Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap & Elok Ketika Dipotong, Begini Resipi & Trik Boleh Buat!

Share

Pada musim durian dilihat begitu banyak dijual di pasaran dan ketika ini bukan sahaja masa yang ditunggu-tunggu buat peminat durian untuk menikmati keenakan rasa buah secara segar. Malah ketika inilah juga pelbagai menu dapat dihasilkan dengan menggunakan buah durian bagi memberi variasi untuk seisi keluarga menikmati keenakan buah durian yang umumnya ketahui hanya ada pada musim-musim tertentu.

Salah satunya yang cukup digemari ramai adalah kuih Seri Muka Durian, warna keemasan dan keenakan rasanya memang tidak terkata. Jadi untuk anda yang ingin mencuba menyediakan kuih seri muka durian bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini.

Bahkan daripada perkongsian Puan Nor Al Fatihah turut diberikan tip dan trik untuk pastikan kuih yang dimasak elok kejadiannya dan bila dipotong nampak sempurna. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.

SERIMUKA DURIAN
Lapisan Bawah (Pulut)
2 cawan beras pulut – di rendam di dalam air selama 4 jam & toskan
2 cawan santan
2 sudu teh garam halus
Lapisan Atas (Durian)
1 cawan isi durian
2 cawan santan
1 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 sudu besar tepung beras
2 biji telur gred B
1/2 sudu teh garam halus
Pewarna kuning

Cara-cara Membuatnya
1.Lapisan Bawah (Pulut) Sapu loyang saiz 10″ dengan minyak dan alas plastik wrap. Satukan beras pulut, santan & garam. Kacau rata. Kukus selama 30 minit di atas api sederhana

2.Setelah pulut masak, gembur-gemburkan. Kemudian ratakan dan tekan pulut hingga padat

3.Lapisan Atas (Durian) Satukan semua bahan. Blend hingga halus. Kemudian masak di atas api kecil hingga naik wap saja

4.Tuang adunan durian ke atas pulut perlahan-lahan. Kukus semula selama 30 minit di atas api sederhana kecil. Balut penutup pengukus dengan tuala untuk elakkan wap air menitik di atas kuih. Lepas tu, kukus 5 minit lagi tanpa penutup supaya permukaannya licin dan kering daripada air.


5.Sejukkan 3-4 jam di dalam peti ais. Keluarkan daripada loyang dan potong dengan pisau plastik yang di sapu sikit minyak untuk dapatkan potongan yang kemas.

Sumber : Nor Fatihah

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BUAT ROTI JALA VIRAL dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/ atau whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN