah tidak dinafikan hidangan yang disajikan untuk keluarga tercinta juga lebih sihat kerana tidak menggunakan minyak. Bahkan ianya lebih mudah disediakan berbanding masak Ikan Siakap Tiga Rasa yang memerlukan ikan digoreng terlebih dahulu, bahan-bahan ditumis dan sebagainya sebelum tersedia untuk dinikmati.

 

 

Jadi apa kata jika belum pernah sediakan ikan dimasak kukus, boleh buat ikut resipi yang dikongsikann oleh Puan Zurina Zulkefli.

Cara Buat Ikan Siakap Stim Ala Thai Rupanya Lagi Mudah Dari Masak Siakap Tiga Rasa!

Resepi Ikan Siakap Stim ala Thai

Bahan yang diperlukan:

Seekor ikan siakap

2 biji limau nipis

1 batang serai

5 hirisan halia

3 tangkai cili kecik merah

IKLAN

3 tangkai cili kecik hijau

5 ulas bawang putih

1 batang daun ketumbar

Setengah kiub pati ayam

Sos ikan

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

 

IKLAN

Cara kukus ikan:

1.Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badannya

Cara Buat Ikan Siakap Stim Ala Thai Rupanya Lagi Mudah Dari Masak Siakap Tiga Rasa!

2.Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan

3.Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir

4.Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.

 

Cara masak kuah stim ala Thai:

IKLAN

1.Cincang bawang putih secara kasar

2.Gorengkan bawang putih yang telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan – kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim

Cara Buat Ikan Siakap Stim Ala Thai Rupanya Lagi Mudah Dari Masak Siakap Tiga Rasa!

3.Padamkan api kuali lansung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.

4.Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.

5.Kacau kuah sehingga sebati.

 

Langkah terakhir:

1.Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.

2.Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selema 3 minit.

3.Sedia dihidang.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI